Followers

Friday, July 30, 2010

SUP AYAM KAMPUNG



Tentu ramai yg x  gemar makan ayam kampung.... katanya x sedap sbb dagingnya yg liat,  lambat dan leceh untuk dimasak.... Tpi bagi aku ayam kg adalah yg terbaik utk dimakan krn rasanya yg semulajadi dan juga selamat utk dimakan krn x kena suntik kat sana kat sini.......... lagi pun ayam kg ni baik utk org yg berpenyakit..... Itu pun cuma pendapat aku ajelah x buat kajian lagi da.... Jom kita layan resepi kita ari ni.....

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
1 inci halia ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
Garam secukup rasa.
Sedikit bawang goreng.

Cara Membuatnya:
1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.
2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.
3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.
5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

Monday, July 26, 2010

4 PERKARA.....

Artikel ini saya copy dari Ustaz Ahmad Huzaifah b Fauzi yg merupakan mahasiswa Al-Azhar, Mesir... Terima kasih ustaz krn benarkan saya copy artikel ini.... semoga kita sama2 mendapat pedoman  dan panduan darinya...

Sayyidina Ali Bin Abi Talib R.A berkata:
” Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara:

1-Memberi kemaafan ketika sedang marah.
2-Bersifat dermawan ketika susah.
3-Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
4-Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti".

Rasulullah SAW telah bersabda:

من كف غضبه وبسط رضاه وبذل معروفه ووصل رحمه

وأدى أمانته أدخله الله عزوجل يوم القيامة فى نوره الأعظم – رواه الديلمى .

Bermaksud:

"Sesiapa dapat menahan marahnya, melapangkan keredhaannya, menyebarkan kebaikkannya, menghubungkan silatul rahim dan menunaikan amanahnya, Nescaya Allah Azzawajalla pada hari kiamat mengurniakan kepadanya CahayaNya yang Maha Agong"._H.R. Ad-Dailami.

Sayyidina Saad Bin Hilal R.A Berkata :

” Sesungguhnya bagi seorang hamba yang melakukan dosa, Allah SWT akan memberi kepadanya 4 nikmat:

1-Rezekinya tidak akan hilang darinya.
2-Kesihatan tidak akan hilang darinya
3-Dosa tidak akan ditunjuk kepadanya di dunia.
4-Azab Allah tidak datang cepat kepadanya.

Semuanya ini kerana sifat Allah Yang Maha Mengasihani kepada hamba-Nya.

Nota :
Wahai saudara-saudari, maksud dari nikmat-nikmat tersebut adalah sebagai peringatan dari Allah SWT, yang mana rezeki, nikmat kesihatan, balasan di dunia dan azab daripada Allah SWt tidak akan datang kepada pelaku maksiat sekelip mata kerana Allah SWT Maha Suci dari tidur dan lupa, sepatutnya pelaku maksiat tidak perlu menunggu kedatangan azab Allah SWT baru bertaubat, kerana jika taubat sebegini adalah seburuk-buruk taubat dan tidak memberi apa-apa erti kepada Allah SWT. Jika Allah menerima taubatnya, dia tetap tidak layak menduduki Syurga Firdaus kerana Syurga Firdaus hanya di diami mereka yang tidak pernah melakukan dosa walaupun sebesar zarah.

Sementara pelaku maksiat yang tidak pernah ditimpa azab dan kesusahan di dunia ini, pasti mereka akan menerima azab sepenuhnya atau 100% dari Allah SWT tanpa ada pengurangan sedikit pun di Akhirat kelak. sudah pasti azabnya amatlah dahsyat. Nikmat dan kesenangan hidup yang dia nikmati di dunia dahulu bukanlah nikmat pada hakikatnya kerana Allah memberi nikmat dan kesenangan tersebut tanpa redha tetapi nikmat tersebut diberi secara campak kepadanya dan di dalam keadaan marah dan murka daripada Allah SWT. Tanpa disedari oleh pelaku maksiat tersebut, sebab itulah taubat yang dipersembahkan kepada Allah SWT tidak diendahkan oleh Allah SWT, malah Allah SWT telah mentaqdirkan kepadanya sebagai ahli atau penghuni tetap di dalam neraka, sebagaimana Firaun dan Qarun.

