Followers

Monday, March 14, 2011

Persenda Azan: PPIM Mahukan Tindakan Tegas

14/03/2011 12:55pm
Sumber: Utusan Online


KUALA LUMPUR 14 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman Youtube.
Pegawai Kerja PPIM, Mustaffa Hamzah berkata, klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperlekeh dan memperkecilkan amalan agama Islam.
"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.
"Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
Mohd Mustaffa berkata, masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. - Bernama

Ulasan: Sesungguhnya laungan azan itu menyeru kita ke arah kebaikan...

1 comment:

IFA Athirah said...

mnusia prngai mkin teruk smpai azan pn nk diperlekeh http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails