Followers

Saturday, February 12, 2011

Melayu dalam dilema pertahan hak sendiri-Tun M

http://www.perdana.org.my/emagazine/wp-content/uploads/mahathir-mohamad.jpg

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.
Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.
''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.
''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan

SUMBER: Utusan Online -12/02/2011

Ulasan: Sampai ari ni saya masih lagi kabur dgn istilah 1Malaysia. Macam2 pendapat mengenainya. Ada sapa2 yang boleh bagi tau maknanya yg sebenar ...?

Friday, February 11, 2011

Lelaki Jerman miliki 8 anak hasil hubungan dengan anak tiri

11/02/2011 2:51am

BERLIN 11 Feb. – Seorang lelaki yang dituduh melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya sehingga melahirkan lapan orang anak akan didakwa minggu depan, kata jurucakap mahkamah semalam.
Lelaki itu turut dituduh melakukan penderaan seksual ke atas anak tiri lelaki dan anak perempuan kandungnya.
Tertuduh berusia 48 tahun, yang menurut laporan media bernama Detlef S., seorang pemandu lori, menghadapi 350 pertuduhan penderaan seksual dan serangan seksual ke atas kanak-kanak di bawah umur.
Kejadian itu berlaku antara 1987 dan 2010 apabila lelaki itu disyaki mendera ketiga-tiga anaknya itu dan turut menyerahkan dua anak perempuannya kepada lelaki lain untuk ditiduri bagi mendapatkan wang.
Anak tiri perempuan itu kini berusia 27 tahun, melahirkan tujuh anak hasil hubungan dengan bapa tirinya yang kini berusia 11 hingga 15 tahun, kata peguam Katharina Hellwig. Manakala anak kelapan telah meninggal dunia.
Pihak berkuasa mengesyaki sesuatu selepas anak perempuan kandung lelaki itu, 18, menulis surat selamat tinggal kepada ibunya tetapi dihalang oleh saudara tirinya, kata Hellwig.
Lelaki itu ditangkap 10 Ogos tahun lalu dan sejak itu dia telah ditahan.
Ibunya yang berusia 50-an dijangka tampil sebagai saksi pada perbicaraan dan tiada pendakwaan dikenakan ke atas beliau, tambah Hellwig. - AFP

SUMBER: Utusan Online.

Ulasan: Sumbang marham sepatutnya tidak berlaku jika kuat pegangan agamanya. Tidak kira apa jua agama yg dianuti, sumbang marham tetap dipandang hina dan tidak boleh dimaafkan. Sebagai ibu bapa kita sepatutnya melindungi zuriat yg telah diamanahkan. Bukannya bersikap haruan makan anak.

Thursday, February 10, 2011

Gulai Daging Tetel

 Org Kedah ni masakan gulai atau kari ni mmg x leh dipisahkan.... Kalau dlm seminggu x pekena kari rasanya mcm x lengkap saja..... Jadi buat masak gulai daging tetel krn dah jemu asyik buat sup aje.... Tapi x leh makan byk2 sbb daging tetel ni banyak lemak....makan ala kadar aje lah....kesihatan pun kena jaga jugak betoi tak..?
Bahan-bahannya:
300gm daging tetel (direbus hingga lembut)
 ubi kentang (byknya ikut suka. Dipotong  4)
1bungkus rempah kari daging ( saya guna rempah Babas)
2 mangkuk santan (santan pekat 1, santan cair 1)
garam secukup rasa
sedikit air rebusan daging
minyak untuk menumis
Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan tumis:
 2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
1 tangkai daun kari
Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga (byknya ikut suka)

Cara Membuatnya:
1. Perapkan daging tetel dgn rempah kari, air rebusan daging dan bahan tumbuk.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
3. Masukkan daging yg telah diperap dan ubi kentang. Kacau rata.
4. Apabila kentang dah empuk, dan masakan dah naik minyak, masukkan santan dan garam secukup rasa.
5. Masak dgn api yg perlahan sehingga santan mendidih lebih kurang 5 minit.
6. Siap bolehlah dihidangkan......

