Followers

Monday, January 31, 2011

Berbudi Pada Tanah.... Inilah Hasilnya....

 buah limau kasturi yg berbuah lebat.
sekali pungut hampir 100 biji  satu pokok. (ada 3 pokok)

Dah hampir 3 tahun kami sekeluarga berkebun kat tanah sekangkang kera ni.... dan ari ni kami semua tersenyum puas krn hasil penat lelah menanam, membaja dan membersihkan apa yg patut dah membuahkan hasil.....Itulah jika kita rajin berbudi pada tanah. Gambar2 ni adalah sebahagian drp pokok2 yg dah mengeluarkan hasil. 
 




pokok pulasan yg dah mula berbunga( ada 2 pokok)




pokok ciku yg dah mula mengeluarkan hasil          



Nanas Sarawak yg rasanya manis (ada  lebih 20 pokok)





Buah jambu madu yg begitu manis sekali (Ada 2 pokok)



                          




pokok nangka berbuah lebat ( 6 biji dah boleh dimakan - ada 4 pokok)

Selain dari pokok2 tu... kami masih lagi menunggu hasil dari pokok2 lain spt mata kucing (2 pokok), limau madu (2 pokok), durian, Mempelam(2 pokok), rambutan (2 pokok), rebung madu dan manggis. Rasanya dah x lama nak memungut hasil...utk dimakan dan disedekahkan aje... bukan nak bisness...Rezeki Tuhan utk dinikmati.... Itulah hasilnya jika kita rajin berbudi pada tanah......Rasa hilang penat lelahnya....Alhamdullilah...

Gulai Ikan Puyu

Dah lama x makan ikan puyu ni... bukannya apa cuma malas nak siang aje... Cuti sekolah hujung tahun lepas Imran pegi mancing dpt banyak ikan puyu dan keli..tapi bila nak makan dia yg tolong siangkan....aku cuma memasak aje.  Ramai org x suka ikan darat ni sbb baunya yg hanyir.... tapi kalau kena cara buatnya langsung x ade bau.....

Minggu lepas pulak pi pasar hari nampak org jual ikan puyu....besar2 lak tu... my hubby apa lagi terus aje beli suruh buat gulai(kari)... tapi dah letak syarat dia yg kena siang... aku nak masak aje.. balik rumah mulalah operasi menyiangnya.....aku lak menyediakan bahan2nya.....

Bahan-bahannya:
Ikan puyu - banyaknya ikut suka (dicuci dan direndam dlm air asam jawa lebih kurang 10 minit utk menghilangkan hanyir ikan)
1 bungkus rempah kari ikan babas - bancuh rata dgn sedikit air
Sedikit air asam jawa
Santan
Sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
2 ulas bawang merah- dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar halba




Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan tumis sehingga kekuningan.
2. Masukkan rempah kari  dan  air asam jawa. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan.Kacau  supaya tidak meruap. Masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan dah masak bolehlah diangkat

Wednesday, January 26, 2011

Salah Siapa Jika Ini Keadaannya......

Dah beberapa hari x up date blog... maklumlah kesibukan di awal tahun ni biasalah bagi yg bergelar guru... dah 3 hari kena pergi sekolah seawal jam 8.00 pagi... memantau pelajar menjalani aktiviti bersukan.... bukannya lama cuma 2 jam aje....balik rumah sibuk masak dan mengemas apa yg patut ..... pukul 12.30 tgh dah pergi semula ke sekolah utk rutin harian lak....balik kul 7 ptg dah x larat.... manalah nak sempat nak duduk depan laptop ni.... Ari ni adalah sikit masa terluang.....dptlah buat n3 baru....

Ni kisah pelajar saya.... cukup bermasalah dr mula masuk tkn 1 hingga kini...Sering ponteng sek. dek krn kurang perhatian yg sewajarnya dr org2 yg patut menyelesaikan masalah tu..Sebagai guru kelas pening kepala memikirkan berbagai2 cara utk mengatasi masalah ni.... tidak dinafikan pelajar ni juga menghadapi masalah dalam pembelajaran tetapi tingkahlakunya ok....

