Bahan-bahannya: (Hidangan 3 -4 orang)
1 ikat pucuk ubi dicelur hingga empuk dan dipotong ikut citarasa.
Bahan A:
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
5 biji cili api
1 cawan santan
sedikit ikan bilis
Bahan B:
Garam secukup rasa
sedikit gula
Cara Membuatnya:
1. Semua bahan A kecuali santan ditumbuk halus.
2. Masukkan santan dan bahan A ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang perlahan.
3. Masukkan pucuk ubi, garam dan gula. Hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
4. Apabila masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
*Pucuk ubi boleh digantikan dengan pucuk paku, daun kaduk, daun mengkudu, daun cekur manis.
*Masa penyediaan/masak 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment