Followers

Showing posts with label tomyam. Show all posts
Showing posts with label tomyam. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Tomyam Udang Shitake

Kalau anda tengah berdiet... nilah menu yang paling sesuai sekali... Semuanya lengkap kelas makanannya... nak makan begitu saja pun boleh... nak join dengan nasi pun ok.... kalau taruh bihun atau mee pun boleh jugak... pendek kata semua boleh..... ikut kata hati nak gu dgn apa... Jom layan resepinya....

Bahan-bahannya: (byknya ikut suka)

Udang sederhana besar
lobak merah -dipotong memanjang
cendawan shitake - dipotong
brokoli - dipotong
tomato - dibelah 6
daun limau purut
Jus limau nipis
2 ulas bawang putih - diketuk
sedikit halia - diketuk
5 biji cili api - diketuk
2 batang serai - dititik
1 batang saleri - dipotong
sedikit air
garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
 1. Masukkan air dlm periuk. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan daun limau purut.
2. Masak sehingga mendidih. masukkan lobak merah dan udang.
3. Kemudian masukkan jus limau nipis, brokoli  dan garam secukup rasa.
4. Apabila rasa masamnya dah cukup, masukkan tomato, cendawan dan daun saleri. Apabila telah mendidih, bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Thursday, July 1, 2010

Tomyam Cendawan

Kelmarin dah makan macam2 lauk, ari ni msk yg simple saja.....Seblm pi kerja sempatlah juga masak tomyam cendawan dgn  ikan goreng saja. Mujur anak2 x kisah bedal semacam aje... balik kerja  tengok dah hampir licin tapi adalah juga depa simpan kat maknya..... dptlah rasa...yang penting apa yg kita msk diorang mkn...seronok rasanya.... Betoi dak?.. My hb ni klau masak tomyam  dia kata masak orang malas sebab main campak aje... Tpi apa pun dia mkn juga mulut aje pandai komen...bukan dia yang nak masak.... Bedal tetap bedal.... Buat rakan blog QC nilah menu ari ni.... Ok tak?

Bahan-bahannya:

200gm cendawan tiram kelabu
1 ketul dada ayam dipotong dadu
1 batang daun saleri dipotong
1 batang karot - dipotong
2 biji tomato - dipotong 6
5 biji cili api - diketuk
1 batang serai - dititik
1 inci halia - diketuk
2 ulas bwng merah -diketuk
1 ulas bawg putih - diketuk
2 biji limau nipis - diperah ambil airnya sahaja
Beberapa helai daun limau purut
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Masukkan air, ayam, serai, cili api, halia, bawang ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih
2. Apabila mendidih , masukkan karot, daun limau purut dan air limau nipis. Kacau.
3. Akhir sekali masukkan tomato, daun saleri dan cendawan serta garam secukup rasa...
4. Angkat dan boleh dihidangkan....    Cukup mudah.....

* Selain sayur di atas bolehlah ditambah sayur lain ikut kesukaan....
Related Posts with Thumbnails