Artikel ini dipetik dari Buletin Ramadhan 2/2010 oleh Panitia Pendidikan Islam SMKDSO yg amat bertepatan sekali dengan sambutan bulan Ramadhan dan kemerdekaan pada tahun ini. Terima kasih kpd guru2 Pendidikan Islam SMKDSO atas usaha menerbitkan buletin sepanjang bulan Ramadhan ini sebagai panduan dan pedoman utk semua warga sekolah.
Antara kandungannya.....
Tahun ini kemerdekaan disambut dalam bulan Ramadhan. Apa kaitannya? Sesungguhnya mereka yg mendapat ijazah taqwa krn berjaya melalui sebulan Ramadhan membawa erti kemerdekaan yg besar.
Hakikatnya kehidupan kita terpenjara dgn tuntutan hawa nafsu yg memandang mungkar sebg perkara biasa malah sebaliknya sesuatu yg berat dan menyukarkan. Hakikat kemerdekaan yg sebenar adalah apabila berjaya membebaskan diri drp perkara yg menjauhkan kita dgn Allah SWT. Sebuah negara mungkin bebas dari tangan penjajah namun belum tentu merdeka dari segi pemikiran dan kemaksiatan. MASYAALLAH.
Mari kita melihat dan mengambil peluang menjinakkan nafsu di bulan Ramadhan yg berkat ini. Jika kemerdekaan yang sebenarnya itu dihayati maka Ramadhan ini akan dimanafaat sepenuhnya oleh mereka yang memahami....
.........Ya Allah, Jangan Kau jadikan Ramadhan ini adalah terakhir buat kami, datangkanlah ia lagi dan lagi........ kerana kami belum puas berulit dengan ganjaran pahala dariMu.....
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Followers
Monday, August 30, 2010
UDANG CELUP TEPUNG
Ni resepi yg paling simple buat berbuka ptg semalam selain kari ikan dan sayur peria goreng. Dah x tau nak masak apa..... sbb selera masa bulan posa ni berbeza sikit. Lagi 15 minit nak berbuka baru buat udang celup tepung ni krn makan panas2 baru best.... resepi ni amat sesuai utk anak2. Aku masak x lah byk sbb nak mkn 3 org saja . Janji apa yg dimasak waktu berbuka mesti habis dimakan dan waktu sahur masak lauk yg lain pulak.....jom kita tengok resepi ni...
Bahan-bahannya:
12 ekor udang sederhana besar (buang kepalanya)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung tempura
1 sudu besar rempah kari daging
sedikit air
sedikit garam
minyak utk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, tepung tempura, rempah kari dan garam.
2. Masukkan sedikit air dan bancuh campuran tersebut. Kacau rata bancuhan sehingga likat dan sesuai untuk menggoreng.
3. Panaskan minyak dlm kuali dan celup udang dalam bancuhan. Goreng hingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan....... mudahkan.....
Labels:
udang
Saturday, August 28, 2010
MINUMAN RAJA
Minuman ni adalah kegemaran kami sekeluarga. Aku belajar buat minuman ni dari seorang pensyarah semasa aku sedang menyambung pengajian dlm bidang perguruan pada tahun 1985. Lebih 20 tahun dah dok buat minuman ni....... bila aku cerita kat anak2 dari mana dpt resepi dan belajar buat minuman ni depa pun taruh nama minuman raja sbb minuman ni dulu dihidangkan untuk santapan raja sebagai pencuci mulut dan ketika itu aku dan rakan2 ditugaskan menyediakan minuman ni selama hampir 3 tahun. Cukup mudah dan sedap... tpi x boleh minum selalu takut kena kencing manis pulak........ Untuk resepi/menu hari ni semuanya dah diubah suai mengikut kesesuaian. Bukannya apa.... petang semalam tiba2 aje tergerak nak buat minuman ni tapi bahannya x ada jadi ambil saja apa yg ada dlm kabinet dan dlm peti sejuk.... kira oklah juga..... Sebenarnya saya rasa ramai yg pernah buat fruit cocktail ni cuma nama saja yg lain. Jom layan resepinya...
Bahan-bahannya (hidangan utk 3 - 4 orang)
1 biji buah naga - dipotong dadu
1/2 tin laici termasuk airnya
1/2 tin nanas termasuk airnya
1/2 botol besar air ais cream soda / 7 up
ais kiub
Cara membuatnya:
1. Semua bahan dan 1/2 drp ais kiub dimasukkan ke dalam bekas/mangkuk.
2. Kacau rata.
3. Bila nak makan/minum masukkan ais kiub ke dalam bekas dan ceduk campuran minuman tersebut.
* Buah-buahan boleh digantikan mengikut kesukaan masing2
*Boleh menggunakan fruit cocktail sahaja tanpa campuran buah-buahan yg lain.
CUBA JANGAN TAK CUBA......