Semasa di tkn satu dia tinggal dgn neneknya seorang pesara kerajaan.....krn ibu bapanya bercerai sewaktu dia masih kecil lagi.... Merupakan cucu kesayangan nenek.. sehinggakan neneknya dipanggil 'mak'... 3 bulan terawal persekolahan tidak ada masalah..... selepas itu episod ponteng pun bermula.....tidak hadir berminggu2... surat amaran dihantar tiada jawapan... panggilan tel x dijawab.... selidik punya selidik... neneknya masuk hospital dan dia terpaksa menunggu neneknya  berminggu-minggu di hospital .... di sini persoalan timbul... di mana saudara maranya yg lain? Mengapa masalah sebesar ini perlu ditanggung oleh seorang budak berusia 13 tahun.... yg sepatut di berada di sekolah waktu tu..... selepas neneknya keluar dr hospital.... rasa malas nak ke sekolah sbb dah berminggu x ke sekolah.... setelah dipujuk2 hadirlah juga ia ke sekolah..... 

Ajal dan maut di tangan Tuhan.....bermulalah episod dukanya....neneknya meninggal dunia sebelum ramadhan ari tu.... jadi kes pontengnya bermulalah lagi.... hingga dah x larat nak pujuk ia dtg ke sekolah hingga akhirnya dia x menduduki peperiksaan akhir tahun.....Di manakah ibu bapanya dlm keadaan dia terumbang-ambing tu.....aku sebagai gurunya pulak yg pening kepala dok menjawab dgn pihak pengurusan... 

2011 bermula aku tengok dia dtg dgn semangat sekali.... dia memberitahu dia tinggal dgn ibu saudaranya... alhamdulillah masih ada lagi yg sayang padanya...... tetapi kehadirannya cuma bertahan seminggu sahaja.... mulalah penyakit lama... PONTENG sampai ari ni.... selidik punya selidik lagi pening kepala cikgu....dia tinggal seorang diri krn ibu saudaranya dah balik kg ikut suaminya.....Aduh... mengapakah dibiarkan anak seusia ini menyelesaikan masalahnya seorang diri. Sepatutnya bimbingan dan panduan dr org yg disayanginya amat diperlukan.....sedangkan ibu bapanya masih hidup.....

Jangan jadikan penceraian utk kita lepas tangan... krn anak yg lahir ni adalah tanda kasih sayang yg pernah kita jalinkan dulu. Salah siapa jika begini keadaannya......

Wednesday, January 19, 2011

Asam Tempoyak Ikan Patin

Jalan2 kat pasar tani ari ni... ternampaklah pulak ikan patin... dah lama x makan....kat umah masih ada lagi tempoyak yg dah hampir 5 bulan tu.....Kalau masak asam tempoyak ni pasti terangkat punya.... x yah pi jauh2 kat Temerloh sana nak makan ikan patin.... harganya x lah mahal sgt.... kira oklah..Jom layan menunya...
Bahan-bahannya:
Beberapa ketul ikan patin - dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa lebih kurang 10minit.
Tempoyak - banyaknya ikut citarasa
3 cawan air
1/2 cawan santan - jika suka
2 batang serai - dititik
Garam secukup rasa




Bahan tumbuk:
sedikit kunyit hidup
4 biji cili padi
2 biji cili merah

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan tumbuk, tempoyak, serai dan air ke dalam periuk. Masak dengan api yg perlahan.
2. Hendaklah sentiasa dikacau. Pastikan tempoyak tidak berketul2.
3. Apabila mendidih masukkan santan dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak.
5. Bolehlah dihidangkan.....

* Jika tempoyak dimasukkan banyak, tak perlu masuk santan lagi sbb kuahnya dah pekat.

Happy Birthday Adibah....

