Followers

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Asam Pedas Kedah


Sebut saja asam pedas ... ada mcm2 versi ikut negeri masing2... Kat umah ni selalunya ada 2 versi yg selalu dimasak iaitu Kedah ngan Johor. Anak2 pun x kisah mana2 versi.. dua2 suka. Tapi kalau nak berdiet tu... asam pedas Kedah yg paling sesuai kerana x pakai minyak cuma rebus aje... Jom kita layan resepinya...

Bahan-bahannya:
Ikan kembung - dibersihkan
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
kacang bendi
beberapa tangkai daun kesum
sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk/Giling
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
1 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan  garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jgn masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
4. Bila dah masak angkat dan hidangkan...

* Bendi boleh digantikan dgn timun atau ubi keledek
* Ikan ikut kesukaan anda
* Jika suka boleh masukkan hirisan bunga kantan.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili kering.

Saturday, March 12, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung


Salam buat semua rakan blogger. Rasanya dah lama x up date blog....  dah lama x mengadap laptop  dan bw...ari ni adalah mood nak melayari internet ... sbb nak ikuti perkembangan tsunami.... maka dgn tiba2 mood nak up date blog pun dtg... mmg banyak resepi yg terkumpul.....Ari ni nak berkongsi resepi masak lemak cili api....oleh krn yg ada cuma ikan kembung ok aje lah tu....Jom layan resepinya...


Bahan-bahannnya:
Ikan kembung - (digaul garam kunyit dan digoreng garing)
1 1/2 santan
1 helai daun kunyit
1 batang serai - dititik
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah - dihiris menyerong

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
kunyit hidup
Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk, santan, asam keping, daun kunyit dan serai ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya tidak meruap.
3. Apabila  telah mendidih masukkan ikan kembung, cili merah dan gula dan garam secukup rasa.
4. Biarkan  mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Monday, January 31, 2011

Gulai Ikan Puyu

Dah lama x makan ikan puyu ni... bukannya apa cuma malas nak siang aje... Cuti sekolah hujung tahun lepas Imran pegi mancing dpt banyak ikan puyu dan keli..tapi bila nak makan dia yg tolong siangkan....aku cuma memasak aje.  Ramai org x suka ikan darat ni sbb baunya yg hanyir.... tapi kalau kena cara buatnya langsung x ade bau.....

Minggu lepas pulak pi pasar hari nampak org jual ikan puyu....besar2 lak tu... my hubby apa lagi terus aje beli suruh buat gulai(kari)... tapi dah letak syarat dia yg kena siang... aku nak masak aje.. balik rumah mulalah operasi menyiangnya.....aku lak menyediakan bahan2nya.....

Bahan-bahannya:
Ikan puyu - banyaknya ikut suka (dicuci dan direndam dlm air asam jawa lebih kurang 10 minit utk menghilangkan hanyir ikan)
1 bungkus rempah kari ikan babas - bancuh rata dgn sedikit air
Sedikit air asam jawa
Santan
Sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
2 ulas bawang merah- dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar halba




Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan tumis sehingga kekuningan.
2. Masukkan rempah kari  dan  air asam jawa. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan.Kacau  supaya tidak meruap. Masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan dah masak bolehlah diangkat

Wednesday, January 19, 2011

Asam Tempoyak Ikan Patin

Jalan2 kat pasar tani ari ni... ternampaklah pulak ikan patin... dah lama x makan....kat umah masih ada lagi tempoyak yg dah hampir 5 bulan tu.....Kalau masak asam tempoyak ni pasti terangkat punya.... x yah pi jauh2 kat Temerloh sana nak makan ikan patin.... harganya x lah mahal sgt.... kira oklah..Jom layan menunya...
Bahan-bahannya:
Beberapa ketul ikan patin - dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa lebih kurang 10minit.
Tempoyak - banyaknya ikut citarasa
3 cawan air
1/2 cawan santan - jika suka
2 batang serai - dititik
Garam secukup rasa




Bahan tumbuk:
sedikit kunyit hidup
4 biji cili padi
2 biji cili merah

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan tumbuk, tempoyak, serai dan air ke dalam periuk. Masak dengan api yg perlahan.
2. Hendaklah sentiasa dikacau. Pastikan tempoyak tidak berketul2.
3. Apabila mendidih masukkan santan dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak.
5. Bolehlah dihidangkan.....

