Followers

Sunday, December 26, 2010

Rais Tegur Artis Berpakaian Seksi




 KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.
"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.
"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.
Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.
Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.
"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.
Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.
Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.
"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.
"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.
Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.
Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.

SUMBER: Mingguan Malaysia 26 Dis 2010

Kacang Botol Goreng

Kacang botol ni mmg sedap.... selain dimakan mentah sebagai ulam dan dibuat kerabu  ia jugak boleh digoreng... mmg best.. selalunya kami suka makan yg dah digoreng buat sayur dgn telur... nilah menu mlm tadi. Cukup menyelerakan..... Mudah aje penyediaannya.... amat sesuai bagi yg sibuk..

Bahan-bahannya:
Kacang botol - dipotong menyerong
1 labu bawang besar - dipotong
1 ulas bawang putih - dipotong
1 biji cili merah- dipotong menyerong
1 biji telur
sedikit ikan bilis digoreng garing
sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau.
2.Masukkan kacang botol yg dah dipotong dan juga garam. Kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis yg dah digoreng. Kemudian pecahkan telur dan dikacau rata.
4. Bila dah rata angkat dan hidangkan.

* Masak jgn terlalu lama supaya kacang botol tu rangup bila dikunyah..

Thursday, December 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR IMRAN...

Ari genaplah umur Imran Iqbal 15 tahun... Dah makin dewasa anak2 semua..X sedar masa berlalu begitu pantas sekali..... Imran anak ketiga ku, lahir sewaktu aku berusia 28 tahun... Waktu tu aku dikira ibu muda yg dah ada 3 anak.....Imran seorang anak yg amat dimanjai krn dia lahir selepas abangnya berusia 4 tahun dan mendapat adik pula sewaktu umurnya 9 tahun....  ia tidak cerewet... malah  seorang anak yg begitu ceria sekali.... seorang yg ringan tulang...suruhlah apa jua kerja padanya pasti semuanya beres. Hobinya yg paling utama adalah memancing....kalau diajak memancing tengah malam pun dia sanggup mengorbankan waktu tidurnya.
Doaku semoga Imran menjadi anak yg soleh dan sentiasa menyenangi hati semua orang. Semoga Imran juga berjaya dalam semua bidang yg diceburi dan di mana juga Imran berada janganlah lupa kpd Tuhan yg satu. SELAMAT HARI LAHIR.....Jadikanlah insan yg berguna kepada keluarga, Masayarakat dan negara....INSYAALLAH...

Tuesday, December 21, 2010

Daging Masak Merah



Oleh krn Aiman x leh makan seafood... kenalah masak menu ikan, daging dan ayam aje sejak akhir2 ni...... kesian jugak kat dia.. Ni adalah menu lunch semalam....daging masak merah sbb dah lama x makan...lagipun menu ni mmg kesukaan anak2...Bahan2 nak diguna pun semuanya ada jadi kira oklah tu....Jom kita tengok bahan2nya...

Bahan-bahannya:
400gm daging batang pinang - dipotong nipis
2 batang serai diketuk
sedikit minyak
1 labu bawang besar - dipotong
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
1 cawan santan pekat
sedikit air
Garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar: (Banyak bahannya ikut suka dan dikisar halus)
Cili kering - direndam dan dibuang bijinya
halia
lengkuas
kunyit
bawang putih
bawang merah


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar,serai, kulit kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga.
2. Masukkan bahan kisar dan daging. Kacau rata. Masukkan sedikit air bagi melembutkan daging. Masak dengan api yg perlahan.
3. Masak sehingga pekat. Masukkan santan pekat. Kacau rata.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila kuahnya pekat dan memenuhi citarasa anda bolehlah diangkat dan dihidangkan.


*Daging juga boleh direbus terlebih dahulu.
*Susu rendah lemak juga boleh digunakan bagi menggantikan santan.
*Boleh juga dimasukkan daun limau purut bagi menambahkan aromanya.
*Jika ingin ada rasa masam manis boleh juga ditambah dengan tomato puree atau sos tomato.
CUBA JGN TAK CUBA..

Monday, December 20, 2010

Ikan Keli Termahal?