Ari ni genaplah umur Adibah Husna tujuh tahun....Dah semakin matang Adibah mengharungi kehidupan ini... Terbayang semasa aku melahirkannya betapa mudahnya ia lahir ke dunia ni ... kalau sebelum ni  kelahiran kakak dgn abangnya dikategorikan sebagai mudah tanpa sebarang masalah.... kelahirannya lagi mudah ...x sampai 20 minit rasa nak bersalin ...aku dah selamat melahirkannya... hinggakan jururawat yg ditugaskan x sempat nak menyambutnya.... dia disambut oleh jururawat yg kebetulan melintas kat situ.... x sempat aku nak bawa baju dan pamper utknya...  badannya hanya berbungkus tuala dan pakai pamper yg  pihak hospital bagi....pukul 6 petang bersalin... pukul 6.40 aku dah ditempatkan di wad kelas 1 Hospital Alor Setar...hinggakan rakan2 bilik kat depan wad tu terkejut melihat aku dah dpt baby krn waktu aku berjalan keluar  ada yg menegur aku... waktu tu aku nak pi jumpa jururawat utk buat pemeriksaan... sbb aku rasa lain mcm ....tup2 bila balik semula ke wad semua org terkejut.....dpt baby perempuan yg comel lote...

Adibah Husna seorang anak yg pandai berdikari.... segala-galanya dia pandai menguruskan diri sendiri... cukup bertuah.....  bangun saja tidur aku x perlu siapkannya semua dia buat sendiri ....oleh krn aku bekerja pada waktu tghari.... jadi x sempatlah aku nak menjemputnya balik sekolah.... jadi pada hari pertama persekolahan aku mengajarnya menaiki bas sekolah..... dan transit kat rumah neneknya.... pukul 2 petang dia menguruskan diri utk ke kelas KAFA.... dan 5.30 ptg... abahnya menjemputnya pulang.

Begitulah rutinnya pada 2011 ni.. Semoga Adibah diberkati Allah selalu, dilimpahi dgn kecerdikan dan menjadi insan bertaqwa dan berguna kpd keluarga, masyarakat dan negara.....Semoga hidupnya penuh keindahan dan kebaikan seindah namanya.... inilah doa seorang ibu...Insyaallah..

Tuesday, January 18, 2011

KANSER INIKAH PENAWARNYA?

Artikel ini aku copy dari rakan blogger yg baik hati iaitu captbokkhari@yahoo.com (Captain) at
RESEPI RAHSIAKU
Semoga dgn info ini kita beroleh manafaat darinya.. Terima kasih captain ...

Ramai manusia di dunia ini bahkan rakyat Malaysia sendiri mengidap penyakit yang sangat ditakuti dan hampir tiada harapan untuk merawatnya iaitu kanser. Manusia sekarang sudah setkan dalam pemikiran mereka bahawa kanser sudah tiada penawarnya dan peluang untuk hidup sangat tipis. Sudah berapa ramai manusia yang meninggal dunia dalam setahun akibat daripada penyakit ini. Hal ini disebabkan keyakinan terhadap Allah tidak wujud dalam diri setiap manusia itu sendiri.

Mari kita sama-sama kembali semula kepada al-Quran dan as-Sunah mengenai penyakit-penyakit yang Allah ciptakan ini. Sangat banyak dalam nas mengatakan bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati.

Kenapa kita mengatakan bahawa penyakit kanser itu tiada penawarnya sedang janji Allah itu benar. Takkanlah Allah hendak menarik semula firmannya setelah semua umat Islam sudah mengetahuinya. Sesungguhnya Allah itu maha bijaksana dan maha mengetahui.

Berdasarkan maklumat daripada internet, sudah sah bahawa kanser ada penawarnya, cuma tidak ramai yang mengetahuinya oleh sebab yang tertentu. Penawarnya ialah Vitamin B17. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya tetapi menganggapnya sebagai pencegahan atau apa-apa sahaja dan bukan penawar kepada kanser. Mungkin betul dan mungkin salah. Bagi saya ia adalah salah. Bagi saya inilah penawar yang dijanjikan Allah.

Apakah buktinya? Saya akan terangkan. Untuk pengetahuan, kajian mengenai Vitamin B17 ini telah banyak dijalankan serta dibukukan dalam sebuah buku bernama World Without Cancer’ oleh G. Edward Griffin. Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Laetrile dan Amygdalin ini banyak ditemui dalam biji buah dalam kumpulan Prunus Rosacea seperti aprikot, ceri, peach dan plum. Ia juga boleh dijumpai dalam rumput, jagung, sekoi, biji epal dan banyak lagi yang kebiasaannya telah iketepikan dalam menu makanan masyarakat sekarang. Ramai yang tidak mengetahui bahawa biji buah mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti protein dan beberapa mineral. Vitamin B17 paling banyak terkandung dalam biji buah aprikot. Rawatan kanser dengan menggunakan Vitamin B17 ini telah lama digunakan oleh doktor-doktor terkenal semenjak 35 tahun yang lalu seperti Dr.Ernesto Contreras, Dr. Micheal Tait, Dr. Dean Burk iaitu pakar kanser dari Jerman dan Dr. Ernest Kreb Jr iaitu pakar biokimia yang juga pengasas Vitamin B17. Betapa yakinnya para-para saintis terhadap Vitamin B17 ini sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memakan 7 biji aprikot(bijinya) sehari, badannya tidak akan dapat membentuk sel kanser. Begitu juga dengan beberapa kesimpulan lain bahawa seseorang itu tidak akan dapat penyakit scurvy jika mengambil sebiji buah oren sehari dan penyakit pellagra jika mengambil vitamin B setiap hari.

Sekarang kita lihat bagaimana Vitamin B17 ini dapat membunuh sel kanser. Mula-mula kita kena tahu bahawa dalam badan kita terdapat berbagai-bagai jenis enzim untuk menjalankan berbagai-bagai proses. Salah satu enzim dalam badan kita adalah enzim Rhodanese yang terdapat jumlah yang banyak dalam badan tetapi tidak pada sel kanser. Satu lagi enzim iaitu enzim Beta-Glucosidase yang terdapat banyak di sel kanser tetapi tidak pada badan kita. Vitamin B17 terkandung di dalamnya dua jenis glukos iaitu Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde (analgesic/painkiller). Enzim Rhodanese akan memecahkan(break) Vitamin B17 dengan kehadiran air untuk mengeluarkan dua jenis glukos tadi apabila ia masuk ke dalam badan.

Apabila Vitamin B17 dan enzim Beta-Glucosidase bertemu, satu tindak balas kimia berlaku di mana dua jenis glukos tadi akan bergabung untuk menghasilkan sejenis racun yang seribu kali ganda bisanya. Racun yang dibawa oleh hasil gabungan dua jenis glukos tadi iaitu Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde hanya akan bertindak balas dengan satu benda sahaja iaitu sel kanser sekali gus memusnahkan sel kanser dalam badan.

Lihat rajah di bawah;

Secara ringkas dan mudah difahami inilah cara Vitamin B17 membunuh sel kanser. Subhanallah betapa hebatnya ciptaan Allah. Sekarang kita masuk kepada; kenapa tidak ramai yang mengetahui rawatan ini dan kenapa ia tidak dijadikan sebagai rawatan kanser di negara kita begitu juga dengan beberapa negara lain. Jawapannya ialah ianya haram. Bukannya haram di sisi Islam tetapi haram dari segi penjualannya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ia haram untuk dijual malah ia sangat baik untuk merawat kanser. Jawapannya sangat mudah iaitu duit.

