Followers

Wednesday, June 30, 2010

JAMUAN NASI LEMAK

Ari ni aku kena bangun awal pagi masak nasi lemak utk anak sulungku..... nak buat jamuan kat staf tempat dia buat pratikal di Hospital Sultanah Bahiyah....... esok ari last dia kat sana....Jadi  sebagai tanda ucapan terima kasih tak tertingga pada staf kat sana aku cadangkan buat sikit jamuan....Dia tanya aku... pasai apa kena buat jamuan.....aku kata nak bagi orang ingat dan menghargai mereka2 yg dah byk tolong tunjuk ajar kat kita semasa latihan.. Tu lah budak2 muda masa kini.... kurang mengetahui dan mempelajari ilmu menghargai orang.... kitalah yg perlu bertindak sebagai  tuan penasihat...... betoi tak?  Ok setuju....... dari byk2 menu nasi lemak yang dia pilih..... Layan ajelah.... 

Ni lauk-pauk yang sempat dimasak........ macam mana ok tak?

Udang goreng berempah                                                                 nasi lemak
Ayam masak merah


Untuk makan kat rumah, aku gantikan udang goreng berempah dgn daging goreng kunyit krn. nak masak daging ada kalangan staf tak makan daging dan ada yang berbangsa India.... Jadi kitakan 1 Malaysia kena menghormati kaum lain...... betoi tak?....

Di sini aku berikan resepi nasi lemak, daging goreng kunyit dan udang goreng berempah.....


 
NASI LEMAK

Bahan-bahannya
500 gm beras (dibersihkan dan ditoskan)
1 cawan santan
5 cawan air
1 sudu kecil halba
3 ulas  bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
2 helai daun pandan
1 batang serai
Garam secukup rasa

Cara membuatnya.
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
2. Masak hingga masak.


 
DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya
Daging dipotong nipis ( dibersihkan dan ditoskan)
Bawang merah , bawang putih dan halia dikisar atau ditumbuk
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
Sedikit minyak
sedikit air

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau...
2. Masukkan daging dan kunyit serbuk.
3. Kacau rata. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
4. Masak sehingga pekat dan bolehlah diangkat..


 
UDANG GORENG BEREMPAH.

Bahan-bahannya

1 kg udang saiz sederhana
2 labu bawang besar dipotong nipis
sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan perap:
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar bawang putih kisar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Udang dimasukkan kedalam bekas dan diperap dengan bahan2 perap selama 20 minit @ lebih..
2. Panaskan minyak dan tumiskan udang yang telah diperap..
3.Goreng sehingga 3/4 masak. Angkat.
4. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan daun kari.. Tumis sehingga bawang menjadi kekuningan dan wangi.
5. Masukkan Udang yang digoreng tadi.
6. Masak sehingga udang masak. Angkat dan bolehlah dimakan........
MUDAHNYA........















 

Monday, June 28, 2010

RENDANG PEDAS AYAM

Sebut saja rendang rasanya dah macam nak raya. Bila aku suruh anak bujang aku tolong kacau rendang kat atas dapur.... dia pun kata macam nak raya... Sabar.... ramadhan belum datang lagi.........Tapi apa salahnya kalau buat rendang untuk makan ari ni kan...... Ni bukannya apa sbb emaknya x pernah buat rendang time mcm ni....

Bahan-bahannya:

8 ketul ayam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 batang serai - dititik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering - dibuang bijinya
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai - dipotong
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar ketumbar
2 sudu besar serbuk kari daging

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
2. Jika terlalu pekat, tambahkan air supaya ayam masak sepenuhnya
3. Panaskan kuali dengan api yang sederhana.
4. Sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
5. Masak sehingga pekat (semua rempah bersalut pada ayam)
6. Angkat dan boleh dihidangkan

* Boleh dimasukkan daun kunyit @ daun limau purut supaya lebih wangi..

Sunday, June 27, 2010

SAMBAL TUMIS BILIS + PETAI

Lunch tadi inilah lauk yang sempat dimasak sblm pi kerja..Buka peti ais tengok bahan yang ada ....... petai ni kalau masak sambal tumis pasti mengancam.... Petai ni yg lebih masa pi kebun ari tu... Jom kita tengok apa bahan2 sambal ni.
Bahan-bahannya:
3 papan petai
1 genggam ikan bilis
sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering dibuang bijinya
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
3. Apabila hampir pekat masukkan , petai, ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang  5 minit. Siap bolehlah dihidangkan...

