Followers

Wednesday, February 9, 2011

Pelengat Pisang


Sebut saja pelengat pisang ni... teringat masa baru2 kahwin dulu.... My hubby suruh masak pengat pisang katanya dah lama x makan... aku pun apa lagi masa ni nak tunjuk pandai masak...maklumlah baru kahwin....bila dah siap punyalah teruja nak jamu my hubby makan... bila dia tengok pengat pisang yg aku buat... dia heran awat jadi lagu tu...yg dia tau pengat pisang ni cair mcm bubur... pasai apa aku masak mcm buat bengkang (bingka) ....
akhirnya kami sama2 ketawa...apa tidaknya...org Kedah kahwin dgn org Johor.....semuanya lain kot... Bila aku tanya mak aku apa nama kuih yg aku buat ni....barulah aku tau...kat Kedah nilah yg dipanggil pelengat pisang......pening2...Tapi akhirnya my hubbby suka jugak pelengat pisang yg aku buat...walaupun x memenuhi hajatnya nak makan pengat pisang Johor ari tu.
Ape2 pun nilah pengalaman yg cukup berharga. Belajar dari kesilapan.....Tapi ari ni kalau ada aje pisang dia suruh aku buat pelengat pisang bukan lagi pengat.....Nak buatnya pun semudah ABC....

Bahan-bahannya:
1 sikat pisang emas (ape2 pisang pun boleh)
1 cawan tepung beras
2 sudu bsar tepung jagung
1 cawan santan
secubit garam
Cara Membuatnya:
1. Pisang dibuang kulitnya dan dilenyek hingga hancur.
2. Masukkan tepung beras,garam dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan santan. Kacau rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 45 minit.

*Jika inginkan rasa yg lebih manis bolehlah masukkan gula.

CUBA JGN TAK CUBA

6 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

eheheh... betul tu belajar dr kesilapan... tp akhirnya hb jatuh centa ngan itu pelengat daaa.... berkat air tgn isteri tu :)

fara dean said...

betul2x..
pengalaman itu mmg berharga dan buat suami kita igt sentiasakan?
mcm nagasari ke rasanya..mesti sedap ni..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Sedap ni lama tak buat.

zurena said...

To Melati Qistyna's Mummy:
Tu lah istimewanya jadi isteri dan ibu...air tangannya tiada tandingannya walaupun kekadang tu masak bukannya sedap pun....yg penting diorang suka...

zurena said...

To fara dean...

Pengalaman mengatasi segala-galanya...Rasanya mcm lepat pisang..

zurena said...

To Paty's Kitchen....

Buat jgn x buat...mudah aje..

Related Posts with Thumbnails