Untuk pengetahuan semua, Vitamin B17 merupakan salah satu bahan perubatan yang menjadi kontroversi sekitar 20 tahun yang lalu apabila beberapa orang saintis terkenal dunia mengatakan bahawa beberapa biji buah mentah yang terdapat di dalamnya Vitamin B17 menjadikannya 100% mustahil untuk membentuk sel kanser malah mempunyai kebolehan untuk membunuh sel kanser dalam kebanyakan kes. Sebenarnya banyak sebab kenapa ia haram tetapi paling jelas ialah mengenai duit. Beberapa syarikat perubatan dunia membuat kesimpulan bahawa jika rawatan ini diketahui ramai, sudah tentu tidak ada lagi manusia yang akan membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan rawatan yang mahal seperti chemotherapy, radiation dan mana-mana doktor pakar kanser yang lain.

Oleh itu, mereka akan kerugian berbillion duit. Malah jika mana-mana doktor yang ingin merawat pesakitnya menggunakan ubat ini perlu terlebih dahulu mengisi borang dan menghantarnya kepada Food & Drug Administration(FDA) untuk pengesahan. Tambahan lagi, jika doctor tersebut tersalah menggunakan ubat tersebut atau melanggar peraturan yang ditetapkan oleh FDA, secara automatik dia akan kehilangan kerjayanya sebagai doktor. Pergilah ke mana-mana pembekal ubat-ubatan, pasti Vitamin B17 tidak dapat ditemui. Walaupun demikian, ada beberapa doktor di Malaysia sendiri yang sanggup mengambil risiko untuk merawat pesakit kanser menggunakan kaedah ini tetapi tidak ramai malah mereka melakukannya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mana-mana pihak.

Kebanyakan doktor yang saya tahu, Alhamdulillah ianya dari kalangan doktor-doktor Islam itupun tidak terkenal. Secara padatnya inilah sedikit sebanyak mengenai Vitamin B17. Insya-Allah, ini merupakan salah satu ikhtiar kita. Jangan kita terlalu bergantung sangat kepada ubat ini kerana yang menyembuhkan ialah Allah yang maha Berkuasa. Kita hanya berusaha dan selebihnya terletak kepada Allah.

Ya Allah, inikah penawar kanser yang menjadi ketakutan ramai manusia zaman sekarang? Betulkah ini caranya? Janganlah kau tambahkan lagi pesakit kanser terutamanya yang beragama Islam, yang ingin hidup seperti manusia biasa dan yang ingin melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna.

Wallahua'lam

Udang Padang Goreng Kunyit

Udang padang ni mmg susah nak dpt... dulu masa zaman kanak2 selalulah pi cari kat alur2 sungai ataupun pasang tangkul kat dlm sungai baru dpt. Budak2 ari ni mungkin ada yg x kenal apa itu tangkul..... org dulu cukup kreatif... nak tangkap ikan dan udang ada mcm2 cara... bukan mcm ari ni... depa tau guna pancing aje.....Udang padang ni buat masak ape pun sedap.... Sekarang ni 1 tin susu udang ni dijual dgn harga RM3.00 ok lah tu bukan senang nak dapatkannya... Lagi pun dah malas nak pi cari... beli lagi senang... semasa dibeli udang ni masih lagi hidup.... balik rumah goreng kunyit aje... sedap dimakan begitu saja....


Bahan-bahannya:
Udang padang - dibersihkan dan toskan
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
1 labu bawang besar -dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong serong
sedikit minyak utk menggoreng
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan udang, kunyit dan garam secukup rasa.
2. Kacau rata. Bila hampir garing masukkan bawang besar dan cili merah.Masak hingga garing.
3. Angkat dan hidangkan...