* Petai juga boleh dimasak tanpa membuang kulit luarnya. (ikut citarasa sendiri)
* Jika inginkan  lebih pedas, bolehlah ditambah cili kering.

RAJA KALA JENGKING BERAKSI.......

Asyik dok membersihkan kebun.......angkat itu ini.... potong rumput sana sini.... Apabila my hubby angkat satu batu untuk diubah.......terkejut lihat seekor kala jengking......... besarnya..... apa lagi capai kamera  ambil gambar. Takut gak..... my hubby potong sengatnya..... apa lagi teruslah ia beraksi....... Selepas ambil gambar kami pun letak balik kat bawah batu.... Janganlah dibunuh ....... dia pun mahluk Tuhan gak.. Binatang ni kalau tak diganggu takkan membahayakan kita..... Lihatlah aksinya berposing.......


Cantik punya posing........

*Jangan pegang jika sengatnya masih ada. AWAS  BAHAYA....................

Saturday, June 26, 2010

Menghilangkan Stres Di hujung Minggu


Setiap hujung minggu inilah rutin keluargaku... Pergi ke kebun menghilangkan segala stres setelah penat bekerja sepanjang minggu. Di sini segala kedamaian dan ketenangan menjengah di hati...... Tiada hingar -bingar. Anak-anak bebas berlari ke sana-sini tanpa rasa takut dan curiga. Maklumlah duduk di kwsn perumahan, apalah sgt aktiviti yang anak2 dpt lakukan. Asyik2 main game...... langsung tak mencabar.... Tapi di sini segalanya menyeronokkan. Bunyi burung adalah satu irama yang mententeramkan...deruan air terjun terasa sejuk dan mendamaikan. Suasana kehijauan amat menenangkan.... Kedudukan tanah kebun kami yang dibeli 2 tahun lalu adalah bersebelahan dgn pusat peranginan yang terkenal di daerah Yan iaitu Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Batu Hampar. Jika sesiapa ingin ke pusat peranginan tersebut, terletak di antara Bandaraya Alor Setar dan Bandar Sungai Petani. Berdekatan dengan Gunung Jerai.




Sawah padi menghijau sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke Yan...sejuk mata memandang..

 Dah sampai kat kebun........

pondok lepak kami sekeluarga
Dah sampai tu apa lagi sibuklah pulak menyediakan juadah tengahari. Lauk ari ni sudah semestinya ala kampung...... Jom tengok apa resepi ari ni......

IKAN PARI BAKAR CICAH AIR ASAM

 ikan pari - ikan apa2 pun boleh ( dibersihkan)
daun pisang untuk membungkus

Bahan kisar:
8 tangkai cili kering di rendam air panas
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa

*Semua bahan kisar diperap bersama ikan selama 30 minit  dan dibungkus dengan daun pisang sebelum dibakar.






Ikan yang dah siap diperap dengan bahan kisar




  

Bahan2 untuk air asam lak......... 
Semua bahan kecuali limau kasturi dipotong halus.Masukkan garam secukup rasa dan 2 sudu air. Perah limau kasturi dan kacau rata.
ulam-ulaman ...... petai bakar dan daun samak .....apalagi cicah dengan sambal tahun la....

ASAM PEDAS KELADI
200 gm keladi (dibersihkan dan dicelur)
1 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya)
1 batang serai -dititk
3-4 keping asam keping
Garam secukup rasa
sedikit daun kesum
2 cawan air
Bahan tumbuk/kisar
6 tangkai cili kering-dibuang biji
4 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
sedikit belacan
3-4 keping asam
Cara membuatnya:
1. Kisar Isi ikan bersama bahan kisar.
2. Masukkan ke dalam periuk semua bahan dan masukkan sedikit air (ikut kesukaan.)
3. Biarkan mendidih lebih kurang 5 minit. Angkat dan boleh dimakan....
* Ikan kembung boleh digantikan dengan ikan bilis
Gelagat anak2ku........


Terlupa nak bawa basikal... si kakak jadi mangsa

Perut dah kenyang...... merempitlah pulok.......

Pokok2 di sempadan kebun 
 
 

Tunggu.....Minggu depan kami datang lagi mencari damai di hati.........

