Dah beberapa hari x up date blog... maklumlah kesibukan di awal tahun ni biasalah bagi yg bergelar guru... dah 3 hari kena pergi sekolah seawal jam 8.00 pagi... memantau pelajar menjalani aktiviti bersukan.... bukannya lama cuma 2 jam aje....balik rumah sibuk masak dan mengemas apa yg patut ..... pukul 12.30 tgh dah pergi semula ke sekolah utk rutin harian lak....balik kul 7 ptg dah x larat.... manalah nak sempat nak duduk depan laptop ni.... Ari ni adalah sikit masa terluang.....dptlah buat n3 baru....
Ni kisah pelajar saya.... cukup bermasalah dr mula masuk tkn 1 hingga kini...Sering ponteng sek. dek krn kurang perhatian yg sewajarnya dr org2 yg patut menyelesaikan masalah tu..Sebagai guru kelas pening kepala memikirkan berbagai2 cara utk mengatasi masalah ni.... tidak dinafikan pelajar ni juga menghadapi masalah dalam pembelajaran tetapi tingkahlakunya ok....
Semasa di tkn satu dia tinggal dgn neneknya seorang pesara kerajaan.....krn ibu bapanya bercerai sewaktu dia masih kecil lagi.... Merupakan cucu kesayangan nenek.. sehinggakan neneknya dipanggil 'mak'... 3 bulan terawal persekolahan tidak ada masalah..... selepas itu episod ponteng pun bermula.....tidak hadir berminggu2... surat amaran dihantar tiada jawapan... panggilan tel x dijawab.... selidik punya selidik... neneknya masuk hospital dan dia terpaksa menunggu neneknya berminggu-minggu di hospital .... di sini persoalan timbul... di mana saudara maranya yg lain? Mengapa masalah sebesar ini perlu ditanggung oleh seorang budak berusia 13 tahun.... yg sepatut di berada di sekolah waktu tu..... selepas neneknya keluar dr hospital.... rasa malas nak ke sekolah sbb dah berminggu x ke sekolah.... setelah dipujuk2 hadirlah juga ia ke sekolah.....
Ajal dan maut di tangan Tuhan.....bermulalah episod dukanya....neneknya meninggal dunia sebelum ramadhan ari tu.... jadi kes pontengnya bermulalah lagi.... hingga dah x larat nak pujuk ia dtg ke sekolah hingga akhirnya dia x menduduki peperiksaan akhir tahun.....Di manakah ibu bapanya dlm keadaan dia terumbang-ambing tu.....aku sebagai gurunya pulak yg pening kepala dok menjawab dgn pihak pengurusan...
2011 bermula aku tengok dia dtg dgn semangat sekali.... dia memberitahu dia tinggal dgn ibu saudaranya... alhamdulillah masih ada lagi yg sayang padanya...... tetapi kehadirannya cuma bertahan seminggu sahaja.... mulalah penyakit lama... PONTENG sampai ari ni.... selidik punya selidik lagi pening kepala cikgu....dia tinggal seorang diri krn ibu saudaranya dah balik kg ikut suaminya.....Aduh... mengapakah dibiarkan anak seusia ini menyelesaikan masalahnya seorang diri. Sepatutnya bimbingan dan panduan dr org yg disayanginya amat diperlukan.....sedangkan ibu bapanya masih hidup.....
Jangan jadikan penceraian utk kita lepas tangan... krn anak yg lahir ni adalah tanda kasih sayang yg pernah kita jalinkan dulu. Salah siapa jika begini keadaannya......
berkenaan TUDUNG.bila bercakap pasal tudung ni, pelbagai pendapat yang ada.ada yang kata isu sensitif,hak masing-masing dan sebagainya.terpulanglah kepada penilaian dan pemahaman masing-masing ye!
Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup auratTudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
Tepuk dada, tanya iman...