Petikan:
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/31/4-perkara-yang-sukar-dilakukan/ & http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/31/4-kelebihan-kerana-melakukan-dosa/

Sunday, July 25, 2010

Masak Lemak Udang + Belimbing Buluh


Sekarang ni klau pi pasar ke pasar tani ke pasar malam ke....  buah-buahan   tempatan sana-sini. Teringin saja nak beli tpi serba-salah juga.... sbb si kecik ku x berapa sihat...... batuknya masih x lega lagi..... badannnya pulak sekejap panas sekejap ok.... dlm pada kempunan nak mkn buah terutamanya buah dokong..... terpandanglah  mak cik jual buah belimbing buluh..... kesian pula bila tengok dia....  Nampak gayanya inilah rezekiku hari ni...... buat masak lemak tentu bestkan...... Jom kita layan resepi ni....

Bahan-bahannya:
300gm udang sederhana besar (dibuang kepalanya dan dibersihkan)
belimbing buluh (byknya ikut suka - jika besar belah 2)
1 batang serai dititik
2 cawan santan
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk:
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
1 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama dengan santan, serai dan panaskan dengan api yang perlahan.
2. Masukkan belimbing buluh. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar dan masukkan daun kunyit.
3. Akhir sekali masukkan udang dan garam serta gula secukup rasa. Bila udang telah masak, tutup api dan sedia untuk dimakan.....

* Pastikan dimasak dgn api yg perlahan.
* boleh juga dimasukkan daun limau purut jika suka
* Jika inginkan pedas boleh masukkan lebih cili api.
SELAMAT MENCUBA...

Saturday, July 24, 2010

BAKAL PEMIMPIN DI MASA DEPAN


Inilah wajah ceria anak2  muridku.... bergaya sakan... apa macam ada gaya bakal pemimpin tak...? Sibuk suruh aku ambil gambar dia orang masukkan kat dlm blog... kot2 ada yg berkenan di hati dan nak berkenalan....  gambar ni diambil selepas kelas sains di makmal sekolah.... dia orang ni nakal..., byk cakap (maklumlah nak jadi pemimpin), suka bertanya itu ini terutamanya ttg kaitan sains dgn kehidupan biologi manusia (kelas ni semua terdiri drp pelajar lelaki 18 orang)... dan  suka juga menyakat aku... memuji aku....  dan juga kaki bodek terutamanya bila mood belajar dah hilang..... Ape2 pun dia orang ni semua rajin belajar.... kerja kemas... tu yg aku suka... Jom layan gambar2 depa...
Dari kiri depan: Farid,  Ilyas, Tun, Azim, Imran, Wan
Belakang: Aiman, Fawwas, Firdaus, Faiz

Friday, July 23, 2010

KUMBANG .....OH..... KUMBANG...

Dah lama rasanya x update blog. Minta maaflah pada rakan2 yang hantar komen dan  mesej krn x sempat nak balas..... intenet kat rumah buat hal.... ingatkan rosak rupa2nya plugnya yg dipasang x rapat jadi... tu yg x dpt update blog. Ini mesti kerja anak bujang aku yg balik  cuti hujung minggu hari tu sbb dia yg sibuk dok ubah  wayar  penyambung kat sana - sini. Ape2 pun x kisahlah sbb semua dah beres.....


Ari ni cerita apa lagi.... cerita pasal kat kebunlah. Dah lama dah dok cari penyebab pasai apa pokok nangka yg satu ni x dpt lagi nak mkn buahnya... Jgn kata nak makan, belum pun buahnya sebesar penumbuk dah dimakan binatang yg entah apapun x pasti. Pokok yang lain dah bbrapa kali dpt makan buahnya.... Belek punya belek ari ni dah jumpa binatang perosaknya..... Seekor kumbang yg aku sendiri pun nilah kali pertama melihatnya..... takutnya tengok mukanya....  korang tengoklah sendiri...... Kami pun pakat dok bagi nama kat dia..... Kumbang bintik...... kumbang ranting (sbb kakinya mcm ranting), kumbang 'devil' sbb mukanya mcm ........ kumbang tanduk panjang... mcm2 lagi... Jika sapa2 tau apa nama kumbang ni bolehlah bagi tau... atau sapa2 nak bubuh nama kira oklah juga....

Kumbang ni kami letak kat dalam botol nak pegang takut kena gigit dan bagi makan putik nangka..........


Pandangan dari hadapan.........


