Followers
Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts
Wednesday, September 1, 2010
SAMBAL SARDIN
Ni menu kami berbuka semalam. simple aje..... my hubby tiba2 saja sebut nak makan lauk sardin.... tukar selera pulak..... rasa seronok pun ada juga sbb ni lah lauk yg paling senang di dunia utk dimasak... org x tau masak pun boleh buat.....betoi tak?.. Siap tambah nasi lagi semasa berbuka..... katanya lauk ni amat menyelerakan.....
Bahan-bahannya:
1 tin sardin sederhana besar
1 labu bawang besar - dipotong nipis
1 ulas bawang putih - dimayang
5 biji cili padi- diketuk
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api, cili kisar dan asam keping sehingga naik bau.
3. Masukkan ikan sardin dan sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan garam secukup rasa. Apabila dah pekat, angkat dan hidangkan.
Labels:
sambal
Sunday, June 27, 2010
SAMBAL TUMIS BILIS + PETAI
Lunch tadi inilah lauk yang sempat dimasak sblm pi kerja..Buka peti ais tengok bahan yang ada ....... petai ni kalau masak sambal tumis pasti mengancam.... Petai ni yg lebih masa pi kebun ari tu... Jom kita tengok apa bahan2 sambal ni.
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering dibuang bijinya
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
3. Apabila hampir pekat masukkan , petai, ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 5 minit. Siap bolehlah dihidangkan...
* Petai juga boleh dimasak tanpa membuang kulit luarnya. (ikut citarasa sendiri)
* Jika inginkan lebih pedas, bolehlah ditambah cili kering.
Bahan-bahannya:
3 papan petai
1 genggam ikan bilis
sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
10 tangkai cili kering dibuang bijinya
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
3. Apabila hampir pekat masukkan , petai, ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 5 minit. Siap bolehlah dihidangkan...
* Petai juga boleh dimasak tanpa membuang kulit luarnya. (ikut citarasa sendiri)
* Jika inginkan lebih pedas, bolehlah ditambah cili kering.
Labels:
sambal
Subscribe to:
Posts (Atom)


