Followers

Monday, March 14, 2011

Daging Kicap Kacang Panjang


Ari ni punya menu ringkas aje. Semua bahan yg nak diguna semua dah ada. Rasanya lama dah juga x masak daging kicap ni... ari ni kira jadilah... Jika ada anak2 x gemar makan sayur cubalah resepi ni... kot2 terbuka selera diaorang.  Kot nanti yg tinggal dlm pinggan cuma kacang panjang aje... dagingnya habis dibedal.....ape2 pun kita cubalah dulu resepi ni...

Bahan-bahannya:
 Daging - dipotong nipis (dibersih dan toskan kemudian gaulkan dgn garam kunyit)
kacang panjang -dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dihiris menyerong
sedikit kicap - banyaknya ikut suka
sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan daging. Kacau rata. Masak sehingga daging masak.
3. Masukkan kacang panjang, cili merah, bawang besar dan kicap.
4. Kacau rata. Dah siap. Bolehlah dihidangkan.


*Kacang jangan dimasak terlalu lama. Akan hilang kerangupannya.
* Jika x suka kacang panjang boleh digantikan dgn kacang buncis ataupun kentang.

4 comments:

Hisyam said...

Blog masakan. Nice la, nanti dah femes majalah saji boleh buat review blog ni.

ziey said...

minta daging ckit nk lunch nie..

cemomoi said...

datang waktu rehat memang lapo dibuatnya.. bila nak hidang ni?

ozzy said...

Assalam..

Feveret saya ni..mmg sedap cuma saya suka kalau minyak x banyak.

Related Posts with Thumbnails