 Tengoklah muncung(sesungut kot) depannya yg panjang mcm ranting kayu......



Lahapnya kumbang ni bila dpt makan putik nangka...

Sunday, July 18, 2010

BIHUN GORENG SIMPLE


Ni menu sarapan pagi tadi... bihun goreng.. lambat sikit msuk blog sebab sibuk sangat......Bihun goreng ni amat sesuai bagi sesiapa yg terlalu sibuk  dgn kerja dan x sempat nak buat sarapan... bahannya yang ringkas saja... rasanya pulak bolehlah tahan... mmg best (syok sendiri) tpi realitinya mmg anak2 suka begitu juga teman2 yg pernah merasanya.... Jom layan resepinya..

Bahan-bahannya: ( hidangan untuk 6 - 8 orang)
1 bungkus bihun - lebih kurang 400gm (direndam 10 -20 minit)
200gm udang - dibuang kulit
2 ketul dada ayam dipotong dadu
5 sudu besar sos tiram
1 batang karot - dipotong nipis memanjang
kubis dipotong
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu besar lada hitam dtumbuk halus
2 ulas bawang putih-diketuk
2 ulas bawang merah-diketuk

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan udang dan isi ayam.
3.  Apabila ayam dah masak, masukkan karot , kubis serta gula dan garam secukup rasa. kacau rata.
4. Akhir sekali toskan bihun dan masukkan ke dalam kuali.. kacau hingga sekata. Jika  bihun agak keras, masukkan sedikit air.
5. Balik2kan bihun, goreng hingga masak/lembut.
6. Siap untuk dimakan....

*Sayur boleh dimasukkan ikut kesukaan masing2
*Ayam atau udang boleh digantikan dgn daging atau sotong
*Kalau nak lagi pedas boleh dimasukkan lada sulah
* Amat enak jika dimakan dengan kicap dicampur cili api....(X sempat nak buat)

Friday, July 16, 2010

KARI PEDAS ITIK


Lunch ari ni kari lagi. Tapi tukar selera pulak.... kari itik.... Pagi tadi pi pasar tani tengok ada jual daging itik. Wah klau msak kari sedap....Dah beli semua kelengkapan apa lagi.... jom balik masak.....

Bahan-bahannya:
1/2 ekor itik - lebih kurang 1 kilo (potong ikut suka, dibersihkan dan direbus lebih kurang 20 -30 minit untuk melembutkan daging itik)
1 bungkus rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu besar kerisik
1 cawan air
*2 cawan santan
*Garam secukup rasa
(Semua bahan di atas kecuali santan dan garam diperap bersama daging yang telah direbus)

Bahan tumis:
2 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga (byknya ikut suka)
1 tangkai daun kari
1 batang serai ditik
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara membuatnya:1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga kekuningan (naik bau)
2. Masukkan daging itik yg telah diperap tadi. Kacau rata.
3. Masak sehingga masak rempahnya (naik minyak)
4. Masukkan santan dan garam secukup rasa.. Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala. Masak sehingga kuahnya agak pekat.... angkat dan bolehlah dihidangkan....

*Jika ingin lebih pedas tambahkan cili kisar.
* Jika menggunakan periuk tekanan x perlu rebus terlalu lama.
* Untuk menghilangkan bau  pada daging itik, basuh dengan tepung gandum dan bahagian tongkengnya hendaklah dibuang...




Wednesday, July 14, 2010

KARI AYAM + REBUNG

Ni adalah lunch semalam... x sempat nak msuk blog.....sibuk sgt. Maklumlah.... anak2 dah balik ke asrama .... jadi semua kerja kena buat sendiri.......ape2 pun jom kita layan resepi kari ni......

Bahan-bahannya:
8 ketul ayam (besarnya ikut suka)
1 bungkus rempah kari daging
3 batang rebung - dipotong memanjang
2 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan tumis:
2 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
sedikit halia dimayang
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
1 tangkai daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
1. Gaulkan ayam, rempah kari, bahan tumbuk ,rebung dan sedikit air.(perap)
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan ayam yg telah diperap tadi. Kacau rata.
4. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan santan. Perlahankan api supaya santannya tidak pecah.

6. Kacau sekali sekala. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih lebih kurang 5 minit (lamanya ikut suka)
7.Angkat dan hidangkan dengan nasi panas2........


