Followers

Sunday, July 18, 2010

BIHUN GORENG SIMPLE


Ni menu sarapan pagi tadi... bihun goreng.. lambat sikit msuk blog sebab sibuk sangat......Bihun goreng ni amat sesuai bagi sesiapa yg terlalu sibuk  dgn kerja dan x sempat nak buat sarapan... bahannya yang ringkas saja... rasanya pulak bolehlah tahan... mmg best (syok sendiri) tpi realitinya mmg anak2 suka begitu juga teman2 yg pernah merasanya.... Jom layan resepinya..

Bahan-bahannya: ( hidangan untuk 6 - 8 orang)
1 bungkus bihun - lebih kurang 400gm (direndam 10 -20 minit)
200gm udang - dibuang kulit
2 ketul dada ayam dipotong dadu
5 sudu besar sos tiram
1 batang karot - dipotong nipis memanjang
kubis dipotong
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu besar lada hitam dtumbuk halus
2 ulas bawang putih-diketuk
2 ulas bawang merah-diketuk

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan udang dan isi ayam.
3.  Apabila ayam dah masak, masukkan karot , kubis serta gula dan garam secukup rasa. kacau rata.
4. Akhir sekali toskan bihun dan masukkan ke dalam kuali.. kacau hingga sekata. Jika  bihun agak keras, masukkan sedikit air.
5. Balik2kan bihun, goreng hingga masak/lembut.
6. Siap untuk dimakan....

*Sayur boleh dimasukkan ikut kesukaan masing2
*Ayam atau udang boleh digantikan dgn daging atau sotong
*Kalau nak lagi pedas boleh dimasukkan lada sulah
* Amat enak jika dimakan dengan kicap dicampur cili api....(X sempat nak buat)

9 comments:

anis said...

salam zurena.
sy mmg suka sgt bihun. dr zmn budak2 sampai jd mak budak cuma jarang masak sbb suami n anak2 lbh suka mkn mee kuning.
sup kambing sy masih byk, jd sy nak celurkan bihun esok. hehe...

cikmanggis said...

selamat pai..pepagi gini nampak bihun..rasa lapar perut ni..ingat nak makan roti je..ei tak boleh jadi ni..kena goreng mi:)

moklong said...

kak klu breakfast...mmg sy suka wak bihun nih hah...senang...lbh2 lg klu ada tetamu kat rmh...

Adry@Daun said...

Salam kak ena, rasanya bihun tu dh tak berapa simple sbb buh mcm2. Kalau yg simple,ada sayur kobis je..he3..

sweetsal said...

akak suka bihun macam ni..simple tp sedap..jarang2 buat mee kuning..memamg feberet akak bihun ni..terliuq pulak tengok...

nurulhuda said...

sedanye bihun akak ni.. de ms sy nk cuba lah. mak sy byak beli bihun ni. blhlh cuba resepi akak ni.

nurul said...

mmg ade kelainan resepi akak ni. sy dh lm tak update blog sy.

Yan said...

simple tapi sedap...ok lah tu...

Pirates said...

sedapppnya..sya dah bawak pinggan da ni..heeeeeeeee

Related Posts with Thumbnails