Monday, January 31, 2011

Berbudi Pada Tanah.... Inilah Hasilnya....

 buah limau kasturi yg berbuah lebat.
sekali pungut hampir 100 biji  satu pokok. (ada 3 pokok)

Dah hampir 3 tahun kami sekeluarga berkebun kat tanah sekangkang kera ni.... dan ari ni kami semua tersenyum puas krn hasil penat lelah menanam, membaja dan membersihkan apa yg patut dah membuahkan hasil.....Itulah jika kita rajin berbudi pada tanah. Gambar2 ni adalah sebahagian drp pokok2 yg dah mengeluarkan hasil. 
 




pokok pulasan yg dah mula berbunga( ada 2 pokok)




pokok ciku yg dah mula mengeluarkan hasil          



Nanas Sarawak yg rasanya manis (ada  lebih 20 pokok)





Buah jambu madu yg begitu manis sekali (Ada 2 pokok)



                          




pokok nangka berbuah lebat ( 6 biji dah boleh dimakan - ada 4 pokok)

Selain dari pokok2 tu... kami masih lagi menunggu hasil dari pokok2 lain spt mata kucing (2 pokok), limau madu (2 pokok), durian, Mempelam(2 pokok), rambutan (2 pokok), rebung madu dan manggis. Rasanya dah x lama nak memungut hasil...utk dimakan dan disedekahkan aje... bukan nak bisness...Rezeki Tuhan utk dinikmati.... Itulah hasilnya jika kita rajin berbudi pada tanah......Rasa hilang penat lelahnya....Alhamdullilah...

9 comments:

  1. mana ade tanah sekangkang kera nyer kalau dh byk gitu tanaman nyer...huhuhu

    best nyer tgk hasil... nk tlg kutip gak leh x? hehehehe

    ReplyDelete
  2. kalau tanah banyak di kawasan rumah memang best. kitarang ni takat 12 kaki je lah yg ada.

    ReplyDelete
  3. mmg murah rezeki berbudi pada tanah..

    ReplyDelete
  4. untung kalu ada tanah ni..boleh berbudi ye tak ...emmm kalau cam aku umah flet...berbudi di pau je la.... macam sedap je buah jambu tu..he he mintak sikit...he he

    ReplyDelete
  5. wah..
    sgt untung bler berbudi pada tanah..
    hasilnya memang memuaskan hati.. :)

    ReplyDelete
  6. kita pun duduk kat kawasan perumahan... mana ada tanah...setakat lebih 10 kaki aje... ada duit simpanan lebih belilah tanah sekangkang kera tu...habuan nak hilangkan tension di hujung minggu....

    ReplyDelete
  7. salam..rajinnya berkebun,,akakpun suka berkebun tapi sellau tak berkesempatan je

    ReplyDelete
  8. salam....seronok tengok buah2 tu....mesti hari2 nak pergi tengok....

    ReplyDelete