Followers

Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

Spaghetti Meatball



Salam semua....

Dok online PBS.... x dpt2 nak key in... mulalah menjelajah blog rakan blogger yg dah lama x dilawati... Maka terjumpalah satu blog yg menarik gak resepinya...Rasa2nya nilah menu utk ari ni....semua bahan dah ada.... Resepi ni hanya copy paste dari rakan blogger http://fiddtanjung.blogspot.com/


Untuk Sos:

500 g      Mince beef (daging cincang)
2 biji       Bawang besar ( chopped finely)
Sedikit    Coriander leave (optional)
2 cans     Chopped Tomato
2 tbs       Tomato puree
4 tbs       Olive oil
Fresh herbs or dry mixed herbs

Cara:

Gaulkan bersama mince beef, 1 bawang dan coriander leave, masukkan garam secukup rasa.
Bulatkan mengikut saiz yg dikehendaki. 
Panaskan minyak, masak meatball sekadar untuk seal bhgn luar sahaja (separuh masak)
Keluarkan meatball dari kuali. Minyak yg lebih sauteed lebihan bawang.
Kemudian masukkan kedua2 jenis tomato. Renihkan sebentar.
Masukkan semula meatball. 
Masukkan semua herbs yg digunakan dan garam secukup rasa.
Masak dengan api sederhana sehingga meatball masak.

Utk Spaghetti

Masak mengikut instruction kat packet spaghetti tu.

Posted by at 

Monday, July 5, 2010

MAKARONI GORENG ALA MELAYU

Malam tadi oleh krn semua x nak mkn nasi... buka kabinet nampak ada makaroni... buka pulak peti sejuk tengok ada benda2 yang boleh join dengan makaroni... jadi apa lagi  masak makaronilah mlm tadi... Nak masak ala barat x berapa nak pandai... jadi goreng ajelah cara org melayu....Jom layan resepinya....

Bahan-bahannya:

300 gm makaroni - direbus hingga masak dan toskan (masukkan 2 sudu minyak ke dalam air mendidih)
3 ketul dada ayam - potong dadu
1 biji lada benggala merah - dipotong
1 biji lada benggala hijau - dipotong
 sayur campur (byknya ikut suka)
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
brokoli - dipotong (byknya ikut suka)
5 sudu besar tomato puri
5 sudu besar sos cendawan
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 genggam udang kering
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
2 labu bawang besar

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, sos cendawan dan tomato puri. Kacau rata. Masak sehingga pekat.
3. Masukkan isi ayam. kacau sehingga ayam masak.
4.Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa dan semua sayuran yang telah dipotong serta cendawan. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan makaroni. kacau sehingga rata. Biarkan sebentar.
6. Angkat dan bolehlah dihidangkan.......

* Masukkan sayur ikut kesukaan anda

Related Posts with Thumbnails