Cuti dah bermula, anak2 dah berkumpul dan x ketinggalan saudara-mara dtg bertandang. Anak saudara yg baru kahwin hujung tahun lepas, di kesempatan cuti dan balik rumah mentua singgahlah kat rumah bawa isterinya utk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Mulalah terfikir apa nak dijamu pada tetamu yg dtg... akhirnya nilah menu dinner yg sempat disediakan malam tadi. Resepi soto ni kalau ada bergedil lagi sedap.... tapi x sempat nak buat sbb ubi kentang dah habis.... terlupa nak beli......ape2 pun bedal ajelah.....
2 kampit nasi impit (direbus lebih kurang 45minit hingga 1 jam)- angkat dan toskan.1 ekor ayam
3 liter air
Sedikit minyak
3 tangkai daun bawang dan daun sup - dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Bahan kisar
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih
4 biji buah keras
4 batang serai dipotong halus
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama dengan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lawang.
2. Apabila telah naik bau, masukkan ayam kacau rata.
3. Kemudian masukkan air dan masak sehingga ayam empuk.
4. Masukkan daun bawang dan daun sup serta garam secukup rasa.
5. Keluarkan ayam dan toskan.
6.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng ayam. (Jangan terlalu garing)
7. Isi ayam yang telah digoreng disiat-siat.
Bahan hiasan:
1 genggam kacang tanah - digoreng
10 gm suhun - digoreng
sayur pucuk - digoreng (jika suka)
10 ulas bawang merah dipotong halus dan digoreng (dijadikan bawang goreng)
50 sen taugeh mentah (boleh juga dicelur)
2 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu
3 tangkai daun bawang dan daun sup dipotong halus
Sambal Kicap: Cara Membuatnya:
15 biji cili api 1. Tumbuk cili api dan bawang putih
4 ulas bawang putih 2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
1 1/2 sudu besar gula 3. Kacau rata
kicap
5 comments:
Salam,,,
...eee sedap tu...nak suruh orang rumah buat laa....isssk..menyusahkan dia pula.....fikir dulu laa....
Salam,
alamak tetiba lapar lah pulak
wah sedapnye :DDD
lapar la tengok soto nie
curik recipe!
Post a Comment