Followers

Wednesday, September 1, 2010

SAMBAL SARDIN


Ni menu kami berbuka semalam. simple aje..... my hubby tiba2 saja sebut nak makan lauk sardin.... tukar selera pulak..... rasa seronok pun ada juga sbb ni lah lauk yg paling senang di dunia utk dimasak... org x tau masak pun boleh buat.....betoi tak?.. Siap tambah nasi lagi semasa berbuka..... katanya lauk ni amat menyelerakan.....

Bahan-bahannya:

1 tin sardin sederhana besar
1 labu bawang besar - dipotong nipis
1 ulas bawang putih - dimayang
5 biji cili padi- diketuk
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api, cili kisar dan asam keping sehingga naik  bau.
3. Masukkan ikan sardin dan sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan garam secukup rasa. Apabila dah pekat, angkat dan hidangkan.

8 comments:

FloEllen said...

thanks for sharing ni resepi ya sis...nak try..ahaks!

Faizal n Fashitah said...

Ikan sardin yang sempoi2 bleh jadi menyelerakan! Thanx for sharing the recipe XD

Yan said...

Salam Zurena.

amboi3 cili api tu nak cili org ke?hee..kitarang satu family suka memang sarin..wat pe je boleh p

sweetsal said...

sedapnye sambal sardin ni, ni makanan feberet famili, mkn dgn telur dadar pun sodap..hehe

faizol-1 said...

sdpnyer...emmm, kna blaja buat nih...hehe

AZLINA said...

huissh, ikan sadin sodap,bubuh cili padi tu banyak2 baru terangkat! dah jemu mknayam n daging ni...

Temuk said...

Salam zurena
Suatu ketika dulu, di kampung saya, ikan sardin dlm tin adalah makanan mewah! Masa itu, sardin tuna (yg amat saya gemari) memang tak ada lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Semoga sihat & bergembira menyambutnya.
Maaf zahir batin.

piewahid said...

salam,
wat cicah lemang pun sedap ni... :)

*****************************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Berhati-hati di jalanraya.

Related Posts with Thumbnails