Followers

Tuesday, November 29, 2011

Asam Pedas Keladi ala Kedah

Kat Kedah ni... sayur keladi selalunya dibuat asam pedas. Sedap dimakan dgn nasi ulam ataupun nasi putih....tapi bagi sesetengah org sayur keladi ni katanya pembawa penyakit antaranya sakit urat.... sejauh mana kebenarannya tu x taulah....setakat ari ni kami makan ok aje....ape2 pun kena berhati-hati jugak pasai makan ni... sbb byk penyakit ari ni berlaku....penyebabnya adalah makanan..... betoi dak? Kesihatan  perlu diambil berat. Ada duit berjuta pun x guna kalau kesihatan x dijaga....... Jom layan resepi ari ni...

Bahan-bahannya:
Batang keladi - disiat kulitnya, dipotong, dibersihkan dan dicelur hingga lembut(Masukkan 2 keping asam gelugor semasa mencelurnya) - toskan
1 - 2 ekor ikan kembung -direbus dan diambil isinya.(boleh digantikan dgn ikan bilis)
2 - 3 keping asam gelugor
1 batang serai- dititik
daun kesom
sedikit  air
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar:
5 tangkai cili kering-  direndam dan dibuang bijinya.
5 ulas bawang merah
Isi ikan/ ikan bilis
1/2 sudu kecil lada hitam
sedikit belacan - jika suka

Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak dgn api yg sederhana.
2. Biarkan mendidih seketika. Kacau rata dan sedia utk dihidangkan.



Wednesday, November 23, 2011

Masak Lemak Cendawan Sisir

Dah lama rasanya x masak cendawan sisir ni.... sukar nak jumpa org menjualnya... ada sesetengah org cendawan ni dikenali juga dgn cendawan kukur.... Kalau dulu  dpt beli dgn harga RM1... tpi kini.. harga paling minima RM3... bukannya byk sgt pun.... rasanya cuma segenggam aje... tapi x kisahlah kalau dah nak makan.... Kalau nak tau sedap ke x sedap cendawan ni....cubalah resepi kat bawah ni.... selepas makan pasti lepas ni pi cari lagi....

Bahan-bahannya:

cendawan sisir - dibersihkan  dan ditoskan
1 cawan santan
sedikit ikan bilis - dibelah
1 batang serai - diketuk
1 -2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa.


Bahan Tumbuk / Kisar:
3 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
kunyit hidup
5 biji cili api (kalau nak lebih pedas  lebihkan cili api) - boleh diketuk aje jika x suka pedas.

Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau perlahan-lahan di atas api yg sederhana sehingga mendidih.
3. Angkat dan boleh dihidangkan.



Monday, November 21, 2011

Sup Sayur Labu Siam

Pernahkah anda tengok atau makan labu siam ni?...kalau yg pernah tentu tau cara nak masaknya. Labu siam ni banyak dijual di pasar atau supermarket. Bentuknya lebih kurang macam jambu batu.... boleh dibuat mcm2 masakan .... tapi kat umah ni anak2 paling suka buat sup atau pun buat sayur air  (sayur bening) aje. Jom layan resepinya.



 Bahan-bahannya:
1 biji labu siam - dibuang kulit dan dipotong dadu.
daging - byknya ikut suka - dipotong nipis (boleh digantikan dgn ayam atau udang)
sedikit suun -direndam
sedikit pucuk - direndam
1 biji cili merah - dihiris menyerong
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
sedikit air
sedikit minyak - utk menumis
garam secukup rasa.

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah.
2.Masukkan daging. Kacau rata. Masukkan air. Masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan labu, suun dan  sayur pucuk. Bila labu dah masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Angkat dan bolehlah dihidangkan...


Penantian Satu Seksa......

