Artikel ini dipetik dari Buletin Ramadhan 2/2010 oleh Panitia Pendidikan Islam SMKDSO yg amat bertepatan sekali dengan sambutan bulan Ramadhan dan kemerdekaan pada tahun ini. Terima kasih kpd guru2 Pendidikan Islam SMKDSO atas usaha menerbitkan buletin sepanjang bulan Ramadhan ini sebagai panduan dan pedoman utk semua warga sekolah.
Antara kandungannya.....
Tahun ini kemerdekaan disambut dalam bulan Ramadhan. Apa kaitannya? Sesungguhnya mereka yg mendapat ijazah taqwa krn berjaya melalui sebulan Ramadhan membawa erti kemerdekaan yg besar.
Hakikatnya kehidupan kita terpenjara dgn tuntutan hawa nafsu yg memandang mungkar sebg perkara biasa malah sebaliknya sesuatu yg berat dan menyukarkan. Hakikat kemerdekaan yg sebenar adalah apabila berjaya membebaskan diri drp perkara yg menjauhkan kita dgn Allah SWT. Sebuah negara mungkin bebas dari tangan penjajah namun belum tentu merdeka dari segi pemikiran dan kemaksiatan. MASYAALLAH.
Mari kita melihat dan mengambil peluang menjinakkan nafsu di bulan Ramadhan yg berkat ini. Jika kemerdekaan yang sebenarnya itu dihayati maka Ramadhan ini akan dimanafaat sepenuhnya oleh mereka yang memahami....
.........Ya Allah, Jangan Kau jadikan Ramadhan ini adalah terakhir buat kami, datangkanlah ia lagi dan lagi........ kerana kami belum puas berulit dengan ganjaran pahala dariMu.....
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
No comments:
Post a Comment