Thursday, June 24, 2010

PUCUK PAKU GORENG BERSAMA TEMPE

Singgah kat pasar malam, terpandang pulang tempe. Ni kalau goreng dengan bilis sedapnya. Jalan2 lagi nampak pulak pucuk paku.... Wah ni dah boleh campur dengan tempe. Jom apa kata kita layan resepi ni.....

Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk paku dipotong
1 buku tempe dipotong nipis dan digaul garam kunyit - goreng garing
1 genggam ikan bilis - digoreng garing
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji cili api
1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Cara membuatnya.
1. bawang putih ,bawang besar, cili merah, cili api dipotong halus
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan 1.
3. Masukkan garam,kacau rata.
4. Masukkan pucuk paku, balik-balikkan dan apabila telah masak masukkan tempe goreng dan ikan bilis goreng. Kacau rata.  Dah siap. bolehlah makan........ mudahkan.

DAGING GORENG LADA HITAM

Tengahari ni takkan nak makan sayur pucuk paku saja. Jadi buka peti sejuk tengok ada daging. Ini best juga kalau goreng dengan lada hitam. Dah lama tak makan resepi  daging ni sebab anak-anak tak dak kat rumah. Bila dah berkumpul elok juga layan resepi ni. Jom tengok apa bahan-bahannya.........

 Bahan-bahannya:

Bahan A
400 gm daging batang pinang dipotong nipis
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
Garam secukup rasa

Bahan B
1 inci halia dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 biji tomato dipotong 8
1 labu bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
5  biji cili padi diketuk
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya.
1. Semua bahan A diperap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan bahan A ke dalam kuali kacau rata. Masukkan sedikit air. Goreng hingga kuah menjadi pekat dan daging masak.
4. Masukkan bawang besar, cili api, cili merah dan tomato Kacau sebentar.
5. Angkat dan boleh dihidangkan.



Wednesday, June 23, 2010

KEK SPAN SARANG SEMUT

Balik kerja petang semalam, singgah kat kedai. Si bongsuku sibuk nak makan kek. Akupun belilah bahan nak buat kek. Malam tadi terus bakar dan nilah.. hasilnya.. Mailah pakat-pakat cuba.

Bahan-bahannya.
 5 biji telur ayam gred A
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 tin susu pekat manis

Cara membuatnya
1.Panaskan gula didalam periuk jadikan gula hangus
2. Apabila gula telah hangus sepenuhnya, masukkan air. (Berhati-hati supaya  air gula tidak terpercik ke tangan)
3. Panaskan sekali lagi supaya gula hangus tidak berketul. Apabila sudah rata. Matikan api.
4. Masukkan mentega ke dalamnya. biarkan sebentar.(sehingga suam/sejuk)
5. Asingkan putih dan kuning telur.
6. Putar/pukul putih telur sehingga gebu/kembang
7. Apabila sudah kembang masukkan kuning telur. Putar/pukul hingga kembang.
8. Kemudian masukkan tepung dan soda bikarbornat ke dalam adunan. Kacau rata.
9. Apabila adunan telah sebati masukkan susu. Kacau.
10. Akhir sekali masukkan gula hangus ke dalam adunan. Kacau.
11. Bolehlah dibakar lebih kurang  45 minit.

*Adunan kek ini agak cair.
*Kek ini kurang manis sesuai untuk dimakan.

Tuesday, June 22, 2010

Sup ayam bersayur

Makan malam tadi cuma buat sup dan ikan goreng. Sup ini amat berkhasiat  untuk anak2 dan orang yang mengamalkan diet.Tidak menggunakan minyak. Selain dimakan dengan nasi boleh juga dimakan sup saja.

Bahan-bahannya:
 Ayam dipotong kecil
1 batang karot
Sedikit bunga kubis
1 batang daun saleri
1 batang serai (dititik)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1 peket jagung muda
1 batang daun bawang
4 biji cili api
Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara Membuatnya.
1, Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Panaskan.
2.Bawang putih, merah, cili api dan halia diketuk. Masukkan ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang. Biarkan hingga mendidih,
4. Karot, saleri dan jagung dipotong ikut kesukaan.
5. Apabila sup mendidih masukkan semua sayuran. Kacau.
6. Masukkan garam secukup rasa dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

* Jika inginkan rasa yang lebih pedas bolehlah ditambah cili api dan lada hitam.
*Sayur lain juga boleh digunakan ikut kesukaan.
*Masa penyediaan/masak 15-20 minit.