minuman
Friday, August 27, 2010
BABY SIEW PAK CHOY GORENG
Menu buka puasa ari ni simple aje... sup daging dgn sayur siew pak choy...... kali ni beli baby siew pak choy sbb x payah potong .....lagi pun nampak comel pulak..... Jom tengok resepinya....
Bahan-bahannya: (Hidangan untuk 3 - 4 orang)
10 tangkai baby siew pak choy
10 ekor sotong
cendawan telinga kera (banyaknya ikut suka)
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji cili merah - dipotong nipis
1 uals bawang putih - diketuk
sedikit lada hitam ditumbuk halus
3 sudu besar sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah serta masukkan lada hitam. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan siew pak choy dan cendawan telinga kera. Jangan masak terlalu lama krn siew pak choy cepat masak. Angkat dan boleh dihidangkan..
* Siew pak choy juga boleh dicelur dahulu dan curahkan kuah di atasnya.
SELAMAT MENCUBA
Labels:
sayur
Antara Tanggungjawab dan Hobi
Salam Ramadhan buat semua rakan2 blogger. Rasanya dah lama x bersiaran..... rindulah pulak....Nak buat mcm mana ada tanggungjawab yg perlu dibereskan. Sebagai isteri, ibu dan guru ada tanggungjawab besar yg perlu dipikul supaya apa yg kita buat mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Menjadi blogger ni hanyalah hobi bagi memenuhi masa terluang aje.... Keluarga adalah yg utama. Anak2 memerlukan bimbingan yg sewajarnya krn mrk adalah amanah Allah . Anak ketiga yg nak ambil PMR bulan 10 ni perlu diberi perhatian yg lebih. Memberi dan menyemak latihan2 yg dibuat supaya sebagai ibu dan guru aku x dipersalahkan oleh anak2 di kemudian hari.
Biarlah kita korbankan hobi sendiri asalkan hasil yg dituai memuaskan hati semua pihak. Anak adalah harta yg tidak ternilai...jadi utk mereka menjdi harta yg tidak ternilai itu perlulah dibajai dgn segala-galanya bukan hanya dengan ditabur dgn wang ringgit semata-mata. Jgn sampai mrk jadi sesuatu yg hilang nilainya dek krn kelalaian kita sebagai ibubapa yg alpa dgn dunia hari ni yg terlalu byk godaan dan cabaran...Dunia hari ni jgn lah kita terlalu percayakan cakap anak2 dan sentiasa berbaik sangka dgn mrk. Biarlah kita sentiasa berburuk sangka krn apabila kita ada perasaan itu bermakna kita akan sentiasa awasi gerak-geri anak kita. Itu cuma pendpt peribadi saja.
Kpd semua ....... jgn lupa tanggungjawab kita sebg ibubapa di samping luangkan masa untuk hobi yg menjadi minat dan dpt menggembirakan hati kita.....jumpa lagi..

nasihat
Thursday, August 5, 2010
PETUA MASAK SEDAP
Rasanya dah lama x update blog....Badan yg kurang sihat ditambah pula dgn kesibukan kerja yg bertimbun x dptlah nak chatting dgn rakan2 blogger. Bila buka lap top ari ni tengok byk jugalah message yg x jwb.... sorry ye...... nanti sya cuba balas... Ari ni cuma nak perturunkan petua memasak pada sesiapa yg baru nak belajar masak..... maklumlah memasak ni sesuatu yg nampak senang tpi agak rumit juga bagi sesetengah orang. Klau kena gayanya org akan terkenang2 masakan kita... klau x kena gaya pulak asyik jadi bahan sindiran dan kutukan lah pulak... Petua memasak ni bukannya susah sgt yg penting ada niat nak msak .... klau x dak niat x pyahlah buang masa nak masak....
Orang melayu sebenarnya klau masak mana ada sukatan semua pakai campak aje... tu baru origanal ... kalau kita msak mesti ikut naluri dan keikhlasan hati ...percayalah apa pun yg kita msak mesti sedap. Kekadang resepi yg dimasak ikut resepinya pun x rasa sedap bukannya apa sbb kekadang kita masak krn terpaksa.......dgn muka yg msam mcm cuka.... mana nak sedap. Bagi kita org Islam, memasak juga ada adabnya.... semua benda yg dibasuh/dicuci perlu diiringi dgn selawat supaya semua benda yg hendak dimasak selain drp bersih, kesuciannya juga perlu. Niat dlm hati supaya apa yg dimasak menjadi dan disukai semua. Masak utk keluarga pula mestilah disertai dgn kasih-sayang.... Jika niat kita elok Insya Allah masakan kita mesti sedap punya..... Kalau x caye cubalah petua ni.....

petua
SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU...
Ari ni genaplah umur anak gadisku 21 tahun.... Sedar x sedar aku dah ada anak dara sunti yg dah boleh mengundi.... Aku sentiasa berdoa agar beliau dirahmati Allah swt dan berjaya dalam bidang yg diceburi... Walaupun kami sekeluarga x dapat meraikan hari lahirnya, tpi kami x pernah lupa mengirimkan ucapan padanya.....Beliau adalah harapan dan semangat kami.... Semoga kejayaan sentiasa mengiringinya.... (pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan di UTM skudai)
Labels:
Selamat hari lahir
Subscribe to:
Posts (Atom)