Tuesday, July 13, 2010

UBI KAYU GORENG BEREMPAH

Sarapan ari  ni paling simple..... kesukaan my hbb... apalagi buah tangan dari kampung. Ubi kayu yg byk ditanam keliling rumah... Klau kat bandar semua ni kena beli.... nak tanam mcm mana x dak tanah.. Kat kampung pi saja cabut kat tepi rumah.... tu lah bila dok kg jimat kos sbb x payah beli benda2 mcm ni... Jom tengok resepi pagi ni......

                                    Ubi kayu yang telah diperap dengan rempah

Bahan-bahannya:
Beberapa ketul ubi kayu (dibersihkan dan dipotong memanjang)
Minyak untuk menggoreng

Bahan tumbuk:
Sedikit ketumbar
1 sudu kecil kunyit serbuk @ 1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan tumbuk dengan ubi kayu.
2. Perapkan lebih kurang 10 - 15 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan bolehlah  dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal kicap.

Selamat Mencuba........

Monday, July 12, 2010

SUASANA KAMPUNG MENGAMIT RASA..........



Jenis pokok ubi yang digunakan untuk membuat kerepek/kuih


   Jenis pokok ubi untuk  direbus atau digoreng


Antara pokok herba/ubat-ubatan di sekeliling rumah





Ni lah gambar2 yg sempat dirakamkan semasa kat kg.  Minggu ni asyik cerita pasal kg ajelah..... maklumlah baru balik kg yg dah lama x balik... bila balik seronoknya sbb sekarang tengah musim buah.... tpi yg boleh makan cuma buah rambutan dan jambu air aje... yg lain belum masak lagi....dpt tengok ajelah..... Suasana di kg ni cukup tenang dengan kehijauan pokok2 keliling rumah.... anakku yg kecik seronok bukan main dpt kejar ayam dengan itik.....  badannya pulak penuh digigit nyamuk ..... tpi tu kan biasa .... nyamuk nak rasa darah orang bandarlah pulak... mujurlah gigitannya x berbekas.....

                           Pokok buah naga sedang berbunga dan
                            buahnya yang telah masak.......sedapnya....

Sunday, July 11, 2010

YAHOOO.....BALIK KAMPUNG

Dah beberapa hari dapur x berasap.... ari ni dah mula berasap... Hujung minggu antar anak2 balik . Sorang kat UTM KL dan sorang lagi kat UTM Skudai... apa lagi dpt lah balik kg  kat Kota Tinggi yang dah hampir dua thun x balik... Begitulah adat dunia ari ni... dulu kerap balik nak jumpa org tua... tpi sejak mak mertua dah meninggal dah jarang balik...... itu pun nasib ada anak belajar kat sana dpt balik la juga... sambil menyelam minum air kata org... Kami bertolak ke Johor pada pagi Jumaat... Perjalanan yg menenangkan krn cuaca yg x berapa panas ..... mendung saja sepanjg perjlnan.... lebuhraya pula x brp sibuk...... Ada le terserempak bbrpa kemalangan kecil... tapi  ada satu kemalangan yang menakutkan iaitu sebuah kereta terbakar. Kemalangan itu berlaku berhampiran susur keluar Batu Pahat dan Yong Peng menghala ke Utara..Semasa kami sampai  di situ ...api sedang marak ... dan kenderaan ke utara tidak dibenarkan melalui jln tersebut..... Waktu itu kereta bomba dan ambulan belum lagi kelihatan... Apa le nasib si pemandunya tidaklah diketahui krn x berani nak berhenti lama2 kat lorong kecemasan lebuhraya krn bahaya.... Kami cuma memerhati dari dlm kereta saja..... Kami pun meneruskan perjalanan ke Selatan....... krn mengejar waktu... untuk mengambil kunci asrama sebelum 5.00 petang....



BERHATI-HATI DI JALAN RAYA........ NAHAS TIDAK MENGENAL SIAPA ANDA......
JADI......BERWASPADALAH...

Thursday, July 8, 2010

NASIB SI BATU GILING.......


