Followers

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Asam Pedas Keladi ala Kedah

Kat Kedah ni... sayur keladi selalunya dibuat asam pedas. Sedap dimakan dgn nasi ulam ataupun nasi putih....tapi bagi sesetengah org sayur keladi ni katanya pembawa penyakit antaranya sakit urat.... sejauh mana kebenarannya tu x taulah....setakat ari ni kami makan ok aje....ape2 pun kena berhati-hati jugak pasai makan ni... sbb byk penyakit ari ni berlaku....penyebabnya adalah makanan..... betoi dak? Kesihatan  perlu diambil berat. Ada duit berjuta pun x guna kalau kesihatan x dijaga....... Jom layan resepi ari ni...

Bahan-bahannya:
Batang keladi - disiat kulitnya, dipotong, dibersihkan dan dicelur hingga lembut(Masukkan 2 keping asam gelugor semasa mencelurnya) - toskan
1 - 2 ekor ikan kembung -direbus dan diambil isinya.(boleh digantikan dgn ikan bilis)
2 - 3 keping asam gelugor
1 batang serai- dititik
daun kesom
sedikit  air
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar:
5 tangkai cili kering-  direndam dan dibuang bijinya.
5 ulas bawang merah
Isi ikan/ ikan bilis
1/2 sudu kecil lada hitam
sedikit belacan - jika suka

Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak dgn api yg sederhana.
2. Biarkan mendidih seketika. Kacau rata dan sedia utk dihidangkan.



Monday, March 14, 2011

Daging Kicap Kacang Panjang


Ari ni punya menu ringkas aje. Semua bahan yg nak diguna semua dah ada. Rasanya lama dah juga x masak daging kicap ni... ari ni kira jadilah... Jika ada anak2 x gemar makan sayur cubalah resepi ni... kot2 terbuka selera diaorang.  Kot nanti yg tinggal dlm pinggan cuma kacang panjang aje... dagingnya habis dibedal.....ape2 pun kita cubalah dulu resepi ni...

Bahan-bahannya:
 Daging - dipotong nipis (dibersih dan toskan kemudian gaulkan dgn garam kunyit)
kacang panjang -dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dihiris menyerong
sedikit kicap - banyaknya ikut suka
sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan daging. Kacau rata. Masak sehingga daging masak.
3. Masukkan kacang panjang, cili merah, bawang besar dan kicap.
4. Kacau rata. Dah siap. Bolehlah dihidangkan.


*Kacang jangan dimasak terlalu lama. Akan hilang kerangupannya.
* Jika x suka kacang panjang boleh digantikan dgn kacang buncis ataupun kentang.

Tuesday, February 1, 2011

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong


Ni menu dinner mlm tadi... simple aje...Rasanya org x pandai masak pun boleh masak  mcm ni.....walaupun simple anak2 amat menyukainya...Org2 bujang atau yg baru nak belajar masak boleh cuba menu ni... gerenti sedap punya..... bahan2nya pun rasanya sentiasa ada kat dapur rumah kita... Jom layan resepinya.....

Bahan-bahannya:
Sotong - banyaknya ikut suka (bersihkan dan toskan)
Kacang panjang-dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar -dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
sedikit kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan sotong, kunyit serbuk dan garam. Kacau rata.
3. Apabila sotong dah hampir masak, masukkan kacang panjang, bawang besar, cili merah dan kicap. Kacau rata.
4. Bila dah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.

*Kacang panjang jgn masak terlalu layu. Lebih sedap dimakan jika rangup..

Sunday, December 26, 2010

Kacang Botol Goreng

Kacang botol ni mmg sedap.... selain dimakan mentah sebagai ulam dan dibuat kerabu  ia jugak boleh digoreng... mmg best.. selalunya kami suka makan yg dah digoreng buat sayur dgn telur... nilah menu mlm tadi. Cukup menyelerakan..... Mudah aje penyediaannya.... amat sesuai bagi yg sibuk..

Bahan-bahannya:
Kacang botol - dipotong menyerong
1 labu bawang besar - dipotong
1 ulas bawang putih - dipotong
1 biji cili merah- dipotong menyerong
1 biji telur
sedikit ikan bilis digoreng garing
sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau.
2.Masukkan kacang botol yg dah dipotong dan juga garam. Kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis yg dah digoreng. Kemudian pecahkan telur dan dikacau rata.
4. Bila dah rata angkat dan hidangkan.

* Masak jgn terlalu lama supaya kacang botol tu rangup bila dikunyah..

