Dah lama rasanya x masak cendawan sisir ni.... sukar nak jumpa org menjualnya... ada sesetengah org cendawan ni dikenali juga dgn cendawan kukur.... Kalau dulu dpt beli dgn harga RM1... tpi kini.. harga paling minima RM3... bukannya byk sgt pun.... rasanya cuma segenggam aje... tapi x kisahlah kalau dah nak makan.... Kalau nak tau sedap ke x sedap cendawan ni....cubalah resepi kat bawah ni.... selepas makan pasti lepas ni pi cari lagi....
Bahan-bahannya:
cendawan sisir - dibersihkan dan ditoskan
1 cawan santan
sedikit ikan bilis - dibelah
1 batang serai - diketuk
1 -2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan Tumbuk / Kisar:
3 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
kunyit hidup
5 biji cili api (kalau nak lebih pedas lebihkan cili api) - boleh diketuk aje jika x suka pedas.
Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau perlahan-lahan di atas api yg sederhana sehingga mendidih.
3. Angkat dan boleh dihidangkan.