Salam buat semua blogger yg selalu ke dapur saya ni...
Dah lama x update blog. Kesibukan mengatasi segala-galanya.....Klau dulu cikgu dikatakan kerjaya yg paling diminati krn byk cuti dan kerja separuh hari.... tapi sebaliknya ari ni....cikgu dah kerja 24 jam mcm kedai mamak, kedai 7 eleven buka 24 jam..... tiada lagi keseronokan menjadi seorang guru.... klau dulu sambil mengajar boleh mendidik anak-anak murid.... kini cikgu semua dok sibuk nak habiskan buat PBS dok ligan pelajar sana sini... belum cakap lagi pasai nak online PBS dalam sistem.... entah apa sistem yg depa buat ni pun x tau lah... kat sekolah dah penuh dgn lambakan kertas PBS .... kat umah usah ceritalah dah mcm pusat lambakan kertas untuk dijual.... semua perlu disemak, kemudian online pulak... kalau 10 orang x kisah sgt.. ni beratus org pelajar ... nak online sorang pelajar dalam sistem ambil masa 20-30 minit cuba bayangkan kalau beratus... tu pulak kena online pukoi 2-4 pagi...tu kalau boleh online kekadang tu hampeh... langsung x leh buka... server down.. lagi tension... sebab date line dah dekat...
Gambar dari google.
Klau dulu bila time cuti aje...boleh pi bercuti sana sini.... anak2 pun cukup happy... Tapi la ni jgn kata nak pi cuti.... nak buat cucoq pun x dan....apatah lagi nak reka resepi baru..... kesian kat anak2 dgn suami kekadang tu nak ajak pi jln2 ... maknya pulak dok sibuk depan komputer... dah jadi burung hantu... berjaga mlm..... Ini hanya secebis kisah menngenai cikgu2 ari ni.... sapa pilih kerjaya cikgu kerana terpaksa bukan kerana minat... berfikirlah sejuta kali..... sebelum beban ini menghantui anda....
No comments:
Post a Comment