Beginilah nasib si batu giling... sudah tidak diperdulikan lagi......terdampar sepi  tanpa memberi erti kpd anak2 zaman ini. Kalau dulu rumah yang tiada batu giling seolah-olah x lengkap. Sewaktu aku berumur belasan tahun, ini  sahabatku yang setia membantu tugasku menggiling rempah untuk dibuat kari/gulai... Batu giling inilah yg mengajar erti kesabaran..... krn untuk menghasilkan rempah yang digiling halus bukannya mudah jika tidak pandai untuk menggunakannya. Semangat juga kena kuat krn batu ini tersangatlah berat... belum lagi panas tangan dek mengadun cili kering dan rempah semasa menggiling. Dlm seminggu 4-5 kali terpaksa menggiling rempah. Penatnya usah cakap le.....Orang utara kan suka masak gulai jadi terpaksalah menggilingnya berbatu-batu. Anak2ku juga pernah tanya apa guna batu giling ni....depa tergelak bila bagi tau fungsinya.... dan aku kata nilah caranya orang dulu bersenam x payah pi gim macam ari ni......
Tapi itu cerita dulu..... kini semuanya mudah cuma orangnya juga jadi semakin malas.... Hari ni masak pakai campak aje dah jadi...x perlu susah2... nak lagi senang pi kedai pakai tunjuk saja apa yang nak... asalkan ada duit semua jadi......hidup hari ni dah kurang cabaran.... Aku pun dah hampir berbelas tahun x pegang benda tu..... apatah lagi anak2. Kini batu giling hanya terbiar di belakang rumah....begitulah nasib si batu giling.......

Wednesday, July 7, 2010

KARI IKAN + TIMUN


Lunch ari ni, masak kari aje... org kedah kata gulai. Ape2 pun sama aje... Selalu sgt masuk bendi dlm kari.. ari kita buat cara org lama masuk timun pulak...sesekali tukar selera.. betoi tak. Bahan2 nak buat kari ni tak susah dah ada serbuk kari ready made... kalau dulu nilah lauk yg paling susah sbb nak kena giling rempah, kopek kelapa, kukur kelapa dan mcm2 lagi..  tulah orang dulu2 pakai kebaya sbb pinggang ramping mcm kerengga.... x payah pi kat gim bersenam. Semua kerja tu kira bersenamlah.....Jom tengok apa bahan2 nak buat kari ni...

Bahan-bahannya:

4-5 ketul isi ikan (ikan ape2 pun boleh ikut kesukaan anda)
1 biji timun (dibelah dua dan dipotong menyerong)
2 cawan santan
1 mangkuk kecil air asam jawa (ikut suka byk mana nak taruh)
1 bungkus rempah kari ikan - digaul dengan sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan tumis:

2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2 .Masukkan rempah. Kacau rata. Masukkan air asam jawa.
3.  Kemudian masukkan timun. Masak sehingga rempah masak. (pecah minyak)
4. Masukkan santan kacau rata. Apabila mendidih masukkan ikan dan garam secukup rasa.
 5. Biarkan kari itu mendidh lebih kurang 5 minit. Kacau sekali-sekala. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Kalau x suka timun boleh digantikan dengan yg lain.....

Tuesday, July 6, 2010

PERIA GORENG PEDAS

Ari ni menu biasa aje... anak2 dah tarik muka sbb x suka mkn peria krn rasanya pahit.. .. Anak2 zaman moden ni mana nak mkn sayur mcm tu.....katanya x sedap.. Oleh krn my hubby suka.... buat ajelah...Periakan bagus untuk kesihatan.... orang dulu2 makan sayur-sayuran semuanya ada kaitan dengan kesihatan secara semulajadi x bahan awet... Tpi sekarang orang lebih suka makan makanan kesihatan yang ready made dlm bentuk pil katanya lebih mudah dan senang....Apa2 pun... lu pikirlah sendiri......

Bahan-bahannya:

1 biji peria (dibelah 2 dibuang bijinya dan dipotong  serta direndam dalam air garam selama lebih kurang 10 minit)
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
sedikit minyak
sedikit air

Bahan tumbuk:

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi
sedikit ikan bilis
sedikit belacan
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk sehingga hampir garing.
2. Kemudian masukkan peria, kunyit serbuk dan sedikit air.
3. Kacau rata, Apabila peria dah masak bolehlah diangkat...


* Peria direndam dalam air garam, katanya dapat mengurangkan rasa pahit.... tpi dr dulu dok buat mcm tu x hilang pun rasa pahitnya......
* Kalau nak lebih pedas... lebihkan cili padi... pasti terangkat punye..