Monday, January 17, 2011

Jom Santai Sekejap Special Award

jemput2 la ke blog beliau (klik SINI)


Balik kerja ptg tadi buka laptop... apa lagi mulalah bw... terpandanglah kat shoutmix chat ( ahli mesyuarat tingkap) ada satu blog rakan yg selalu singgah kat dapur ni...  aku tersenarai antara 20 org blogger yg diminati oleh En. santai ni.... x sangkalah pulak.. Nilah special award dr blog Jom Santai Sekejap... Tq krn menghargai blog Dari Dapur Zurena ni.. 
Walaupun sebelum dah banyak ditag oleh rakan2 blogger yg lain... tapi entah kenapa award dr en santai ni lain dr yg lain... x payah jawab soalan yg entah apa2 tu......Kepada rakan2 blogger yg pernah tag dan suruh  aku ambik award  tpi x ambik....minta maaf banyak2... Jangan kecik hati tau.....sbb aku ni mmg malas nak jawab soalan... maklumlah kat sekolah tu dah x larat nak layan mcm2 soalan dr anak murid yg sedang meningkat remaja .....banyak soalan depa nak tanya kat cikgu sains ni... sbb aku ni jenis cikgu yg sentiasa berfikiran terbuka ... sebab tu depa x malu nak tanya... Oklah pada En. Santai dan rakan2 blogger yg menyokong aku... terima kasih atas penghargaan anda....


Masak Lemak Telur Tenggiri


Ari tu dah buat kari telur ikan duri.... Nurul pulak dok sedih sbb x dpt nak rasa.... telur ikan ni mmg kesukaan anak2. Jadi bagi memenuhi permintaan dia... mencarilah di pasar2 ... akhirnya dptlah juga.... tpi bukan telur ikan mcm ari tu.... kali ni telur ikan tenggiri pulak... bestnya buat masak lemak cili api... pasti terangkat punya....


Bahan-bahannya:
Telur ikan tenggiri
2 cawan santan
1 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor(keping)
Garam dan gula secukup rasa




Bahan Tumbuk:
5-7 tangkai cili padi (Boleh letak lebih jika ingin lebih pedas)
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya:
1. Masukkan santan, bahan tumbuk, serai dan asam keping ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan, supaya tidak meruap dan pecah minyak.
3. Sentiasa dikacau. Apabila dah mendidih masukkan telur ikan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga telur ikan masak.
5. Bila dah masak tutup api... sedia utk dihidangkan.

Sunday, January 16, 2011

Tumis Retak Ribu Bersos


Sebut saja pasal retak ribu... mungkin ada yg x pernah dengar.... Sebenarnya kat setengah tempat dikenali sebagai lala. Oleh krn kulitnya yg nampak mcm retak...kat sini org panggil siput retak ribu.... buat masak lemak ni mmg terangkat... Tapi ari ni cuma tumis dgn sos aje... sbb nak buat msak lemak x dak santan. Masak simple2 aje... nak cepat.

Bahan-bahannya:
600 gm siput retak ribu - dibersihkan dan ditos
1 batang serai - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar sos cili
sedikit kunyit serbuk
sedikit minyak utk menumis
sedikit air - jika perlu
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bawang putih dan serai.
2. Masukkan kunyit, sos cili dan garam secukup rasa - kacau rata.
3. Masukkan siput retak ribu. Jika inginkan berkuah tambah sedikit air. Kacau rata.
4. Masak sehingga kulit siput terbuka.

Thursday, January 13, 2011

Khasiat Lokan Sama Dgn Sarang Burung....


Baru-baru ni sempatlah juga melayan Majalah 3 di tv 3. Kalau x silap tarikh siarannya pada 11/12/2010. Segmen yg menarik malam tu adalah segmen Nelayan Blogger.... terujalah jugak nak tengok sampai abis cerita Pak Zainal dari Kampung Paya Lebar , Melaka. Ceritanya mengenai lokan. Sapa yg x pernah tengok lokan.....bentuknya lebih kurang kepah dan kupang. Ianya lebih besar sedikit drp kepah. Warnanya perang kehitaman...... Isinya amat enak dibuat sambal tumis.
Selama ni tau makan ajelah tanpa mengetahui apa khasiat lokan ni.... lokan ni pulak sukar nak dpt kena meredah paya bakau utk mendapatkannya.... Rasanya selepas tengok segmen ni tentu harga lokan melambung tinggi krn menurut Pak Zainal .... khasiatnya sama dengan sarang burung.... sejauhmana kebenarannya x pulaklah diketahui... kena rujuk org yg pakar ni....