Monday, December 20, 2010

Kailan Goreng Bercendawan


Selalunya masak sayur baby kailan .... malam tadi buat sayur mak kailan dgn cendawan pulak....Kalau makan kat restoran tu selalunya order kailan ikan masin ....bila masak sendiri pandai2lah menambah itu ini bagi memenuhi citarasa....Kebetulan pula bahan2 yg  diperlukan semuanya ada.... apalagi jom kita layan resepinya...

Bahan-bahannya: (Banyaknya ikut suka)
Kailan - dipotong
Cendawan tiram kelabu
Isi ayam - dipotong dadu
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk hancur
2 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah - dipotong serong
1 labu bawang besar - dipotong
2 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili merah dan lada hitam.
2. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
3. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan  sayur kailan. Balik-balikkan hingga masak.
5. Akhir sekali masukkan cendawan. Kacau rata. Angkat dan hidangkan.

*Jika inginkan ada kuah, tambahkan sedikit air.
*Isi ayam boleh digantikan mengikut citarasa spt udang, daging atau sotong.

SELAMAT MENCUBA....

Saturday, October 30, 2010

MASAK LEMAK SENGKUANG



Masakan ni kira masakan org dulu2 lah jugak...sengkuang ni selain dibuat rojak sedap jugak bila buat masak lemak...anak2ku juga amat menggemari sengkuang masak lemak ni. Cara memasaknya pun mudah aje.... pakai campak aje dlm periuk....


Bahan-bahannya:

1 biji sengkuang - sederhana besar (dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong memanjang)
1/2 batang lobak merah -dipotong memanjang
sedikit soon (org kedah panggil tanghun)-direndam
sedikit sayur pucuk- direndam hingga kembang - dipotong
1 biji cili merah - dipotong serong
1 labu bawang besar - dipotong
1 cawan santan
1/2 sudu teh kunyit serbuk
sedikit ikan bilis-ditumbuk separuh hancur (boleh digantikan dengan udang)
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam dan gula.
2. Masak dgn api yg perlahan. Sentiasa dikacau bagi mengelakkan santan pecah minyak.
3. Bila mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4. Biarkan mendidih seketika. Bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Friday, August 27, 2010

BABY SIEW PAK CHOY GORENG

Menu buka puasa ari ni simple aje... sup daging dgn sayur siew pak choy......  kali ni beli baby siew pak choy sbb x payah potong .....lagi pun nampak comel pulak..... Jom tengok resepinya....

Bahan-bahannya: (Hidangan untuk 3 - 4 orang)
10 tangkai baby siew pak choy
10 ekor sotong
 cendawan telinga kera (banyaknya ikut suka)
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji cili merah - dipotong nipis
1 uals bawang putih - diketuk
sedikit lada hitam ditumbuk halus
3 sudu besar sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya:
1.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah serta masukkan lada hitam. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan  sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan siew pak choy dan cendawan telinga kera. Jangan masak terlalu lama krn siew pak choy cepat masak. Angkat dan boleh dihidangkan..

* Siew pak choy juga boleh dicelur dahulu dan curahkan kuah di atasnya.
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, July 6, 2010

PERIA GORENG PEDAS

Ari ni menu biasa aje... anak2 dah tarik muka sbb x suka mkn peria krn rasanya pahit.. .. Anak2 zaman moden ni mana nak mkn sayur mcm tu.....katanya x sedap.. Oleh krn my hubby suka.... buat ajelah...Periakan bagus untuk kesihatan.... orang dulu2 makan sayur-sayuran semuanya ada kaitan dengan kesihatan secara semulajadi x bahan awet... Tpi sekarang orang lebih suka makan makanan kesihatan yang ready made dlm bentuk pil katanya lebih mudah dan senang....Apa2 pun... lu pikirlah sendiri......

Bahan-bahannya:

1 biji peria (dibelah 2 dibuang bijinya dan dipotong  serta direndam dalam air garam selama lebih kurang 10 minit)
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
sedikit minyak
sedikit air

Bahan tumbuk:

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi
sedikit ikan bilis
sedikit belacan
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk sehingga hampir garing.
2. Kemudian masukkan peria, kunyit serbuk dan sedikit air.
3. Kacau rata, Apabila peria dah masak bolehlah diangkat...


* Peria direndam dalam air garam, katanya dapat mengurangkan rasa pahit.... tpi dr dulu dok buat mcm tu x hilang pun rasa pahitnya......
* Kalau nak lebih pedas... lebihkan cili padi... pasti terangkat punye..

