Followers

Showing posts with label masakan melayu tradisional. Show all posts
Showing posts with label masakan melayu tradisional. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Asam Pedas Keladi ala Kedah

Kat Kedah ni... sayur keladi selalunya dibuat asam pedas. Sedap dimakan dgn nasi ulam ataupun nasi putih....tapi bagi sesetengah org sayur keladi ni katanya pembawa penyakit antaranya sakit urat.... sejauh mana kebenarannya tu x taulah....setakat ari ni kami makan ok aje....ape2 pun kena berhati-hati jugak pasai makan ni... sbb byk penyakit ari ni berlaku....penyebabnya adalah makanan..... betoi dak? Kesihatan  perlu diambil berat. Ada duit berjuta pun x guna kalau kesihatan x dijaga....... Jom layan resepi ari ni...

Bahan-bahannya:
Batang keladi - disiat kulitnya, dipotong, dibersihkan dan dicelur hingga lembut(Masukkan 2 keping asam gelugor semasa mencelurnya) - toskan
1 - 2 ekor ikan kembung -direbus dan diambil isinya.(boleh digantikan dgn ikan bilis)
2 - 3 keping asam gelugor
1 batang serai- dititik
daun kesom
sedikit  air
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar:
5 tangkai cili kering-  direndam dan dibuang bijinya.
5 ulas bawang merah
Isi ikan/ ikan bilis
1/2 sudu kecil lada hitam
sedikit belacan - jika suka

Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak dgn api yg sederhana.
2. Biarkan mendidih seketika. Kacau rata dan sedia utk dihidangkan.



Wednesday, November 23, 2011

Masak Lemak Cendawan Sisir

Dah lama rasanya x masak cendawan sisir ni.... sukar nak jumpa org menjualnya... ada sesetengah org cendawan ni dikenali juga dgn cendawan kukur.... Kalau dulu  dpt beli dgn harga RM1... tpi kini.. harga paling minima RM3... bukannya byk sgt pun.... rasanya cuma segenggam aje... tapi x kisahlah kalau dah nak makan.... Kalau nak tau sedap ke x sedap cendawan ni....cubalah resepi kat bawah ni.... selepas makan pasti lepas ni pi cari lagi....

Bahan-bahannya:

cendawan sisir - dibersihkan  dan ditoskan
1 cawan santan
sedikit ikan bilis - dibelah
1 batang serai - diketuk
1 -2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa.


Bahan Tumbuk / Kisar:
3 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
kunyit hidup
5 biji cili api (kalau nak lebih pedas  lebihkan cili api) - boleh diketuk aje jika x suka pedas.

Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau perlahan-lahan di atas api yg sederhana sehingga mendidih.
3. Angkat dan boleh dihidangkan.



Tuesday, June 8, 2010

Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahannya: (Hidangan 3 -4 orang)

1 ikat pucuk ubi dicelur hingga empuk dan dipotong ikut citarasa.

Bahan A:
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
5 biji cili api
1 cawan santan
sedikit ikan bilis

Bahan B:
Garam secukup rasa
sedikit gula

Cara Membuatnya:

1. Semua bahan A kecuali santan ditumbuk halus.
2. Masukkan santan dan bahan A  ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang perlahan.
3. Masukkan pucuk ubi, garam dan gula. Hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
4. Apabila masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

*Pucuk ubi boleh digantikan dengan pucuk paku, daun kaduk, daun mengkudu, daun cekur manis.
*Masa penyediaan/masak 15-20 minit.

Monday, June 7, 2010

Masak Pindang Ikan Pari

Bahan-bahannya. (Hidangan untuk 3 - 4 orang)

6 ketul ikan pari
2 biji tomato
sedikit daun kesum
1 batang serai
1 keping asam keping
sedikit air
Garam

Bahan A:
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah

Cara membuatnya:
1. Tumbuk bahan A separuh lumat. Masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air, serai, asam keping dan daun kesum ke dalam periuk.
3. Panaskan sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan ikan dan apabila ikan sudah masak, masukkan tomato dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


* Menu ini sesuai untuk sesiapa yang mengamalkan diet kerana tidak menggunakan minyak.
* Ikan pari boleh digantikan dengan ikan kembung atau ikan kerisi.

* Masa penyediaan/masak  lebih kurang 10 - 15 minit.

Sunday, June 6, 2010

Kari Udang kacang panjang

Bahan-bahannya: (Hidangan untuk 4-5 orang)

  • 15 ekor udang sederhana besar
  • 1 bungkus rempah kari udang (25 gram)
  • 2 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 6 urat kacang panjang - dipotong memanjang
  • 1 cawan santan ( Jika terlalu pekat masukkan sedikit air)
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji cili merah - dipotong halus
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Masukkan santan, rempah, asam keping dan bawang merah ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau supaya rempah, santan dan bawang masak dengan sekata.
2. Apabila telah mendidih, masukkan udang, kacang panjang, garam.
3. Apabila udang telah masak (berubah warna) masukkan cili merah. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

* Mesti cuba resepi ini, terutamanya bagi yang sibuk bekerja kerana masa penyediaan/masak lebih kurang 10 minit sahaja.
* Udang boleh juga digantikan dengan kerang, siput retak ribu ataupun kepah.

Related Posts with Thumbnails