Followers

Friday, November 12, 2010

Kerabu Mempelam



Menu tengahari ni simple aje.... oleh krn esok anak2 nak balik bercuti, ari ni apa yg ada dlm peti sejuk tu kita kasi abis .... esok kita beli lauk yg baru ....ikut selera anak2 pulak...Belek punya belek sayur x dak.. nak keluar beli pun rasanya malas...yg ada cuma buah mempelam yg dibawa dari rumah abang ari tu.... oklah jugak boleh buat kerabu....best ni...bahan2 yg nak dicampur dgnnya pun ada... kira jadilah.....


Bahan-bahannya:

1 biji mempelam muda @ mengkal - dicincang @ disagat halus
1 genggam ikan bilis - digoreng dan ditumbuk
1 sudu besar madu lebah (jika tiada boleh digantikan dgn gula)
1 biji limau kasturi - diperah airnya
Garam secukup rasa


Bahan-bahan Untuk Dipotong Halus
3 biji cili padi
1 labu bawang besar
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesum



Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan dalam bekas.
2. Gaul hingga rata.
3. Siap.

Thursday, November 11, 2010

Gulai Telur Ikan


Dah lama rasanya x makan telur ikan....  ari tu  masa antar anak balik asrama singgah  pasar ptg kat Yan... terpandanglah pulak telur ikan... suamiku dan anak2 cukup suka dgn telur ikan ni...apalagi kalau dimasak gulai  (kari)...pasti menjilat jari... Telur ikan ni bukannya senang nak dpt....kalau terjumpa org jual tu kira nasiblah...Kalau telur ikan kembung tu selalulah makan....Jom kita layan resepinya....

Bahan-bahannya:
Telur ikan - (telur ikan duri @ sembilang ) - sarung telur ikan digunting supaya telur ikan masak.
1 bungkus serbuk kari ikan
1 mangkuk santan
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa






Bahan tumis:
2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai daun kari ( jika suka )
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2 .Masukkan rempah. Kacau rata. Masukkan air asam jawa.
3. Masak sehingga rempah masak. (pecah minyak)
4. Masukkan santan kacau rata. Masukkan telur ikan. Kacau sekali sekala. Apabila telur ikan dah masak masukkan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat tambahkan air.
 5. Biarkan gulai itu mendidih dgn api yg perlahan.  Kacau sekali-sekala. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Wednesday, November 10, 2010

Nasi Goreng Sambal Belacan


Menu breakfast pagi ni simple aje.... guna lauk-pauk yg x abis dimakan pada malam tadi. Drp dibuang begitu saja lebih baik buat nasi goreng. Kalau kat restoran.... menu macam ni mau 4 ringgit sepinggan. Kalau satu family boleh tahanlah jugak.... apa kata buat aje sendiri...rasanya pasti sedap...  kalau sape2 ada lauk yg x abis dimakan boleh kasi campur semua bahan dan goreng hingga sebati...best...pasti x cukup lak.. Cuba jangan x cuba tau...


Bahan-bahannya:

Nasi putih
Ikan goreng - disiat-siat
Daging kicap
Sambal belacan
Garam dan gula secukup rasa
(Kalau ada sayur2 yg x abis bolehlah masuk gak)

Bahan Tumis:
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
sedikit minyak

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Kemudian masukkan sambal belacan, garam dan gula secukup rasa
3. Masukkan lauk-pauk dan sayuran (jika ada). Kacau rata.
4. Kemudian masukkan nasi putih . Kacau rata
5. Balik-balikkan nasi goreng hingga masak sekata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* Lauk-pauk terpulanglah kpd citarasa masing2...

Tuesday, November 9, 2010

Banjir...oh...banjir (2)


Ni pulak kisah banjir yg melanda tempat kerja. Terlalu sedih krn byk buku dan bahan rujukan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.... Semua guru dan pelajar bertungkus lumus membersihkan kawasan, bilik kelas, bilik guru dan bilik2 khas....semuanya muka menunjukkan keletihan krn dah 2 hari kami bergotong-royong membersihkan apa yg patut. Tapi masih boleh tersenyum lagi.... Bayangkan 4 hari sekolah ku ditenggelami banjir.

Barang2 yg rosak dah x terkira lagi. Rasanya mencecah ratusan ribu ringgit. Kalau sebelum ni sek ni terkenal dgn landskapnya yg menarik....  anugerah sek. 5 bintang....anugerah perdana dan mcm2 anugerah ... semuanya hilang dgn sekelip mata sahaja... sapa yg x sedih. Semua peralatan dlm bilik guru rosak teruk...rasanya dah x leh guna lagi...Semua guru2 berharap banjir ni ada hikmahnya.... mungkin akan dapat perabut yg baru selepas ni... kalau x dapat juga maka terpaksalah hampar tikar duduk atas lantai........

Aku sebagai guru koperasi pakat dok pening kepala .... sbb byk stok baru utk awal tahun depan musnah  hampir 40%. Bayangkan kerugian yg terpaksa ditanggung.... ape2 pun nilah dugaan drp Tuhan.....


Monday, November 8, 2010

Banjir ..oh...banjir (1)

Rasanya dah hampir seminggu x update blog... ramai rakan2 blogger dok tanya pasai apa x bw...apa nak buat.. semua org tau di utara ni dilanda banjir besar dlm sejarah....Dah lah banjir...bekalan air dan letrik pun terputus...walau macammana pun syukur alhamdullilah rumahku tidak dinaiki air...tpi x leh keluar pi mana sbb jalan  utama semua  ditutup kpd kenderaan ringan.

Ari ni rasanya semua dah ok kot... internet pun dah boleh guna.....Banjir ni ada hikmahnya.....selain menguji kesabaran kita apabila ditimpa bencana....banjir juga dapat menginsafkan diri kita. Kalau sebelum ni kita selalu mendengar dan melihat banjir yg dahsyat spt di Pakistan kali ni giliran kita pula merasainya.



Kalau dulu kita menghulurkan derma utk negara org... ari ni kita dermakanlah utk rakyat di negara kita pulak..... Janganlah kita asyik berbalah sesama sendiri dek krn parti politik yg berbeza.....Apa2 pun Tuhan itu Maha Mengetahui. Ujian Tuhan ni walaupun perit. tapi  hikmah disebaliknya tidak diketahui. Aku amat bersimpati kepada mangsa2 banjir di utara terutamanya bbrapa org rakanku yg mengalami kerosakkan rumah dan kenderaan. Bersabarlah......

Related Posts with Thumbnails