Followers

Showing posts with label lokan. Show all posts
Showing posts with label lokan. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Khasiat Lokan Sama Dgn Sarang Burung....


Baru-baru ni sempatlah juga melayan Majalah 3 di tv 3. Kalau x silap tarikh siarannya pada 11/12/2010. Segmen yg menarik malam tu adalah segmen Nelayan Blogger.... terujalah jugak nak tengok sampai abis cerita Pak Zainal dari Kampung Paya Lebar , Melaka. Ceritanya mengenai lokan. Sapa yg x pernah tengok lokan.....bentuknya lebih kurang kepah dan kupang. Ianya lebih besar sedikit drp kepah. Warnanya perang kehitaman...... Isinya amat enak dibuat sambal tumis.
Selama ni tau makan ajelah tanpa mengetahui apa khasiat lokan ni.... lokan ni pulak sukar nak dpt kena meredah paya bakau utk mendapatkannya.... Rasanya selepas tengok segmen ni tentu harga lokan melambung tinggi krn menurut Pak Zainal .... khasiatnya sama dengan sarang burung.... sejauhmana kebenarannya x pulaklah diketahui... kena rujuk org yg pakar ni....

Anak2 pun sibuk dok tanya kat mana boleh beli lokan ni... kat Kedah ni yg aku tau hanya satu tempat aje yg byk dijual..... itu pun dah lama x ke sana... entah ada entah tidak...
Kesempatan menghantar Imran ke sekolah teknik ari tu.... singgahlah kat tempat yg menjual lokan tu...... masih lagi ada.... banyak pulak tu.....Terkejut juga aku bila bertanya harganya..... rasanya x setimpal dgn penat lelahnya.... hanya RM1.50 sekilo..... klau inilah harganya x payah keluar duit byk2 beli sarang burung...... betoi tak... Ingatkan nak buat sambal tumis... tapi anak2 dah x sabar lagi nak rasa  lokan ni.... apalagi singgah kat kebun di Yan..... bakar aje lah....makan cicah sos aje.... sedap.... kalau x caye cuba jgn x cuba.

(Lokasi  menjual lokan ni adalah berhampiran jambatan Semeling yg menghubungkan Merbok dgn Sg Petani iaitu laluan ke UiTM Merbok).Sesiapa yg teringin nak makan bolehlah cari kat sini.... buah nipah juga banyak dijual di sini.....
Related Posts with Thumbnails