Makan malam tadi cuma buat sup dan ikan goreng. Sup ini amat berkhasiat untuk anak2 dan orang yang mengamalkan diet.Tidak menggunakan minyak. Selain dimakan dengan nasi boleh juga dimakan sup saja.
Bahan-bahannya:
Ayam dipotong kecil
1 batang karot
Sedikit bunga kubis
1 batang daun saleri
1 batang serai (dititik)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1 peket jagung muda
1 batang daun bawang
4 biji cili api
Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Membuatnya.
1, Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Panaskan.
2.Bawang putih, merah, cili api dan halia diketuk. Masukkan ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang. Biarkan hingga mendidih,
4. Karot, saleri dan jagung dipotong ikut kesukaan.
5. Apabila sup mendidih masukkan semua sayuran. Kacau.
6. Masukkan garam secukup rasa dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
* Jika inginkan rasa yang lebih pedas bolehlah ditambah cili api dan lada hitam.
*Sayur lain juga boleh digunakan ikut kesukaan.
*Masa penyediaan/masak 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment