Followers

Sunday, October 31, 2010

Daging Masak Kicap Ala Orang Dulu2

Bila sebut saja daging masak kicap dah terbayang kesedapannya. Menu malam tadi adalah paling ringkas dan cepat. Beginilah cara ibuku memasak utk kami satu ketika dulu....org dulu2 masak bukan mcm org moden la ni... Org sekarang kalau masak taruh mcm2 bahan......katanya nak sedap ....tpi air tangan ibu kita juga yg sedap....kalau diteliti bahannya bukan masuk apa sgt tapi semuanya ada rasa....x dak sos tiram, x dak kiub ayam semuanya dimasukkan bahan asas saja... Jom layan resepi daging masak kicap ni....

Bahan-bahannya:
Daging- byknya ikut suka (dipotong nipis, dibersih dan toskan) - digaul dengan garam kunyit.
1 labu bwg besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong serong
kicap manis
1 ulas bawang putih - diketuk
sedikit halia - dipotong nipis
sedikit minyak


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan daging yg telah digaul dgn garam kunyit tadi. Kacau rata. Masukkan sedikit air.
3, Apabila daging dah masak, masukkan kicap. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau rata.... angkat dan hidangkan...



CUBA JANGAN TAK CUBA......

Saturday, October 30, 2010

MASAK LEMAK SENGKUANG



Masakan ni kira masakan org dulu2 lah jugak...sengkuang ni selain dibuat rojak sedap jugak bila buat masak lemak...anak2ku juga amat menggemari sengkuang masak lemak ni. Cara memasaknya pun mudah aje.... pakai campak aje dlm periuk....


Bahan-bahannya:

1 biji sengkuang - sederhana besar (dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong memanjang)
1/2 batang lobak merah -dipotong memanjang
sedikit soon (org kedah panggil tanghun)-direndam
sedikit sayur pucuk- direndam hingga kembang - dipotong
1 biji cili merah - dipotong serong
1 labu bawang besar - dipotong
1 cawan santan
1/2 sudu teh kunyit serbuk
sedikit ikan bilis-ditumbuk separuh hancur (boleh digantikan dengan udang)
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam dan gula.
2. Masak dgn api yg perlahan. Sentiasa dikacau bagi mengelakkan santan pecah minyak.
3. Bila mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4. Biarkan mendidih seketika. Bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Friday, October 29, 2010

MENDAYA BANGSA...... Sedihnya Jika Itu Maksudnya....

Mungkin agak terlewat aku memberi komen mengenai ucapan pemimpin no. 1 negara pada perhimpunan agung UMNO pada minggu lepas.... bukannya apa oleh kerana kesibukan menyemak kertas jawapan peperiksaan jadi terpaksalah lewat sedikit menghantar komen.....
Pada ari khamis lepas.... sambil memasak kat dapur tu.....dapatlah juga mengikuti sebahagian drp ucapan Presiden UMNO yg berapi-api dan berkobar-kobar itu menghuraikan slogan MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN yg salah satunya adalah mengharapkan supaya orang Melayu menjadi satu bangsa yg terhebat.... tapi satu perkataan yg bermain di fikiran iaitu MENDAYA...... apa benda tu...
.Berbual dgn rakan sekerja mengenai maknanya masing2 pun x pernah dengar apatah lagi nak menghuraikan maknanya. Jadi oleh krn rasanya x berapa penting... krn huraian panjang lebar telah diberikan oleh bbrpa pemimpin ... jadi aku melupakan seketika isu pktn tersebut.....
Ari ni cuti hujung minggu ..... aku pun mengemas apa yg patut..... maka terpandanglah Kamus Dewan Bahasa yg dah berusia suku abad tu.... teringatlah pula nak cari makna pktn MENDAYA... mestilah ada dlm kamus ni.... kalau x dak x kanlah org boleh buat slogan.... Selak punya selak...... terkejut beruk juga aku..... betoi ke maknanya ni....Mengikut Kamus Dewan maksud MENDAYA adalah menjalankan tipu daya (muslihat), menipu....MasyaAllah.... Jika itu maksudnya sedihnya.... krn ianya dilaung-laungkan oleh pemimpin no. 1 negara dan disokong oleh masyarakat yg majoritinya beragama Islam. Apa pula pandangan bangsa asing.....aku rasa tentu ramai yg membuka kamus mencari makna pktn yg x pernah kita gunakan itu.... Maka bersoraklah bangsa lain di Malaysia apabila UMNO yg ahlinya 100% org Islam bersama-sama berkempen utk menipu bangsa sendiri..... Di manakah pejuang bahasa..... adakah berdiam diri bila bangsa kita dihina sebegini.....
Hingga ari ini rasanya x ada seorang pun pejuang bahasa memberi ulasan mengenai maksud perkataan tersebut.........Adakah orang Melayu mesti jadi bangsa terhebat dengan menjalankan tipu daya dan muslihat bagi menerajui kemakmuran.....Bahasa menunjukkan bangsa.... Terlajak perahu boleh diundur.... bila terlajak kata terimalah padahnya..... Renung-renungkan lah....