Anak2 pun sibuk dok tanya kat mana boleh beli lokan ni... kat Kedah ni yg aku tau hanya satu tempat aje yg byk dijual..... itu pun dah lama x ke sana... entah ada entah tidak...
Kesempatan menghantar Imran ke sekolah teknik ari tu.... singgahlah kat tempat yg menjual lokan tu...... masih lagi ada.... banyak pulak tu.....Terkejut juga aku bila bertanya harganya..... rasanya x setimpal dgn penat lelahnya.... hanya RM1.50 sekilo..... klau inilah harganya x payah keluar duit byk2 beli sarang burung...... betoi tak... Ingatkan nak buat sambal tumis... tapi anak2 dah x sabar lagi nak rasa  lokan ni.... apalagi singgah kat kebun di Yan..... bakar aje lah....makan cicah sos aje.... sedap.... kalau x caye cuba jgn x cuba.

(Lokasi  menjual lokan ni adalah berhampiran jambatan Semeling yg menghubungkan Merbok dgn Sg Petani iaitu laluan ke UiTM Merbok).Sesiapa yg teringin nak makan bolehlah cari kat sini.... buah nipah juga banyak dijual di sini.....

Wednesday, January 12, 2011

Murtabak Roti


Ni menu sarapan pagi ari ni... cukup mudah, berkhasiat dan mengeyangkan. Amat sesuai utk kanak2. Boleh juga dibekalkan ke sekolah. Elakkan anak2 kita membeli makanan yg kurang berkhasiat yg dijual di sekolah. Masa penyediaannya x sampai 10 minit dah siap. Jom layan resepinya.....

Bahan-bahannya:
Beberapa keping roti gardenia - dipotong 4
1 ketul ikan sardin tin (Boleh digantikan dgn daging cincang)
1 labu bawang besar- dipotong
2 butir telur
sedikit mentega.
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
1. Lenyekkan ikan sardin sehingga hancur.
2. Kemudian masukkan bawang dan garam secukup rasa.
3. Pecahkan telur ke dalam campuran tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega.
5. Celupkan roti ke dalam campuran tadi. Balik2kan supaya ianya bersalut pada roti.
6. Masukkan kedlm kuali, masak hingga keperangan...


*Jika inginkan rasa pedas, bolehlah dimasukan hirisan cili.....

Buat Hal Lagi......


Rasanya dah hampir 3 minggu x bw.... semuanya gara2 internet kat umah buat hal lagi.... dah malas nak layan... buat x tau ajelah..... rasanya dah bosan nak buat  repot..... Buat repot pun tindakan pihak berkenaan lembab.....
Oleh krn kesibukan kerja di awal tahun baru ni byk.... dan kesibukan menguruskan anak masuk darjah satu dan si abang masuk asrama sek teknik..... pasai internet ni lupalah seketika......Bila anak masuk sekolah baru ni faham2 ajelah .... naik lenguh tangan dok isi borang tu borang ni... nasib baik sebelum tenet ni buat hal dah print semua borang yg perlu diisi utk kemasukan ke sek men teknik.... lepas tu terus dah x leh buka.....
My hubby dok bising aje suruh potong aje line tenet ni pakai aje yg lain....yg banyak kat pasaran... tpi aku masih juga pertahankan pakej ni sbb murah dan bila anak2 balik bercuti boleh pakat2 guna sbb  jenis wireless... kan jimat... Dlm dok buat x tau .....tiba2 mlm tadi tengok lampu kat modem tu empat2 menyala..... yahooo... tenet dah boleh guna..... heran juga aku x buat sebarang repot pun.....
Related Posts with Thumbnails