Bahan-bahannya:
Batang keladi - disiat kulitnya, dipotong, dibersihkan dan dicelur hingga lembut(Masukkan 2 keping asam gelugor semasa mencelurnya) - toskan
1 - 2 ekor ikan kembung -direbus dan diambil isinya.(boleh digantikan dgn ikan bilis)
2 - 3 keping asam gelugor
1 batang serai- dititik
daun kesom
sedikit air
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar:
5 tangkai cili kering- direndam dan dibuang bijinya.
5 ulas bawang merah
Isi ikan/ ikan bilis
1/2 sudu kecil lada hitam
sedikit belacan - jika suka
Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak dgn api yg sederhana.
2. Biarkan mendidih seketika. Kacau rata dan sedia utk dihidangkan.
5 comments:
aduh sedapnya..tp saya ni tak berani nak masak keladi ni takut gatal..*tak pandai sbnrnya...hehehe
pelik..xpnah mkn lg..
sedapnya rena..kak ita biasa buat sam pedas..ne nampak...mcm cair sikit lah...pakai asam keping..boleh cuba ne..tapi susah nak cari keladi..
Saya masak tengah hari tadi memang sedap.
Sedapnye
Post a Comment