Followers

Wednesday, January 19, 2011

Asam Tempoyak Ikan Patin

Jalan2 kat pasar tani ari ni... ternampaklah pulak ikan patin... dah lama x makan....kat umah masih ada lagi tempoyak yg dah hampir 5 bulan tu.....Kalau masak asam tempoyak ni pasti terangkat punya.... x yah pi jauh2 kat Temerloh sana nak makan ikan patin.... harganya x lah mahal sgt.... kira oklah..Jom layan menunya...
Bahan-bahannya:
Beberapa ketul ikan patin - dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa lebih kurang 10minit.
Tempoyak - banyaknya ikut citarasa
3 cawan air
1/2 cawan santan - jika suka
2 batang serai - dititik
Garam secukup rasa




Bahan tumbuk:
sedikit kunyit hidup
4 biji cili padi
2 biji cili merah

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan tumbuk, tempoyak, serai dan air ke dalam periuk. Masak dengan api yg perlahan.
2. Hendaklah sentiasa dikacau. Pastikan tempoyak tidak berketul2.
3. Apabila mendidih masukkan santan dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak.
5. Bolehlah dihidangkan.....

* Jika tempoyak dimasukkan banyak, tak perlu masuk santan lagi sbb kuahnya dah pekat.

6 comments:

fara dean said...

Salam..
ini feveret husband..klau dia mkn ni mau seperiuk habis..sunggoh!

Wanzi said...

wah best tu ikan patin masak tempoyak.... bila boleh ajak makan ni...

matpek said...

sedapnye..

Norasikin said...

Tengok gambo teringat lak kat tempoyak yg dah setahun dlm peti ais. Tak boleh jadi ni. Mesti kena cari ikan

anymz said...

huuih..ni feveret akak ni..ada plak sambal belacan dan ulam2..pergghh..sedap masak ni masa musim panas2 ni kan?

tigasukumaut @ TSM said...

pehh, menyengatt!!

Related Posts with Thumbnails