Sunday, June 20, 2010

PUCUK UBI REBUS CICAH SAMBAL TAHUN

Oleh kerana menu hari ni ala kampung, lepas beli rebung ternampak pulak pucuk ubi...... terbayanglah kalau cicah dengan sambal tahun ni pasti terangkat punya.  Ingatkan anak-anak tak suka tapi depa pulun sakan sampai licin pinggan. Kalau tak caye cubalah resepi ni.....

Bahan-bahannya.
2 ikat pucuk ubi dicelur

Bahan sambal tahun:
1 genggam ikan bilis
10 biji cili api (jika nak pedas boleh tambah lagi)
sedikit belacan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu  besar minyak masak untuk menumis
2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Semua bahan sambal kecuali minyak dan air asam jawa ditumbuk separa lumat atau lumat ikut citarasa sendiri.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan air asam jawa dan masak hingga hampir kering atau kering mengikut kesukaan.
4. Angkat dan sedia untuk dimakan.

*Sambal ini tahan hingga beberapa hari/minggu
*Sesuai dimakan bersama nasi, lempeng, ubi kayu rebus dan keledek rebus
*Juga boleh digunakan sebagai pes untuk masak nasi goreng.
*Resepi yang paling mudah disediakan. Masa penyediaan/masak 15-20 minit.
Try jangan tak try...

MASAK LEMAK CILI API REBUNG

Dah hantar si kecik ke tadika, aku pun pi ronda kat pasar tani cari apa yang nak masak sempena hari bapa.
Sudah semestinya masakan ala kampung kegemaran suamiku... Maka terpandanglah rebung. Kalau masak lemak cili api tentu best punya..... Dah siap membeli apa yang patut tunggu apa lagi balik masak untuk makan tengahari.

Bahan-bahannya:
200 gm rebung
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kepala dan dibersihkan)
5 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 cawan santan
2 ulas bawang merah
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya.
1. Cili padi, bawang, dan kunyit ditumbuk separa halus.
2 .Masukkan santan, rebung dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.
3. Masak dengan api yang perlahan. Kacau supaya bahan-bahannya sekata.
4. Apabila  mendidih masukkan udang,garam dan gula secukup rasa.
5. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
6. Biar mendidih lebih kurang 5 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

* Masa penyediaan lebih kurang 15 - 20 minit.
Amat mudah dan ringkas. Cubalah..................

SELAMAT HARI BAPA


 Hari ini sekolah kat Kedah dah mula buka. Aku pun sibuklah sikit antar si kecik ke tadika. Dalam perjalanan ke tadika dengar radio ERA dok cerita pasai sambutan hari bapa. Si kecik aku pun mulalah merengek nak singgah kedai nak beli hadiah untuk abahnya. ... Bagi penuhi hajatnya aku singgahlah kat kedai alatulis yang baru buka.... Punyalah pening kepala aku melayan kerenahnya memilih hadiah. Akhirnya dapatlah juga hadiahnya.... Walaupun tak mahal tapi cute juga hadiah tu...Punyanya happy...

Friday, June 18, 2010

PERCUTIAN KELUARGA KE BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

PEMANDANGAN DARI ATAS BMLTR .........cantiknya.....


 Cuti-cuti Malaysia. Seronoknya anak-anak apabila nak pi bercuti. Semua kalut prepare barang masing-masing.
Percutian yang dirancang ialah ke Bukit Merah Lake Town Resort. Begitu teruja sekali anak-anakku tambah-tambah lagi si bongsu.
Perjalanan dari Alor Setar lebih kurang 1 jam 45minit sahaja. Kami sampai lebih kurang jam 10.00 pagi terus booking hotel penginapan. Jam 11.00 pagi masuk ke taman tema. Keadaan di sana sungguh meriah sekali...
Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan...
tag masuk ke taman tema

LIHATLAH GAYA ANAK-ANAKKU BERPOSING...........



Pergi berkunjung ke Pulau orang utan.......


Anak orang utan pun menyusu macam anak orang juga..........pakai pampers lagi.
Kunjungan ke Ecopark.. sungguh menyeronokkan kerana para pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada binatang tertentu sahaja. Makanan ada dijual di pintu masuk RM 5. Murah saja.

PERTUNJUKKAN BINATANG JUGA DIADAKAN UNTUK PENGUNJUNG SUNGGUH MELUCUKAN
Kalau nak rasa sendiri keseronokkan dan kemeriahan di BMLTR mai lah  kat sini. Pasti best punya.......Mai jangan tak mai
Related Posts with Thumbnails