* Jika tempoyak dimasukkan banyak, tak perlu masuk santan lagi sbb kuahnya dah pekat.

Monday, January 17, 2011

Masak Lemak Telur Tenggiri


Ari tu dah buat kari telur ikan duri.... Nurul pulak dok sedih sbb x dpt nak rasa.... telur ikan ni mmg kesukaan anak2. Jadi bagi memenuhi permintaan dia... mencarilah di pasar2 ... akhirnya dptlah juga.... tpi bukan telur ikan mcm ari tu.... kali ni telur ikan tenggiri pulak... bestnya buat masak lemak cili api... pasti terangkat punya....


Bahan-bahannya:
Telur ikan tenggiri
2 cawan santan
1 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor(keping)
Garam dan gula secukup rasa




Bahan Tumbuk:
5-7 tangkai cili padi (Boleh letak lebih jika ingin lebih pedas)
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya:
1. Masukkan santan, bahan tumbuk, serai dan asam keping ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan, supaya tidak meruap dan pecah minyak.
3. Sentiasa dikacau. Apabila dah mendidih masukkan telur ikan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga telur ikan masak.
5. Bila dah masak tutup api... sedia utk dihidangkan.

Friday, October 22, 2010

Ikan Siakap Masak Rebus


 Ikan siakap ni selalunya dikukus atau dibuat masak masam manis.... ni menu yg paling simple... masak rebus aje.. lebih cepat. Bahan2nya boleh juga digunakan utk masak siakap kukus cuma cara masaknya saja yg berbezalah sikit. Sebenarnya kebanyakkan restoran yg menyediakan masakan siakap kukus menggunakan cara rebus krn ia lebih cepat. Ni diakui sendiri oleh bbrpa rakan yag pernah bekerja restoran thai.... Ape2 pun janji sedap...

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap -anggaran 500gm ( dibersihkan dan dikelar )
(diperap dengan air limau nipis, sedikit garam, gula dan  2 sudu besar sos lada hitam selama lebih kurang 15 minit)
2 biji asam boi
1 1/2 cawan air (Jika inginkan kuah yg lebih, tambah air )


Bahan-bahan dihiris

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
5 biji cili padi
1 biji cili merah
3 inci karot - jika suka

Cara Membuatnya:
1. Masukkan air, bahan yg dihiris dan asam boi dlm kuali. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan ikan yg telah diperap tadi. Balik-balikkan. Masak sehingga masak.
3. Angkat dan bolehlah dihidangkan.....

* Boleh ditabur dgn daun bawang dan daun ketumbar jika suka.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili api.

Wednesday, July 7, 2010

KARI IKAN + TIMUN


Lunch ari ni, masak kari aje... org kedah kata gulai. Ape2 pun sama aje... Selalu sgt masuk bendi dlm kari.. ari kita buat cara org lama masuk timun pulak...sesekali tukar selera.. betoi tak. Bahan2 nak buat kari ni tak susah dah ada serbuk kari ready made... kalau dulu nilah lauk yg paling susah sbb nak kena giling rempah, kopek kelapa, kukur kelapa dan mcm2 lagi..  tulah orang dulu2 pakai kebaya sbb pinggang ramping mcm kerengga.... x payah pi kat gim bersenam. Semua kerja tu kira bersenamlah.....Jom tengok apa bahan2 nak buat kari ni...

Bahan-bahannya:

4-5 ketul isi ikan (ikan ape2 pun boleh ikut kesukaan anda)
1 biji timun (dibelah dua dan dipotong menyerong)
2 cawan santan
1 mangkuk kecil air asam jawa (ikut suka byk mana nak taruh)
1 bungkus rempah kari ikan - digaul dengan sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan tumis:

2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2 .Masukkan rempah. Kacau rata. Masukkan air asam jawa.
3.  Kemudian masukkan timun. Masak sehingga rempah masak. (pecah minyak)
4. Masukkan santan kacau rata. Apabila mendidih masukkan ikan dan garam secukup rasa.
 5. Biarkan kari itu mendidh lebih kurang 5 minit. Kacau sekali-sekala. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Kalau x suka timun boleh digantikan dengan yg lain.....

Related Posts with Thumbnails