Followers

Friday, July 16, 2010

KARI PEDAS ITIK


Lunch ari ni kari lagi. Tapi tukar selera pulak.... kari itik.... Pagi tadi pi pasar tani tengok ada jual daging itik. Wah klau msak kari sedap....Dah beli semua kelengkapan apa lagi.... jom balik masak.....

Bahan-bahannya:
1/2 ekor itik - lebih kurang 1 kilo (potong ikut suka, dibersihkan dan direbus lebih kurang 20 -30 minit untuk melembutkan daging itik)
1 bungkus rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu besar kerisik
1 cawan air
*2 cawan santan
*Garam secukup rasa
(Semua bahan di atas kecuali santan dan garam diperap bersama daging yang telah direbus)

Bahan tumis:
2 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga (byknya ikut suka)
1 tangkai daun kari
1 batang serai ditik
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara membuatnya:1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga kekuningan (naik bau)
2. Masukkan daging itik yg telah diperap tadi. Kacau rata.
3. Masak sehingga masak rempahnya (naik minyak)
4. Masukkan santan dan garam secukup rasa.. Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala. Masak sehingga kuahnya agak pekat.... angkat dan bolehlah dihidangkan....

*Jika ingin lebih pedas tambahkan cili kisar.
* Jika menggunakan periuk tekanan x perlu rebus terlalu lama.
* Untuk menghilangkan bau  pada daging itik, basuh dengan tepung gandum dan bahagian tongkengnya hendaklah dibuang...




10 comments:

Adry@Daun said...

Salam kak ena,
Bestnya gulai itik. Dh lama tak merasa gulai / kari itik ni. Saya biasa mkn gulai itik nila atau serati kata org Kelantan. Kat sin takdak pula org jual itik..huhu..

zurena said...

Kalau kat alor setar ni senang dpt itik... akak selalu beli kat pasar tani mergong atau pasar hari dekat Tok Jalai setiap jumaat...

izahdaut said...

teringat itik kat kampung.kalau sembelih mesti buat kari itik..nanti boleh try buat kari pedas ni pulak.makan ngan roti jalan..ok gak kan?

zurena said...

kari itik makan dgn ape pun best...

anis said...

salam zurena.
suami sy suka mkn itik. tp kat klate ni ada itik nila je. anak yg ke 2 pn ikut selera suami. selalunya dimasak kerutup atau gulai.:))
sy plk tak penah masak cuma beli dah siap masak je.:))

Khairunnisa' said...

Hmm, sebelum ni tak pernah Nisa makan kari itik. Sedapkah? =)

Pernah ada experience yang bila Nisa letak cili kisar, rasa karinya sudah tada. Rasa cili kisar tu berlebih, tapi lauknya masih tak pedas. Kenapa ya?

zurena said...

to nisa'...
cuba letak cili serbuk lak... nak rasa lebih kari letakkan serbuk kari lebih sikit... Kari itik klau kena gaya masakknya mmg best... buat kurma pun sedap gak.....

obat mata herbal said...

mg bermanfaat..

MAJ said...

macam mana nak masak itik style kedai tepi Chin Hin Mergong.. Sedap walaupun pedas

MAJ said...

ada sapa² pernah makan situ tak?

Related Posts with Thumbnails