Wednesday, February 9, 2011

Pelengat Pisang


Sebut saja pelengat pisang ni... teringat masa baru2 kahwin dulu.... My hubby suruh masak pengat pisang katanya dah lama x makan... aku pun apa lagi masa ni nak tunjuk pandai masak...maklumlah baru kahwin....bila dah siap punyalah teruja nak jamu my hubby makan... bila dia tengok pengat pisang yg aku buat... dia heran awat jadi lagu tu...yg dia tau pengat pisang ni cair mcm bubur... pasai apa aku masak mcm buat bengkang (bingka) ....
akhirnya kami sama2 ketawa...apa tidaknya...org Kedah kahwin dgn org Johor.....semuanya lain kot... Bila aku tanya mak aku apa nama kuih yg aku buat ni....barulah aku tau...kat Kedah nilah yg dipanggil pelengat pisang......pening2...Tapi akhirnya my hubbby suka jugak pelengat pisang yg aku buat...walaupun x memenuhi hajatnya nak makan pengat pisang Johor ari tu.
Ape2 pun nilah pengalaman yg cukup berharga. Belajar dari kesilapan.....Tapi ari ni kalau ada aje pisang dia suruh aku buat pelengat pisang bukan lagi pengat.....Nak buatnya pun semudah ABC....

Bahan-bahannya:
1 sikat pisang emas (ape2 pisang pun boleh)
1 cawan tepung beras
2 sudu bsar tepung jagung
1 cawan santan
secubit garam
Cara Membuatnya:
1. Pisang dibuang kulitnya dan dilenyek hingga hancur.
2. Masukkan tepung beras,garam dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan santan. Kacau rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 45 minit.

*Jika inginkan rasa yg lebih manis bolehlah masukkan gula.

CUBA JGN TAK CUBA

Tuesday, February 8, 2011

Mee Goreng Seafood

Dah bbrapa hari x bw dan x masukkan n3 resepi terbaru. Malam tadi dptlah juga masak mee goreng. Asyik makan nasi aje...sesekali tukar selera... makan mee goreng seafood.  Masukkan  bhn2 yg sedia ada dlm peti sejuk aje...memasak ni x leh terlalu cerewet sgt...ape2 yg ada bantai ajelah....Jom layan resepinya...

Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning - 400gm (dibasuh dan toskan- supaya keluarkan minyak)
1 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang putih - diketuk
2 ulas bawang merah - diketuk
udang
sotong
5 tangkai sawi - dipotong
kicap
sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa (Jika gunakan sos tiram x perlu masukkan garam)
Sedikit air - jika perlu

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, udang, sotong - kacau rata.
3. Masukkan sawi, kicap, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan mee. Kacau rata. (Jika inginkan mee yg agak basah - tambahkan sedikit air)

*Sayur boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2

Saturday, February 5, 2011

Pejabat Al Jazeera di Kaherah dibakar

DUBAI 5 Feb. - Stesen televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar mendakwa pejabatnya di Kaherah telah dibakar dan dimusnahkan oleh 'kumpulan samseng'.

Saluran berita itu yang diarah menghentikan operasinya awal minggu ini di Mesir, menuduh pihak berkuasa Mesir atau kumpulan penyokongnya cuba menghalang rangkaian itu daripada membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara tersebut.
"Rangkaian Al Jazeera telah melaporkan bahawa pejabat mereka di Kaherah telah diserang oleh kumpulan samseng. Pejabat itu dibakar bersama-sama dengan kelengkapan di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan. - REUTERS

Sumber: Utusan Online 05/02/2011
 
Ulasan: Ape2 pun samalah kita berdoa agar semua rakyat Malaysia di Mesir selamat kembali ke tanahair.

Friday, February 4, 2011

Majlis Kenduri Kahwin Kat Menara Alor Setar


Sebut saja Menara Alor Setar... tentu org2 kat Kedah ni dah terbayang bangunannya yg tinggi dan dpt melihat pemandangan yg cantik dan menarik Bandaraya Alor Setar dari udara... juga restoran berputar yg ada kat situ. Di kesempatan cuti Tahun Baru Cina semalam, dptlah meluangkan sikit masa menghadiri Majlis perkahwinan rakan seperjuangan yg diraikan kat situ..... Tahniah diucapkan kepada rakanku Fikriah dan pasangannya Shahrizai.....semoga berbahagia selamanya. Tempohilah kehidupan ini dgn penuh ketabahan dan kesabaran.....Mudah-mudahan cepat dpt cahayamata penyeri hidup kalian berdua...  Ni adalah  gambar2 yg sempat dirakamkan semasa majlis tersebut.







