Followers

Tuesday, November 9, 2010

Banjir...oh...banjir (2)


Ni pulak kisah banjir yg melanda tempat kerja. Terlalu sedih krn byk buku dan bahan rujukan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.... Semua guru dan pelajar bertungkus lumus membersihkan kawasan, bilik kelas, bilik guru dan bilik2 khas....semuanya muka menunjukkan keletihan krn dah 2 hari kami bergotong-royong membersihkan apa yg patut. Tapi masih boleh tersenyum lagi.... Bayangkan 4 hari sekolah ku ditenggelami banjir.

Barang2 yg rosak dah x terkira lagi. Rasanya mencecah ratusan ribu ringgit. Kalau sebelum ni sek ni terkenal dgn landskapnya yg menarik....  anugerah sek. 5 bintang....anugerah perdana dan mcm2 anugerah ... semuanya hilang dgn sekelip mata sahaja... sapa yg x sedih. Semua peralatan dlm bilik guru rosak teruk...rasanya dah x leh guna lagi...Semua guru2 berharap banjir ni ada hikmahnya.... mungkin akan dapat perabut yg baru selepas ni... kalau x dapat juga maka terpaksalah hampar tikar duduk atas lantai........

Aku sebagai guru koperasi pakat dok pening kepala .... sbb byk stok baru utk awal tahun depan musnah  hampir 40%. Bayangkan kerugian yg terpaksa ditanggung.... ape2 pun nilah dugaan drp Tuhan.....


3 comments:

Temuk said...

Salam Zurena
Memang sedih tak terkata dgn cerita Zurena itu. Beratnya mata memandang, tapi lagi beratlah bahu memikul. Semoga semua bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik musibah. Lagi sedih pula kita bila teringat bencana letusan Merapi yg membakar hingga mati ratusan manusia di negara jiran kita.

Selamat terus berbakti, keranaNya.

Ahmad Hamzah said...

owh tak sangka sekolah cikgu pun terlibat juga, mesti tengah sibuk mengemas macam tak habis-habis kan. Simpati betul la cikgu.

zurena said...

semua ni ujian Tuhan nak menguji sejauh mana kesabaran kita apabila menghadapi bencana yg sekecil ini...

Related Posts with Thumbnails