Minggu lepas sempatlah juga meluangkan masa pergi memancing dgn anak2. Tapi kali ni pergi ke pertandingan memancing di Tasik Darul Aman, Jitra anjuran Toman Merah Event. Terujalah juga dgn hadiah yg ditawarkan iaitu RM15,000 utk juara. Bayaran masuk yg dikenakan adalah sebanyak RM60. Rasanya berbaloi juga dgn hadiah yg ditawarkan.
Petang sehari sebelum pertandingan kami pun pi lah tinjau2 kat situ di samping mendaftar masuk pertandingan. Cuma satu joran sajalah yg mampu. Bila terpandang saja peraturan pertandingan.... semua ikan dipertandingkan kecuali ikan keli.... La .. ni yg pening kepala sbb umpan yg dah disediakan utk pancing keli sbb kat tasik tu byk ikan keli....kelam-kabut dok fikir umpan yg sesuai.....ari pun dah malam... ape2 pun berserah ajelah.
Pada hari petandingan..Kami tiba seawal 7.30 pagi di tempat pertandingan iaitu sejam sebelum pertandingan..... pilih lokasi yg sesuai....pasang khemah...berkelahlah kami kat tepi tasik tu.....Lebih kurang 45 minit pertandingan... joran Imran ditarik ikan tapi sayangnya terlepas...besarlah juga ikannya.... 15 minit kemudian jorannyanya direntap lagi... Kali ini mengena..... Ikan pun dinaikkan .... semua hampa sbb yg naik ikan keli yg x dikira dlm pertandingan... Ikan keli yg dinaikkan tu x lah besar sangat dlm anggaran 200gm aje.. sbb sebelum ni Imran pernah menaikkan keli hampir 2kg dlm pertandingan yg dianjurkan oleh Bank Rakyat.
Tunggu punya tunggu masa pertandingan pun tamat. Ikan yg dapat cuma keli seekor. Johan pertandingan ni dpt menaikkan ikan patin seberat 4.8kg.....besarnya..... Jadi ikan keli yg dikail Imran nilainya RM60. Aduh mahalnya....buat kami sekeluarga.... ape2 pun kami sekeluarga gembira krn dpt meluangkan masa bersama-sama. Apabila dibuat post mortem kesimpulannya umpan yg digunakan x sesuai dgn ikan yg nak dipancing dan x dak rezeki pada ari tu.....

Kailan Goreng Bercendawan


Selalunya masak sayur baby kailan .... malam tadi buat sayur mak kailan dgn cendawan pulak....Kalau makan kat restoran tu selalunya order kailan ikan masin ....bila masak sendiri pandai2lah menambah itu ini bagi memenuhi citarasa....Kebetulan pula bahan2 yg  diperlukan semuanya ada.... apalagi jom kita layan resepinya...

Bahan-bahannya: (Banyaknya ikut suka)
Kailan - dipotong
Cendawan tiram kelabu
Isi ayam - dipotong dadu
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk hancur
2 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah - dipotong serong
1 labu bawang besar - dipotong
2 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili merah dan lada hitam.
2. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
3. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan  sayur kailan. Balik-balikkan hingga masak.
5. Akhir sekali masukkan cendawan. Kacau rata. Angkat dan hidangkan.

*Jika inginkan ada kuah, tambahkan sedikit air.
*Isi ayam boleh digantikan mengikut citarasa spt udang, daging atau sotong.

SELAMAT MENCUBA....

Sunday, December 19, 2010

Jom..... Tengok Orkid

Kat Alor Setar sekarang ni tengah berlangsung pameran, pertandingan dan jualan orkid sempena ulang tahun Bandaraya Alor Setar. Sempatlah juga meluangkan masa menikmati keindahan orkid. Terbanglah beberapa helai not RM50 dek kerana terpegun dengan kecantikan dan keunikannya. Sapa2 yg minat dgn orkid ni bolehlah mai kat perkarangan Stadium Darul Aman. Bukan saja ada orkid, benih pokok buah-buahan dan bunga2 lain pun ada. X rugilah bagi penggemar flora ni mai kat sini krn harga yg ditawarkan amat berpatutan sekali.....Jom kita layan gambar2nya.......












Sunday, December 12, 2010

Geram....Salah Siapa?

Dah hampir sebulan x bw... geram sgt kat intenet kat rumah.....x leh online.... bila buat report kata nak hantar org dia mai tengok apa masalahnya... tunggu org dia mai check....
3 hari   x nampak btg hidung x leh pi mana....bila kita keluar selesaikan urusan harian.... dia mai pulak.... tinggal pesanan suruh contact depa mengikut no. yg diaorang tinggalkan.... bila kita contact kata x leh mai... tayar van pancit pulak..... ambil masa 4 ari pulak nak mai....order tayar dari Jerman kot... dia ingat kita ni x dak kerja lain... dok tunggu depa aje...
Bila kita contact balik ibu pejabat dia... dia suruh kita cuba sendiri baiki.. depa bagi tutorial melalui telefon... kita pulak x berapa cekap nak buat ... x menjadi...... dia janji akan hantar technician mai tengok apa masalahnya... tunggu lagi......4 hari selepas tu baru mai...bikin tension kepala otak sbb urusan kita dah banyak terganggu.....sehinggakan nak keluar ke kedai pun x leh.... takut nanti diaorang dtg kita x dak kat rumah pulak...
Bila dah mai lagi kita tension... depa x tau ape masalah internet tu pulak... sbb modem semua ok....janji esok nak mai lain....tunggu lagi.. yg geramnya tunggu sampai 3 hari x mai jugak.....last2 contact balik ibupejabat....dia bagi lagi tutorial melalui telefon.... bila kita tanya apa masalah internet tu.... senang aje dia jawab menyatakan aku dah ubah password berkali2....mcm mana nak ubah... semua setting anak aku yg buat ....password pun dia yg buat ...last2 dia kata aku yg tukar password.... aku x pernah pun ubah sebarang setting yg sedia ada sbb aku ni bab2 tu x berapa nak reti.....
Mungkin technician dia kot... Salah Siapa?....La ni x payah pening kepala dok cari salah sapa yg penting sekarang....alhamdulillah internet ari ni semua ok....Pengajarannya di sini.... Penantian dan Kemarahan itu banyak menguji sejauhmana Kesabaran kita.....Jangan kita saling menunding jari mencari kesalahan orang lain...
Related Posts with Thumbnails