Followers

Monday, September 27, 2010

LAWATAN KE MUZIUM PADI, KEDAH


Kesibukan melayan kaum keluarga dari Johor dgn juadah hari raya.rasanya x lengkap kiranya x melawat tempat menarik kat Kedah ni.... Bukan senang masing2 nak dpt cuti panjang....Sejak dibuka pada tahun 2004 nilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini... x ada kesempatan... sedangkan dulu nilah laluan aku pergi mengajar hari2 hingga tahun 1999. Pada waktu tu projek muzium ni baru dlm perancangan..... tapi segala-galanya telah berubah kini dgn kemajuan yg sungguh menakjubkan.... bukan setakat muzium padi saja malah Pusat Sains Negara cawangan Utara juga ada di sebelahan. Tapi ari tu x sempat nak pi sbb hujan terlalu lebat..... tak pa lain kali boleh pi lagi.
Muzium Padi ni terletak berhampiran dgn Pusat Reakrasi Gunung Keriang yg terkenal dgn batu kristalnya yg cantik.... Bayaran masuk ke Muzium  Padi ni dikenakan sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM2 utk kanak2 berusia 7 tahun ke atas.
Di dlm Muzium ni dipamerkan cara2 padi ditanam sehinggalah dituai.... selain  pameran alatan yg digunakan utk menanam padi  dari tradisional kepada moden.. amat sesuai didedahkan pada anak2 ari ni betapa susahnya org pada masa dulu  nak menghasilkan padi sehingga menjadi beras... jgn tau makan saja.....
Apa yg paling menakjubkan apabila naik ke tingkat atas muzium ni...... Antara percaya dgn tidak.... sebuah lukisan  tangan paling besar  yg pernah saya tengok... terlalu berseni hingga x ternilai dgn kata2...... x rugi bayar RM3..... Lukisan yg menggambarkan suasana kampung yg dikelilingi dgn sawah padi dan aktiviti yg dijalankan di kg di negeri Kedah.... Kalau sapa nak rasa suasananya mailah kat sini.... segala-galanya tergambar di sini.... Gambar pemandangan yg dipaparkan di sini adalah lukisan semata-mata.... Jom kita layan gambar2 menarik yg sempat dirakamkan....



 
Gambar2 yg dipaparkan dlm blog ni hanya sebahagian saja.....  Kalau nak lihat sendiri suasananya jangan lupa .... bila mai kat Kedah dtglah melawat Muzium Padi dan tempat2 lain yg menarik di negeri ini.... Jumpa lagi ye.....

Sunday, September 26, 2010

Gulai Daging Rias Pisang


Salam Syawal buat semua rakan2 blogger.... walaupun agak terlewat mengucapkannya tapi rasanya kemeriahannya masih lagi terasa....Dah lama x berinteraksi di alam maya ni... x dak kesempatan...... ada saja halangannya..... banyak resepi2  terhimpun x sempat nak pos buat semua yg sudi membuka blog ni.....Oleh krn masa ni rasa sunyi sbb x dak org nak berbual.... maka teringatlah pula nak contact rakan2  di alam maya ni.... Si kecik ku dah tidoq.. my hubby pula kat Labuan menyertai kejohanan boling padang antarabangsa selama seminggu...
Resepi ari ni adalah resepi masa adik ipar aku dari Johor beraya kat sini pada hari raya ke-5 ari tu.... Depa semua x pernah makan rias pisang ni... rias pisang ni adalah batang pisang yg paling lembut atau dlm lain perkataan adalah umbut pisang.... bukan sebarang pisang yg boleh diambil riasnya.... hanya pisang hutan saja yg sedap dimakan krn riasnya lembut...Di Kedah ni gulai daging rias pisang ni selalunya dimasak semasa kenduri kahwin... ni kira lauk zaman dulu turun temurun.. Sesiapa yg biasa dtg kat Kedah tentu biasa makan gulai kawah... Gulai kawah ni.. ramuannya yg paling utama biasanya daging dgn rias pisang. Kalau nak tau sedap ke tak cubalah kalau x caye.... Nak jamu org Johor ari tu suami aku tebang 3 batang pokok pisang hutan kat kebun ....dapatlah seperiuk besar boleh makan hampir 20 orang... habis licin.... Jom layan resepinya....

Bahan-bahannya: (Hidangan untuk 10 orang)
500 gm daging (lebih sedap klau daging no.2 - unt gulai mmg sedap)
Rias pisang (byknya ikut suka. Dipotong memanjang dan dicelur)
2 bungkus rempah kari daging ( saya guna rempah Babas)
3 mangkuk santan
garam secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga (byknya ikut suka)

Cara Membuatnya:
1. Daging dipotong , dibersihkan dan diperap dengan rempah kari dan bahan tumbuk.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan daging yg telah diperap tadi. Kacau rata. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
4. Apabila daging dah lembut masukkan rias pisang yg telah dicelur. Kacau rata. Tunggu sehingga pecah minyak.
5. Masukkan santan. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air (Biasa gulai ni x terlalu pekat) kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.Biarkan mendidih dgn api yg perlahan. Tutup api sedia untuk dihidangkan....

Wednesday, September 1, 2010

SAMBAL SARDIN


Ni menu kami berbuka semalam. simple aje..... my hubby tiba2 saja sebut nak makan lauk sardin.... tukar selera pulak..... rasa seronok pun ada juga sbb ni lah lauk yg paling senang di dunia utk dimasak... org x tau masak pun boleh buat.....betoi tak?.. Siap tambah nasi lagi semasa berbuka..... katanya lauk ni amat menyelerakan.....

Bahan-bahannya:

1 tin sardin sederhana besar
1 labu bawang besar - dipotong nipis
1 ulas bawang putih - dimayang
5 biji cili padi- diketuk
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api, cili kisar dan asam keping sehingga naik  bau.
3. Masukkan ikan sardin dan sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan garam secukup rasa. Apabila dah pekat, angkat dan hidangkan.
Related Posts with Thumbnails