Mungkin agak terlewat aku memberi komen mengenai ucapan pemimpin no. 1 negara pada perhimpunan agung UMNO pada minggu lepas.... bukannya apa oleh kerana kesibukan menyemak kertas jawapan peperiksaan jadi terpaksalah lewat sedikit menghantar komen.....
Pada ari khamis lepas.... sambil memasak kat dapur tu.....dapatlah juga mengikuti sebahagian drp ucapan Presiden UMNO yg berapi-api dan berkobar-kobar itu menghuraikan slogan MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN yg salah satunya adalah mengharapkan supaya orang Melayu menjadi satu bangsa yg terhebat.... tapi satu perkataan yg bermain di fikiran iaitu MENDAYA...... apa benda tu...
.Berbual dgn rakan sekerja mengenai maknanya masing2 pun x pernah dengar apatah lagi nak menghuraikan maknanya. Jadi oleh krn rasanya x berapa penting... krn huraian panjang lebar telah diberikan oleh bbrpa pemimpin ... jadi aku melupakan seketika isu pktn tersebut.....
Ari ni cuti hujung minggu ..... aku pun mengemas apa yg patut..... maka terpandanglah Kamus Dewan Bahasa yg dah berusia suku abad tu.... teringatlah pula nak cari makna pktn MENDAYA... mestilah ada dlm kamus ni.... kalau x dak x kanlah org boleh buat slogan.... Selak punya selak...... terkejut beruk juga aku..... betoi ke maknanya ni....Mengikut Kamus Dewan maksud MENDAYA adalah menjalankan tipu daya (muslihat), menipu....MasyaAllah.... Jika itu maksudnya sedihnya.... krn ianya dilaung-laungkan oleh pemimpin no. 1 negara dan disokong oleh masyarakat yg majoritinya beragama Islam. Apa pula pandangan bangsa asing.....aku rasa tentu ramai yg membuka kamus mencari makna pktn yg x pernah kita gunakan itu.... Maka bersoraklah bangsa lain di Malaysia apabila UMNO yg ahlinya 100% org Islam bersama-sama berkempen utk menipu bangsa sendiri..... Di manakah pejuang bahasa..... adakah berdiam diri bila bangsa kita dihina sebegini.....
Hingga ari ini rasanya x ada seorang pun pejuang bahasa memberi ulasan mengenai maksud perkataan tersebut.........Adakah orang Melayu mesti jadi bangsa terhebat dengan menjalankan tipu daya dan muslihat bagi menerajui kemakmuran.....Bahasa menunjukkan bangsa.... Terlajak perahu boleh diundur.... bila terlajak kata terimalah padahnya..... Renung-renungkan lah....
7 comments:
eh btl ke PM ckp perkataan tu?Aduhai, ruginye x dgr..huhu
hahahah, yeke? salah sebut kot :P
ehhhh xkn mcm tu plk... maybe salah sebut..
Rujuk surat khabar hari Jumaat 22 oktober 2010...
salam..
sapa yg buat speech tu? tak refer kamus dewan kot..
Salam kak ena,
Mendaya tu sebenarnya berasal drp perkataan daya yg bermaksud tenaga, kekuatan, kudrat. Perkataan ini mgkn br diwujudkan spt mana minda (asal mind=fikiran) konklusi, solusi, glokal dll. Depa blm register dgn DBP lg kot.
Salam ZURENA
Dlm Kamus Besar Bahasa Melayu (terbitan Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 2002, hal.408)ada perkataan "mendayai", yg diberi erti mempengaruhi & juga memberi tenaga atau kekuatan. Mungkin perkataan ini yg patut digunakan dlm ucapan itu.
Kemudian, ada juga dimuatkan di dalamnya istilah-istilah "mendaya, mendayai, mendayakan, memperdaya, memperdayakan" yang diberi maksud mencelakakan, menyesatkan, menjerumuskan .... Istilah-istilah ini juga diertikan mempermainkan, mengena-ngenakan, mengenakan tipu muslihat ...
Jadi, "mendaya" memang mempunyai pengertian negatif. Tetapi hairan juga saya mengapa istilah "mendayai" mempunyai pengertian negatif dan positif. Mungkin ahli bahasa boleh membantu.
Post a Comment