Followers

Showing posts with label Selamat hari lahir. Show all posts
Showing posts with label Selamat hari lahir. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Happy Birthday Adibah....

Ari ni genaplah umur Adibah Husna tujuh tahun....Dah semakin matang Adibah mengharungi kehidupan ini... Terbayang semasa aku melahirkannya betapa mudahnya ia lahir ke dunia ni ... kalau sebelum ni  kelahiran kakak dgn abangnya dikategorikan sebagai mudah tanpa sebarang masalah.... kelahirannya lagi mudah ...x sampai 20 minit rasa nak bersalin ...aku dah selamat melahirkannya... hinggakan jururawat yg ditugaskan x sempat nak menyambutnya.... dia disambut oleh jururawat yg kebetulan melintas kat situ.... x sempat aku nak bawa baju dan pamper utknya...  badannya hanya berbungkus tuala dan pakai pamper yg  pihak hospital bagi....pukul 6 petang bersalin... pukul 6.40 aku dah ditempatkan di wad kelas 1 Hospital Alor Setar...hinggakan rakan2 bilik kat depan wad tu terkejut melihat aku dah dpt baby krn waktu aku berjalan keluar  ada yg menegur aku... waktu tu aku nak pi jumpa jururawat utk buat pemeriksaan... sbb aku rasa lain mcm ....tup2 bila balik semula ke wad semua org terkejut.....dpt baby perempuan yg comel lote...

Adibah Husna seorang anak yg pandai berdikari.... segala-galanya dia pandai menguruskan diri sendiri... cukup bertuah.....  bangun saja tidur aku x perlu siapkannya semua dia buat sendiri ....oleh krn aku bekerja pada waktu tghari.... jadi x sempatlah aku nak menjemputnya balik sekolah.... jadi pada hari pertama persekolahan aku mengajarnya menaiki bas sekolah..... dan transit kat rumah neneknya.... pukul 2 petang dia menguruskan diri utk ke kelas KAFA.... dan 5.30 ptg... abahnya menjemputnya pulang.

Begitulah rutinnya pada 2011 ni.. Semoga Adibah diberkati Allah selalu, dilimpahi dgn kecerdikan dan menjadi insan bertaqwa dan berguna kpd keluarga, masyarakat dan negara.....Semoga hidupnya penuh keindahan dan kebaikan seindah namanya.... inilah doa seorang ibu...Insyaallah..

Thursday, December 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR IMRAN...

Ari genaplah umur Imran Iqbal 15 tahun... Dah makin dewasa anak2 semua..X sedar masa berlalu begitu pantas sekali..... Imran anak ketiga ku, lahir sewaktu aku berusia 28 tahun... Waktu tu aku dikira ibu muda yg dah ada 3 anak.....Imran seorang anak yg amat dimanjai krn dia lahir selepas abangnya berusia 4 tahun dan mendapat adik pula sewaktu umurnya 9 tahun....  ia tidak cerewet... malah  seorang anak yg begitu ceria sekali.... seorang yg ringan tulang...suruhlah apa jua kerja padanya pasti semuanya beres. Hobinya yg paling utama adalah memancing....kalau diajak memancing tengah malam pun dia sanggup mengorbankan waktu tidurnya.
Doaku semoga Imran menjadi anak yg soleh dan sentiasa menyenangi hati semua orang. Semoga Imran juga berjaya dalam semua bidang yg diceburi dan di mana juga Imran berada janganlah lupa kpd Tuhan yg satu. SELAMAT HARI LAHIR.....Jadikanlah insan yg berguna kepada keluarga, Masayarakat dan negara....INSYAALLAH...

Friday, October 29, 2010

SELAMAT HARI LAHIR AIMAN...


Ari ni genaplah umur Aiman Marzuqi 19 tahun... Rasanya masa berlalu terlalu pantas.. Bila umur anak2 dah makin meningkat dewasa... terasa diri ini pun dah semakin berusia.....Masih terbayang kerenahnya sewaktu kecil dulu.... cukup mencabar .....Alhamdulillah... berkat kesabaran dan doa kami Aiman amat berbeza sekali pada hari ini jika dibandingkan zaman kanak2nya dgn alam remajanya....Masih ingat lagi kerenahnya semasa di sekolah rendah.... segala-galanya terlipat dlm ingatan. Kini Aiman sedang menuntut dalam tahun 2 di UTM Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan. Semoga dengan ulang tahun ke-19 pada hari ini Aiman akan lebih tabah menghadapi liku2 hidup yg penuh dugaan dan cabaran. Doa kami semoga Aiman mendapat keberkatan dan petunjuk ke jalan yg diredhaiNya. Dan juga ingatlah bahawa setinggi mana ilmu dunia ini dikejar jangan sesekali terlupa mengejar ilmu akhirat...kerana ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang barulah hidup kita tidak terumbang-ambing.....Sesungguhnya ilmu akhirat membawa keberkatan dalam hidup...

Thursday, August 5, 2010

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU...

Ari ni genaplah umur anak gadisku 21 tahun.... Sedar x sedar aku dah ada anak dara sunti yg dah boleh mengundi.... Aku sentiasa berdoa agar beliau dirahmati Allah swt dan berjaya dalam bidang yg diceburi... Walaupun kami sekeluarga x dapat meraikan hari lahirnya,  tpi kami x pernah lupa mengirimkan ucapan padanya.....Beliau adalah harapan dan semangat kami.... Semoga kejayaan sentiasa mengiringinya.... (pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan di UTM skudai)

Related Posts with Thumbnails