Followers

Tuesday, December 21, 2010

Daging Masak Merah



Oleh krn Aiman x leh makan seafood... kenalah masak menu ikan, daging dan ayam aje sejak akhir2 ni...... kesian jugak kat dia.. Ni adalah menu lunch semalam....daging masak merah sbb dah lama x makan...lagipun menu ni mmg kesukaan anak2...Bahan2 nak diguna pun semuanya ada jadi kira oklah tu....Jom kita tengok bahan2nya...

Bahan-bahannya:
400gm daging batang pinang - dipotong nipis
2 batang serai diketuk
sedikit minyak
1 labu bawang besar - dipotong
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
1 cawan santan pekat
sedikit air
Garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar: (Banyak bahannya ikut suka dan dikisar halus)
Cili kering - direndam dan dibuang bijinya
halia
lengkuas
kunyit
bawang putih
bawang merah


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar,serai, kulit kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga.
2. Masukkan bahan kisar dan daging. Kacau rata. Masukkan sedikit air bagi melembutkan daging. Masak dengan api yg perlahan.
3. Masak sehingga pekat. Masukkan santan pekat. Kacau rata.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila kuahnya pekat dan memenuhi citarasa anda bolehlah diangkat dan dihidangkan.


*Daging juga boleh direbus terlebih dahulu.
*Susu rendah lemak juga boleh digunakan bagi menggantikan santan.
*Boleh juga dimasukkan daun limau purut bagi menambahkan aromanya.
*Jika ingin ada rasa masam manis boleh juga ditambah dengan tomato puree atau sos tomato.
CUBA JGN TAK CUBA..

2 comments:

pN.rOs said...

nampak sedappppppppppppppp...
wa ada resepi...
nak try ney

LinRosLy said...

Award Anda Ada Di Umah Kak Lin...Jom laaa Amik...

Related Posts with Thumbnails