  Pelamin yg dihias indah                        
                
              Pemandangan Bandaraya Alor  Setar dari udara (Menara Alor Setar)

Thursday, February 3, 2011

Hsien Loong Gesa Rakyat Singapura Lahir Lebih Ramai Bayi

Gambar hiasan
SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong semalam menggesa rakyat republik ini melahirkan lebih ramai anak sempena Tahun Arnab dengan berkata, anak tambahan akan membawa kebahagiaan kepada keluarga.
Hsien Loong, bapa empat anak, dalam perutusan Tahun Baru Cina berkata, usaha menggalakkan rakyat Singapura melahirkan lebih ramai anak adalah satu cabaran tetapi beliau berharap lebih ramai bayi dilahirkan pada Tahun Arnab ini.
Kadar kesuburan penduduk Singapura, jatuh kepada 1.16 tahun lalu, paras paling rendah pernah dicatatkan.
“Meskipun kaum pendatang boleh mengisi kekurangan penduduk, tetapi kita juga perlukan rakyat Singapura untuk melahirkan bayi secukupnya dan usaha itu ternyata amat mencabar,” katanya.

Singapura ketika ini mempunyai lima juta penduduk, seperempat daripadanya warga asing. - AFP
                                                                                                                       
SUMBER: Harian Metro 03.02.2011

Ulasan artikel : Anak adalah sumber rezeki. Jangan jadikan kelahirannya sebagai satu beban kerana anak ini adalah amanah dari ALLAH.

Wednesday, February 2, 2011

Soto Ayam

Cuti dah bermula, anak2 dah berkumpul dan x ketinggalan saudara-mara dtg bertandang. Anak saudara yg baru kahwin hujung tahun lepas, di kesempatan cuti dan balik rumah mentua singgahlah kat rumah bawa isterinya utk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Mulalah terfikir apa nak dijamu pada tetamu yg dtg... akhirnya nilah menu dinner yg sempat disediakan malam tadi. Resepi soto ni kalau ada bergedil lagi sedap.... tapi x sempat nak buat sbb ubi kentang dah habis.... terlupa nak beli......ape2 pun bedal ajelah.....

Bahan-bahannya:
 2 kampit nasi impit (direbus lebih kurang 45minit hingga 1 jam)- angkat dan toskan.
1 ekor ayam
3 liter air
Sedikit minyak
3 tangkai daun bawang dan daun sup -  dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
 6 ulas bawang putih
 3 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih
 4 biji buah keras
 4 batang serai dipotong halus

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak  dalam periuk. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama dengan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lawang.
2. Apabila telah naik bau, masukkan ayam kacau rata.
3. Kemudian masukkan air dan masak sehingga ayam empuk.
4. Masukkan  daun bawang dan  daun sup serta garam secukup rasa.
5. Keluarkan ayam dan toskan.
6.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng ayam. (Jangan terlalu garing)
7. Isi ayam yang telah digoreng disiat-siat.

Bahan hiasan:
1 genggam kacang tanah - digoreng
10 gm suhun - digoreng
sayur pucuk - digoreng (jika suka)
10 ulas bawang merah dipotong halus dan digoreng (dijadikan bawang goreng)
50 sen taugeh mentah (boleh juga dicelur)
2 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu
3 tangkai daun bawang dan daun sup dipotong halus

Sambal Kicap:                        Cara Membuatnya:
15 biji cili api                              1. Tumbuk cili api dan bawang putih
4 ulas bawang putih                    2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
1 1/2 sudu besar gula                  3. Kacau rata
kicap

Tuesday, February 1, 2011

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong


Ni menu dinner mlm tadi... simple aje...Rasanya org x pandai masak pun boleh masak  mcm ni.....walaupun simple anak2 amat menyukainya...Org2 bujang atau yg baru nak belajar masak boleh cuba menu ni... gerenti sedap punya..... bahan2nya pun rasanya sentiasa ada kat dapur rumah kita... Jom layan resepinya.....

Bahan-bahannya:
Sotong - banyaknya ikut suka (bersihkan dan toskan)
Kacang panjang-dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar -dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
sedikit kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan sotong, kunyit serbuk dan garam. Kacau rata.
3. Apabila sotong dah hampir masak, masukkan kacang panjang, bawang besar, cili merah dan kicap. Kacau rata.
4. Bila dah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.

*Kacang panjang jgn masak terlalu layu. Lebih sedap dimakan jika rangup..
Related Posts with Thumbnails