Followers

Showing posts with label Masakan ayam. Show all posts
Showing posts with label Masakan ayam. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Soto Ayam

Cuti dah bermula, anak2 dah berkumpul dan x ketinggalan saudara-mara dtg bertandang. Anak saudara yg baru kahwin hujung tahun lepas, di kesempatan cuti dan balik rumah mentua singgahlah kat rumah bawa isterinya utk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Mulalah terfikir apa nak dijamu pada tetamu yg dtg... akhirnya nilah menu dinner yg sempat disediakan malam tadi. Resepi soto ni kalau ada bergedil lagi sedap.... tapi x sempat nak buat sbb ubi kentang dah habis.... terlupa nak beli......ape2 pun bedal ajelah.....

Bahan-bahannya:
 2 kampit nasi impit (direbus lebih kurang 45minit hingga 1 jam)- angkat dan toskan.
1 ekor ayam
3 liter air
Sedikit minyak
3 tangkai daun bawang dan daun sup -  dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
 6 ulas bawang putih
 3 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih
 4 biji buah keras
 4 batang serai dipotong halus

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak  dalam periuk. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama dengan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lawang.
2. Apabila telah naik bau, masukkan ayam kacau rata.
3. Kemudian masukkan air dan masak sehingga ayam empuk.
4. Masukkan  daun bawang dan  daun sup serta garam secukup rasa.
5. Keluarkan ayam dan toskan.
6.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng ayam. (Jangan terlalu garing)
7. Isi ayam yang telah digoreng disiat-siat.

Bahan hiasan:
1 genggam kacang tanah - digoreng
10 gm suhun - digoreng
sayur pucuk - digoreng (jika suka)
10 ulas bawang merah dipotong halus dan digoreng (dijadikan bawang goreng)
50 sen taugeh mentah (boleh juga dicelur)
2 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu
3 tangkai daun bawang dan daun sup dipotong halus

Sambal Kicap:                        Cara Membuatnya:
15 biji cili api                              1. Tumbuk cili api dan bawang putih
4 ulas bawang putih                    2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
1 1/2 sudu besar gula                  3. Kacau rata
kicap

Monday, June 28, 2010

RENDANG PEDAS AYAM

Sebut saja rendang rasanya dah macam nak raya. Bila aku suruh anak bujang aku tolong kacau rendang kat atas dapur.... dia pun kata macam nak raya... Sabar.... ramadhan belum datang lagi.........Tapi apa salahnya kalau buat rendang untuk makan ari ni kan...... Ni bukannya apa sbb emaknya x pernah buat rendang time mcm ni....

Bahan-bahannya:

8 ketul ayam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 batang serai - dititik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering - dibuang bijinya
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai - dipotong
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar ketumbar
2 sudu besar serbuk kari daging

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
2. Jika terlalu pekat, tambahkan air supaya ayam masak sepenuhnya
3. Panaskan kuali dengan api yang sederhana.
4. Sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
5. Masak sehingga pekat (semua rempah bersalut pada ayam)
6. Angkat dan boleh dihidangkan

* Boleh dimasukkan daun kunyit @ daun limau purut supaya lebih wangi..

Tuesday, June 8, 2010

Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya (Hidangan untuk 4-5 orang)

Sebelah ayam dibersihkan dan dipotong ikut citarasa (digaul dengan garam kunyit)
1 cawan santan
1 cawan minyak untuk menggoreng ayam
setengah cawan air
sedikit gula
garam secukup rasa

Bahan kisar:

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (direndam dalam air panas dan dibuang bijinya)
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (boleh juga dititik)

Bahan tumis:
1 labu bawang besar dipotong nipis.
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang.

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam. Angkat dan toskan. (Jangan terlalu garing)
2. Tumis bahan tumisan dan apabila bawang telah layu masukkan bahan kisar. Masukkan sedikit air. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan santan, ayam goreng, garam dan gula. Kacau rata.
4. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

*Minyak gorengan ayam boleh digunakan untuk menumis. Jangan guna terlalu banyak minyak bagi mengelak masakan kita terlalu berminyak.
*Santan boleh digantikan dengan susu rendah lemak.
*Masa penyediaan/masak 25-35 minit.

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahannya: (Hidangan 4-6 orang)

8 ketul ayam yang telah dibersihkan
1 cawan air asam jawa
3 cawan air
daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai - dititik
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 - 15 tangkai cili kering dibuang bijinya

Bahan tumis:

Sedikit minyak masak
1 labu bawang besar

Cara Membuatnya.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar. Kacau rata. Apabila rempah telah masak masukkan air.
3. Apabila telah mendidih masukkan ayam, serai, daun kesum, air asam jawa dan bunga kantan yang telah dipotong.
4. Masak  ayam sehingga masak dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Biarkan masakan mendidih lebih kurang 10 -15 minit supaya kuah tidak terlalu cair. Kacau rata.
6. Apabila sudah cukup rasa dan kuah separuh pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.


* Jika suka boleh masukkan  potongan nenas atau tomato ke dalam kuah.
* Masa penyediaan/masak 30 - 40 minit.
Selamat mencuba. Pasti menyelerakan.

Ayam Masak Kicap



Bahan-bahannya (Hidangan untuk 4-6 orang)

Sebelah ayam dibersihkan dan dipotong 8 (digaul dengan garam kunyit )
3 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
1 batang serai - dititik
1 cawan air

Bahan kisar:

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 inci halia

Bahan tumis:

Sedikit minyak
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
1 labu bawang besar dipotong nipis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam.(Jangan terlalu garing) Angkat dan toskan.
2. Kurangkan minyak  dan tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan serai. Kacau rata.
4. Setelah hampir garing masukkan air, kicap manis, garam dan ayam goreng.
5. Kacau dan apabila sudah cukup rasa bolehlah diangkat.

* Jika ingin rasa yang lebih pedas masukkan ke dalam masakan beberapa cili api yang telah diketuk.
* Masa penyediaan/masak 25-35 minit.

Monday, June 7, 2010

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahannya: ( Hidangan untuk 4 orang)

Bahan A:

Ayam sebelah dipotong 8 ketul
2 sudu  besar rempah kari daging
1 sudu kecil kunyit serbuk
 Garam secukup rasa

Bahan B:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit lada hitam biji.

  • Sedikit minyak untuk menggoreng.
  • 2 labu bawang besar dihiris halus

Cara Membuatnya.
1. Semua bahan B ditumbuk halus.
2. Campurkan semua bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan perap selama 20 minit.
3. Selepas itu ayam digoreng  hingga masak. Angkat, dan goreng bawang yang telah dipotong tadi.
4. Setelah bawang hampir garing, angkat dan taburkan di atas ayam yang telah siap digoreng.

*Masa penyediaan/masak lebih kurang 35 minit. Selamat mencuba.

Related Posts with Thumbnails