Wednesday, November 27, 2013
Asam Pedas Kedah
Sebut saja asam pedas ... ada mcm2 versi ikut negeri masing2... Kat umah ni selalunya ada 2 versi yg selalu dimasak iaitu Kedah ngan Johor. Anak2 pun x kisah mana2 versi.. dua2 suka. Tapi kalau nak berdiet tu... asam pedas Kedah yg paling sesuai kerana x pakai minyak cuma rebus aje... Jom kita layan resepinya...
Bahan-bahannya:
Ikan kembung - dibersihkan
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
kacang bendi
beberapa tangkai daun kesum
sedikit air
Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk/Giling
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
1 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang merah
sedikit belacan
Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jgn masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
4. Bila dah masak angkat dan hidangkan...
* Bendi boleh digantikan dgn timun atau ubi keledek
* Ikan ikut kesukaan anda
* Jika suka boleh masukkan hirisan bunga kantan.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili kering.
asam pdas kdah mmg cair skit erk?
ReplyDeleteCair banyak.. asam rebus
Deleteasam pedas ikan pari atau keli pun best kan...?*rasa macam nak makan nasi sambil hadap laptop tengok asam pedas ni...*hu hu hu
ReplyDeleteto mia.lia...
ReplyDeletemmg asam pedas kedah ni cair x macam asam pedas Johor..yg agak pekat.
To Cikgu Nurin..
ReplyDeletemmg betoi tu ... kalau buat asam pedas ikan pari makan habis sampai ke tulang...
kita pun suka asam pedas cenggini..kena plak ngan ikan pekasam..pergh...tak sedar berpinggan2 tambah nasik..
ReplyDeletefeveret gila asam pedas ni. rndu kg. kat melaka. wuaaa;(
ReplyDeletekat penang ni mmg sush nk jumpe asam pedas=.='
apa beza nya dengan asam pedas biasa yer compare asam pedas kedah..
ReplyDeleteAssalamualaikum Zurena,
ReplyDeleterasanya lama betul kak Nur tk singgah sini...sihat ke??
Asam pedas lauk fav kak Nur,mkn ngan nasi panas2 pasti akak bertambah gitu.
Sy dh try resepi ni.. mmg sdap.. nk wat pkat pn bleh. Lbihkan cili..
ReplyDeleteKalau ikut cara nenek saya, masa giling bahan giling tu, tambahkan sikit beras. Dalam satu sudu teh. Boleh pekatkan lagi kuah.
ReplyDeletelamanya x makan asam pedas kedah..kalau letak btg keladi lg sedap.hihi
ReplyDeletefeberet sangat niii..hehe. Kalau hari-hari makan lauk ni pun takpe :)
ReplyDelete