Thursday, July 1, 2010

Tomyam Cendawan

Kelmarin dah makan macam2 lauk, ari ni msk yg simple saja.....Seblm pi kerja sempatlah juga masak tomyam cendawan dgn  ikan goreng saja. Mujur anak2 x kisah bedal semacam aje... balik kerja  tengok dah hampir licin tapi adalah juga depa simpan kat maknya..... dptlah rasa...yang penting apa yg kita msk diorang mkn...seronok rasanya.... Betoi dak?.. My hb ni klau masak tomyam  dia kata masak orang malas sebab main campak aje... Tpi apa pun dia mkn juga mulut aje pandai komen...bukan dia yang nak masak.... Bedal tetap bedal.... Buat rakan blog QC nilah menu ari ni.... Ok tak?

Bahan-bahannya:

200gm cendawan tiram kelabu
1 ketul dada ayam dipotong dadu
1 batang daun saleri dipotong
1 batang karot - dipotong
2 biji tomato - dipotong 6
5 biji cili api - diketuk
1 batang serai - dititik
1 inci halia - diketuk
2 ulas bwng merah -diketuk
1 ulas bawg putih - diketuk
2 biji limau nipis - diperah ambil airnya sahaja
Beberapa helai daun limau purut
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Masukkan air, ayam, serai, cili api, halia, bawang ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih
2. Apabila mendidih , masukkan karot, daun limau purut dan air limau nipis. Kacau.
3. Akhir sekali masukkan tomato, daun saleri dan cendawan serta garam secukup rasa...
4. Angkat dan boleh dihidangkan....    Cukup mudah.....

* Selain sayur di atas bolehlah ditambah sayur lain ikut kesukaan....

Thursday, June 24, 2010

PUCUK PAKU GORENG BERSAMA TEMPE

Singgah kat pasar malam, terpandang pulang tempe. Ni kalau goreng dengan bilis sedapnya. Jalan2 lagi nampak pulak pucuk paku.... Wah ni dah boleh campur dengan tempe. Jom apa kata kita layan resepi ni.....

Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk paku dipotong
1 buku tempe dipotong nipis dan digaul garam kunyit - goreng garing
1 genggam ikan bilis - digoreng garing
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji cili api
1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Cara membuatnya.
1. bawang putih ,bawang besar, cili merah, cili api dipotong halus
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan 1.
3. Masukkan garam,kacau rata.
4. Masukkan pucuk paku, balik-balikkan dan apabila telah masak masukkan tempe goreng dan ikan bilis goreng. Kacau rata.  Dah siap. bolehlah makan........ mudahkan.

Sunday, June 20, 2010

MASAK LEMAK CILI API REBUNG

Dah hantar si kecik ke tadika, aku pun pi ronda kat pasar tani cari apa yang nak masak sempena hari bapa.
Sudah semestinya masakan ala kampung kegemaran suamiku... Maka terpandanglah rebung. Kalau masak lemak cili api tentu best punya..... Dah siap membeli apa yang patut tunggu apa lagi balik masak untuk makan tengahari.

Bahan-bahannya:
200 gm rebung
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kepala dan dibersihkan)
5 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 cawan santan
2 ulas bawang merah
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya.
1. Cili padi, bawang, dan kunyit ditumbuk separa halus.
2 .Masukkan santan, rebung dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.
3. Masak dengan api yang perlahan. Kacau supaya bahan-bahannya sekata.
4. Apabila  mendidih masukkan udang,garam dan gula secukup rasa.
5. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
6. Biar mendidih lebih kurang 5 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

* Masa penyediaan lebih kurang 15 - 20 minit.
Amat mudah dan ringkas. Cubalah..................

Thursday, June 17, 2010

BABY KAILAN GORENG LADA HITAM


Anak-anak nak makan sayur kegemaran mereka. Kata depa sayur ni dah lama tak makan kat asrama. Kena balik kat rumah baru jumpa sayur yang sedap ni. Kalau nak rasa kesedapannya cubalah resepi yang mudah dan cepat ini...




Bahan-bahannya (Hidangan untuk 3 - 4 orang)


400 gm baby kailan
1 ketul ayam (Bhgn dada -dipotong dadu)
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1/2 cawan air
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak
Cara membuatnya.

1. Tumbuk lada hitam. Kemudian masukkan bawang putih (jangan tumbuk lumat)
2. Bawang besar dan cili merah dipotong halus.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk dan dipotong sehingga naik bau. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
4. Masukkan sos tiram, kailan, garam, gula dan sedikit air.
5. Kacau. Apabila dah masak, angkat dan boleh dihidangkan.

*masa penyediaan/masak 15 minit.


Related Posts with Thumbnails