Followers

Sunday, January 16, 2011

Tumis Retak Ribu Bersos


Sebut saja pasal retak ribu... mungkin ada yg x pernah dengar.... Sebenarnya kat setengah tempat dikenali sebagai lala. Oleh krn kulitnya yg nampak mcm retak...kat sini org panggil siput retak ribu.... buat masak lemak ni mmg terangkat... Tapi ari ni cuma tumis dgn sos aje... sbb nak buat msak lemak x dak santan. Masak simple2 aje... nak cepat.

Bahan-bahannya:
600 gm siput retak ribu - dibersihkan dan ditos
1 batang serai - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar sos cili
sedikit kunyit serbuk
sedikit minyak utk menumis
sedikit air - jika perlu
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bawang putih dan serai.
2. Masukkan kunyit, sos cili dan garam secukup rasa - kacau rata.
3. Masukkan siput retak ribu. Jika inginkan berkuah tambah sedikit air. Kacau rata.
4. Masak sehingga kulit siput terbuka.

3 comments:

Leyha said...

baru pertama kali nie dgr nama retak ribu tu kak. hehehe :D

Temuk said...

Assalamu'alaikum ZURENA

Masakan lala tu memang menggamit! Masak apa pun ia manis. Sayangnya di tempat saya sukar nak dapat lala yang benar-benar segar.

Cerita lokan Zurena yg lepas memang seronok dibaca. Lokan: susah nak cari, susah nak dapat! Pernah makan semasa di kampung lebih 40 tahun dulu. Ceria selalu!

Azian Elias said...

Salam,

pertama kali dengar dipanggil retak ribu. Selalunya org panggil La la..

Related Posts with Thumbnails