Followers

Showing posts with label nasi ayam. Show all posts
Showing posts with label nasi ayam. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

Nasi Ayam Panggang

Dah lama rasanya x masak nasi  ayam..... Oleh kerana mak dan adik nak datang... jadi masak nasi ayam mudah sikit... anak saudara pulak suka makan nasi ayam ni... ari ni ayam tu x nak digoreng.... panggang pun best jugak.Tapi nasi ayam ari ni x makan dgn sup, makan dgn kari daging dan kerabu perut lembu... sesekali tukar selera...


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibersihkan
1 kg beras - dibasuh dan toskan.
3 liter air
2 helai daun pandan
1 batang serai - dititik
3 sudu besar mentega
 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih
garam secukup rasa.

Bahan kisar:
15 ulas bawang putih
3 inci halia muda





Bahan Perap:(utk panggang)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit lada hitam
1 batang serai
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
(kesemua bahan dikisar)


Cara Membuatnya:
1. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masukkan sebahagian bahan kisar. Rebus ayam sehingga separuh masak.(Jadikan stok ayam)
2.Masukkan garam secukup rasa biar seketika. angkat ayam dan perap dengan  rempah utk panggang.
3.Panaskan periuk dan masukkan mentega. Tumis sebahagian lagi bahan kisar,daun pandan, serai, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan beras, goreng beras, kacau rata sehingga beras sebati dengan bahan tumis.
5. Apabila telah sebati, masukkan stok ayam(air rebusan ayam),  dan kunyit serbuk.
6. Kacau dan masak sehingga nasi masak.
7. Bakar  ayam yang telah diperap tadi pada suhu 180 darjah C selama 25 minit.
 Bahan-bahan kerabu perut:
Perut lembu - dibersihkan dan direbus hingga empuk
2 batang serai - dihiris nipis
2 biji tomato - di hiris
5 biji cili api - dihiris
1 labu bawang besar
1 biji limau nipis - ambil airnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Semua bahan dimasukkan dalam bekas.
2. Kacau rata.

Sunday, June 13, 2010

Nasi Ayam




Bahan-bahannya:(Hidangan untuk 6-8 orang)

1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong 2
1 kg beras - dibasuh dan toskan.
3 liter air
2 helai daun pandan
1 batang serai - dititik
3 sudu besar mentega
3 sudu kicap pekat
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih
garam secukup rasa.

Bahan kisar:
15 ulas bawang putih
3 inci halia muda

Cara Membuatnya:
1. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masukkan sebahagian bahan kisar. Rebus ayam sehingga masak.(Jadikan stok ayam)
2.Masukkan garam secukup rasa biar seketika angkat ayam dan perap dengan kicap.
3.Panaskan periuk dan masukkan mentega. Tumis sebahagian lagi bahan kisar,daun pandan, serai, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan beras, goreng beras, kacau rata sehingga beras sebati dengan bahan tumis.
5. Apabila telah sebati, masukkan stok ayam(air rebusan ayam),  dan kunyit serbuk.
6. Kacau dan masak sehingga nasi masak.
7. Goreng ayam yang telah diperap tadi.

Bahan sos:
3 biji tomato
1 biji limau nipis - diambil airnya
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukup rasa

* Semua bahan dikisar halus dan dimasak di atas api yang perlahan selama lebih kurang 5 minit (sehingga pekat sedikit)

Bahan hiasan
timun, tomato daun salad, bawang goreng

Bahan sup:
 2 liter Air rebusan ayam
1 batang serai diketuk
sedikit minyak untuk menumis
daun bawang dan daun sup dipotong.
Garam secukup rasa

Bahan kisar untuk sup:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 biji buah keras
sedikit lada hitam.

Cara membuatnya.
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan ayam dan serai . Apabila mendidih masukkan garam secukup rasa.
3.  Kemudian masukkan daun bawang dan daun sup. Angkat sedia untuk dimakan bersama dengan nasi ayam. Tabur dengan bawang goreng.


* Masa penyediaan/masak 30 -45 minit
* Lebihan kicap yang diperap bersama ayam boleh dimakan bersama nasi ayam

Resepi nasi ayam ini mesti dicuba kerana saya pernah gunakan resepi ini untuk berniaga nasi ayam pada masa lalu. Permintaan amat menggalakkan. Tetapi oleh kerana kesibukan masa menguruskan anak-anak yang masih kecil pada masa yang sama saya mendapat tawaran menyambung pengajian di universiti, saya terpaksa melupakan minat untuk berniaga. Kini resepi ini dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan sahaja.Diharap dengan adanya blog ini resepi ini akan tersebar dan dapat dikongsi oleh orang lain.
Related Posts with Thumbnails