SELAMAT HARI LAHIR AIMAN...


Ari ni genaplah umur Aiman Marzuqi 19 tahun... Rasanya masa berlalu terlalu pantas.. Bila umur anak2 dah makin meningkat dewasa... terasa diri ini pun dah semakin berusia.....Masih terbayang kerenahnya sewaktu kecil dulu.... cukup mencabar .....Alhamdulillah... berkat kesabaran dan doa kami Aiman amat berbeza sekali pada hari ini jika dibandingkan zaman kanak2nya dgn alam remajanya....Masih ingat lagi kerenahnya semasa di sekolah rendah.... segala-galanya terlipat dlm ingatan. Kini Aiman sedang menuntut dalam tahun 2 di UTM Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan. Semoga dengan ulang tahun ke-19 pada hari ini Aiman akan lebih tabah menghadapi liku2 hidup yg penuh dugaan dan cabaran. Doa kami semoga Aiman mendapat keberkatan dan petunjuk ke jalan yg diredhaiNya. Dan juga ingatlah bahawa setinggi mana ilmu dunia ini dikejar jangan sesekali terlupa mengejar ilmu akhirat...kerana ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang barulah hidup kita tidak terumbang-ambing.....Sesungguhnya ilmu akhirat membawa keberkatan dalam hidup...

Sunday, October 24, 2010

Nasi Ayam Panggang

Dah lama rasanya x masak nasi  ayam..... Oleh kerana mak dan adik nak datang... jadi masak nasi ayam mudah sikit... anak saudara pulak suka makan nasi ayam ni... ari ni ayam tu x nak digoreng.... panggang pun best jugak.Tapi nasi ayam ari ni x makan dgn sup, makan dgn kari daging dan kerabu perut lembu... sesekali tukar selera...


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibersihkan
1 kg beras - dibasuh dan toskan.
3 liter air
2 helai daun pandan
1 batang serai - dititik
3 sudu besar mentega
 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih
garam secukup rasa.

Bahan kisar:
15 ulas bawang putih
3 inci halia muda





Bahan Perap:(utk panggang)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit lada hitam
1 batang serai
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
(kesemua bahan dikisar)


Cara Membuatnya:
1. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masukkan sebahagian bahan kisar. Rebus ayam sehingga separuh masak.(Jadikan stok ayam)
2.Masukkan garam secukup rasa biar seketika. angkat ayam dan perap dengan  rempah utk panggang.
3.Panaskan periuk dan masukkan mentega. Tumis sebahagian lagi bahan kisar,daun pandan, serai, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan beras, goreng beras, kacau rata sehingga beras sebati dengan bahan tumis.
5. Apabila telah sebati, masukkan stok ayam(air rebusan ayam),  dan kunyit serbuk.
6. Kacau dan masak sehingga nasi masak.
7. Bakar  ayam yang telah diperap tadi pada suhu 180 darjah C selama 25 minit.
 Bahan-bahan kerabu perut:
Perut lembu - dibersihkan dan direbus hingga empuk
2 batang serai - dihiris nipis
2 biji tomato - di hiris
5 biji cili api - dihiris
1 labu bawang besar
1 biji limau nipis - ambil airnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Semua bahan dimasukkan dalam bekas.
2. Kacau rata.

Saturday, October 23, 2010

Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal


Ni menu minum petang ari ni... makanan orang dulu2. Mungkin makanan ni dah x dipandang lagi oleh org zaman sekarang... Tapi mujurlah anak-anakku semuanya suka ubi rebus ni...apatah lagi jika dicicah dgn sambil tumis bilis dan ikan kering...maklumlah kitakan asal dari kampung....Jangan lupa asal-usul kita...

Bahan2nya:

Ubi kayu (dikupas, dibersihkan dan direbus hingga empuk - masukkan sedikit garam)
Ikan kering - jenisnya ikut suka (digoreng)


Bahan2 sambal tumis:
Cili kering
bawang merah
bawang putih
- (semuanya dikisar)
segenggam ikan bilis - ditumbuk
air asam jawa
Garam  dan gula secukup rasa
sedikit minyak unt menumis


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
3. Masak sehingga agak pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Friday, October 22, 2010

Ikan Siakap Masak Rebus


 Ikan siakap ni selalunya dikukus atau dibuat masak masam manis.... ni menu yg paling simple... masak rebus aje.. lebih cepat. Bahan2nya boleh juga digunakan utk masak siakap kukus cuma cara masaknya saja yg berbezalah sikit. Sebenarnya kebanyakkan restoran yg menyediakan masakan siakap kukus menggunakan cara rebus krn ia lebih cepat. Ni diakui sendiri oleh bbrpa rakan yag pernah bekerja restoran thai.... Ape2 pun janji sedap...

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap -anggaran 500gm ( dibersihkan dan dikelar )
(diperap dengan air limau nipis, sedikit garam, gula dan  2 sudu besar sos lada hitam selama lebih kurang 15 minit)
2 biji asam boi
1 1/2 cawan air (Jika inginkan kuah yg lebih, tambah air )


Bahan-bahan dihiris

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
5 biji cili padi
1 biji cili merah
3 inci karot - jika suka

Cara Membuatnya:
1. Masukkan air, bahan yg dihiris dan asam boi dlm kuali. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan ikan yg telah diperap tadi. Balik-balikkan. Masak sehingga masak.
3. Angkat dan bolehlah dihidangkan.....

* Boleh ditabur dgn daun bawang dan daun ketumbar jika suka.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili api.

Thursday, October 21, 2010

Daging Goreng Ketumbar



Salam buat semua rakan blogger... Rasanya dah lama x update blog.... maklumlah dah nak akhir tahun ni byk kerja yg nak kena settle... Baru aje abis klip kertas pep akhir tahun..... Ari ni anak didikku nak periksa sains kertas 2... lepas ni nak kena semak pulak.....sibuklah sikit.. Ada masa yg terluang ari ni sempatlah juga masukkan resepi baru dlm blog. Resepi ni amat mudah... sesuai utk org yg kesuntukkan masa utk memasak..... cepat dan ringkas... Bagi ibu-ibu yg  dlm pantang lepas bersalin .... menu ni juga amat sesuai sekali utk dicuba.Jom kita layan resepinya...




Bahan-bahannya:

300gm daging - dipotong nipis (dibersihkan dan toskan)
Sedikit minyak untuk menggoreng (anggaran dlm 3-4 sudu besar)

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ketumbar
sedikit lada hitam
1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa.

Cara membuatnya:
1. Perapkan daging dgn bahan yg telah ditumbuk lebih kurang 10 - 15 minit.
2.Panaskan minyak  dlm kuali dan masukkan daging yg telah diperap, goreng hingga kekuningan atau garing.

3. Ok dah siap untuk dimakan. Mudahkan...

Monday, October 4, 2010

Ikan Kering Masak Asam


Ni menu malam tadi... simple aje....ikan kering ni adalah buah tangan my hubby balik dari Sabah ari tu... Ikan kering ni bila goreng mcm tu aje cukup rangup tapi tiada rasa ... tawar aje.... Jadi bila masak untuk kali kedua aku pun campak ajelah apa yg patut bagi ada rasa... bila dah masak sedap pulak sampai berebut2 x cukup.....Nama ikan ni aku pun x pasti... tpi my hubby cakap namanya ikan bulu ayam... ape2 pun hentam ajelah janji bila masak makan  habis licin.....


Bahan-bahannya.

Ikan kering (jenis bulu ayam)- banyaknya ikut suka
2 labu bawang besar - dipotong nipis
2 ulas bawang putih - dipotong nipis
10 biji cili padi - dipotong menyerong
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan kering hingga garing. Angkat.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api hingga layu.
3. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan ikan kering yg dah digoreng. Kacau rata. Bolehlah angkat dan hidangkan..
Mudah bukan.....Cuba jgn x cuba......

TUDUNG ISLAM VS TUDUNG RAHIB KRISTIAN....

Artikel menarik ni aku copy dari rakan blogger chempaka... terima kasih cempaka krn membenarkan saya copy masuk kat blog saya. Saya rasa wanita ari ni patut tau bahawa cara pemakaian tudung boleh merosakkan iman kita.  Cara pemakaian tudung  pada ari ni jgn diambil mudah ...... org2 kafir bergembira krn cara pemakaiannya menjadi ikutan bukan saja muda-mudi malah semua golongan terpengaruh memakai tudung ala  rahib kristian... sama2lah kita berfikir bahwa org kafir sentiasa ingin merosakkan Islam dengan cara yg cukup halus dan berkesan...


(gambar 1: tudung saji letaknya di atas meja di rumah seorang saudaraku)
(gambar 2: tudung saji dah letak di atas kepala)
berkenaan TUDUNG.bila bercakap pasal tudung ni, pelbagai pendapat yang ada.ada yang kata isu sensitif,hak masing-masing dan sebagainya.terpulanglah kepada penilaian dan pemahaman masing-masing ye!
* di bawah ini aku lampirkan nota tersebut:

Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang hidup2 tanpa belas kasihan......)

Isu bertudung bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden hari ini.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung.

Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi bermaksud :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
Selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup auratTudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

Tuntutan sebenarnya:
Tepuk dada, tanya iman...

Friday, October 1, 2010

4 JENIS HATI

Artikel ini dipetik dari blog Keunggulan Zaman oleh Ustaz  Ahmad Huzaifah mahasiswa Al-Azhar, Mesir. Terima kasih kepada ustaz kerana membenarkan artikel ini dicopy....

1. Hati Hidup dan Sempurna atau selamat Sejahteraialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.

2. Hati Mati- ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, dipenuhi dengan sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.
3. Hati Sakit- Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.
4. Hati yang Kosong- apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq.

petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com

KURMA DAGING





Dah lama rasanya x masak masakan ni.... bukannya apa ...sbb my hubby x berapa suka lauk ni tapi bukanlah x makan... cuma kurenglah sikit. Oleh krn dia x ade aku pun masaklah ...sbb anak2 suka makan.. Lagi pun malas nak pegi pasar.... masak apa yg ada dlm peti sejuk aje.... masakan kurma ni kalau makan dengan ikan gelama masam dan sambal belacan ... sedapnya.. Jom kita tengok bahan2 nak buatnya...
Bahan-bahannya:
Daging (dipotong - besar dan nipisnya ikut suka)
1 bungkus rempah kurma
2 ulas bawang merah - ditumbuk halus
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji kentang (dibelah lapan -*banyaknya bersesuaian dgn daging)
sedikit air
(*Semua bahan di atas diperap dengan rempah kurma)
1 mangkuk santan
sedikit garam
1 labu bawang besar - dipotong lapan
1 biji cili merah - dibuang biji dan dibelah
beberapa biji cili padi - jika suka
1 sudu kecil perahan air limau nipis
Bahan tumis:
Sedikit minyak
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih -dimayang
hirisan halia - dimayang
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih (banyaknya ikut suka)
sedikit daun kari (jika suka)




Cara membuatnya:
1. Panaskan  minyak dalam periuk dan dan tumis bahan tumis sehingga naik bau/kekuningan
2. Masukkan daging yg telah diperap tadi. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
3. Masak sehingga pecah minyak dan daging dan kentang empuk.
4. Masukkan santan dan perahan air limau nipis. Kacau rata. Masak dengan api yg perlahan.
5. Apabila dah mendidih masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga kuahnya hampir pekat.
6. Masukkan bawang besar, cili api dan cili merah. Kacau rata. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

Related Posts with Thumbnails