Monday, July 5, 2010

MAKARONI GORENG ALA MELAYU

Malam tadi oleh krn semua x nak mkn nasi... buka kabinet nampak ada makaroni... buka pulak peti sejuk tengok ada benda2 yang boleh join dengan makaroni... jadi apa lagi  masak makaronilah mlm tadi... Nak masak ala barat x berapa nak pandai... jadi goreng ajelah cara org melayu....Jom layan resepinya....

Bahan-bahannya:

300 gm makaroni - direbus hingga masak dan toskan (masukkan 2 sudu minyak ke dalam air mendidih)
3 ketul dada ayam - potong dadu
1 biji lada benggala merah - dipotong
1 biji lada benggala hijau - dipotong
 sayur campur (byknya ikut suka)
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
brokoli - dipotong (byknya ikut suka)
5 sudu besar tomato puri
5 sudu besar sos cendawan
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 genggam udang kering
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
2 labu bawang besar

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, sos cendawan dan tomato puri. Kacau rata. Masak sehingga pekat.
3. Masukkan isi ayam. kacau sehingga ayam masak.
4.Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa dan semua sayuran yang telah dipotong serta cendawan. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan makaroni. kacau sehingga rata. Biarkan sebentar.
6. Angkat dan bolehlah dihidangkan.......

* Masukkan sayur ikut kesukaan anda

Saturday, July 3, 2010

AWAS......... BIAWAK MELINTAS......


Memenuhi undangan perkahwinan memang x pernah miss....apatah lagi dr rakan sekerja. Kebetulan ari ni hujan lebat ..... aku pulak dah x msak kat umah sbb nak makan kenduri......sebaik saja hujan berhenti...kami sekeluarga pun berangkatlah ke majlis jamuan....Sedang mencari tempat nak parking kereta...... tiba2 aku terlihat ada benda bergerak2 di tepi longkang.....Sedang mengamati benda yang bergerak tu......anak aku memekik melihat seekor biawak berjalan naik ke atas jalan menuju ke kereta...Wah.... besarnya biawak tu.....dah macam buaya.  Tengoklah panjangnya yg hampir 6 kaki atau lebih..Kami semua x berani nak keluar dari kereta manalah tau kot2 kena ngap........Oleh krn x berani  nak keluar, kamera pulak x bawa jdi ambil gambar pakai handset saja dari dalam kereta....Kami tunggu dalam kereta hampir 20 minit menunggu biawak itu melintas ke longkang sebelah sana... Cubalah tengok perutnya tu..... rasanya budak kecik pun boleh dia ngap..... Seumur hidup aku nilah biawak terbesar yg pernah aku tengok... apa reaksi anda....?



AWASI ANAK ANDA DI MANA IA BERADA........

Thursday, July 1, 2010

Tomyam Cendawan

Kelmarin dah makan macam2 lauk, ari ni msk yg simple saja.....Seblm pi kerja sempatlah juga masak tomyam cendawan dgn  ikan goreng saja. Mujur anak2 x kisah bedal semacam aje... balik kerja  tengok dah hampir licin tapi adalah juga depa simpan kat maknya..... dptlah rasa...yang penting apa yg kita msk diorang mkn...seronok rasanya.... Betoi dak?.. My hb ni klau masak tomyam  dia kata masak orang malas sebab main campak aje... Tpi apa pun dia mkn juga mulut aje pandai komen...bukan dia yang nak masak.... Bedal tetap bedal.... Buat rakan blog QC nilah menu ari ni.... Ok tak?

Bahan-bahannya:

200gm cendawan tiram kelabu
1 ketul dada ayam dipotong dadu
1 batang daun saleri dipotong
1 batang karot - dipotong
2 biji tomato - dipotong 6
5 biji cili api - diketuk
1 batang serai - dititik
1 inci halia - diketuk
2 ulas bwng merah -diketuk
1 ulas bawg putih - diketuk
2 biji limau nipis - diperah ambil airnya sahaja
Beberapa helai daun limau purut
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Masukkan air, ayam, serai, cili api, halia, bawang ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih
2. Apabila mendidih , masukkan karot, daun limau purut dan air limau nipis. Kacau.
3. Akhir sekali masukkan tomato, daun saleri dan cendawan serta garam secukup rasa...
4. Angkat dan boleh dihidangkan....    Cukup mudah.....

* Selain sayur di atas bolehlah ditambah sayur lain ikut kesukaan....
Related Posts with Thumbnails