Salam  buat semua rakan blogger..... Rasanya dah lama x update blog.... kesibukan + kemalasan yang x dak ubatnya kat mana2 klinik.... Cuti sekolah ni adalah sedikit masa... itu pun jika rajin.... dah lama juga x melayari internet ni... kalau ada pun cuma menjalankan tugas2 wajib... iaitu SAPS... tugas memasukkan markah pelajar...yg amat membosankan sekali krn.. entah apa sistem yg digunakan... membuat semua cikgu2 kat Malaysia ni pening kepala.... ape2 pun  wajib kena buat... x kiralah nak bangun tengah mlm ke, awal pagi ke atau x tidur langsung... janji siap....

Cerita ari ni bukannya kisah SAPS tu... tapi kisah pi hospital ... Anakku Adibah dijadualkan menjalani pembedahan tonsilnya hari ini (21/11/11). Jadi semalam temujanji  dgn doktor pakar jam 9.00 pagi. Sedang bersiap nak ke hospital...  lebih kurang 8.30 pagi pihak hospital menghubungi aku memperingatkan ttg temujanji tu ..... Oleh krn jarak hospital dgn rumah lebih kurang 5 minit aje....aku pun keluar dari rumah 8.45 pagi seperti selalunya bila ada temujanji dgn doktor pakar... Sampai di sana.... cari parking sana sini.... Alhamdullilah.... dpt jugak parking  walaupun terpaksa menapak agak jauh juga.... Sampai kat klinik pakar ENT jam menunjukkan 9.02 pagi...no. yg aku dapat 0829 dan waktu tu baru no. 0802....ramainya orang ari ni...ape2 pun tunggu ajelah.....

Entah pasai apa no. tu lambat bebenor bergeraknya.... Selalunya jika dtg rawatan kat sini paling lama 1 jam...mungkin ari ni org ramai kot.... Dari satu majalah ke satu majalah dah baca rasanya 6 buah majalah... aduh...boringnya..... Bila satu jam menunggu.... no. bergerak begitu lambat sekali.......Turun kat bawah pergi minum...Adibah dah x larat menunggu....rasanya dah naik kematu punggung ni....Dah masuk 2 jam....tepat jam 11.30 pagi... handset ku berbunyi....panggilan dari pihak hospital lagi bertanyakan kenapa aku belum sampai kat hospital......la apa dah jadi ni....aku beritahu aku dok tunggu dah 2jam setengah kat klinik ENT ni.......Masa tu no kat skrin baru 0822... jadi diorang tanya no. aku ... dan terus panggil tanpa tunggu giliran.... aku pun x tau apa masalahnya....diorang mintak maaf sbb aku kena tunggu lama......rupa-rupanya kerani bahagian pendaftaran memberi aku no. yg salah.... sepatutnya no. aku bermula dgn 4..... iaitu rawatan utk masuk ke wad dan berjumpa pakar bius.... x perlu tunggu lama pun.... sbb mereka nak pastikan anakku betul2 sihat seblm dihantar masuk ke wad..... Setelah diperiksa oleh doktor pakar.... Adibah x dapat menjalani pembedahannya ari ni sbb kurang sihat.... demam, batuk dan selsema.... doktor pun tetapkan tarikh baru 14/12.... pukul 12.00 turun pulak kat kaunter ubat.... menunggulah kat situ hampir 1 jam lagi....nak buat mcm mana.....  nak rawatan percuma terpaksalah mengharungi ni semua.... walaupun penantian itu satu seksa.....x berapa nak mampu ke hospital swasta........Nak salah sapa dlm isu ni..... kita orang awam x tau prosedur pihak hospital.....dah dapat no....kita tunggu ajelah......doktor pulak dah ingatkan aku bila dtg sekali lagi nanti beritahu kepada kerani tu... rawatan utk masuk ke wad bukan rawatan biasa....ape2 pun aku ucapkan ribuan terima kasih kepada doktor dan jururawat klinik pakar ENT HSB atas layanan, khidmat nasihat dan rawatan yang diberikan......
Related Posts with Thumbnails