Followers

Monday, March 14, 2011

Persenda Azan: PPIM Mahukan Tindakan Tegas

14/03/2011 12:55pm
Sumber: Utusan Online


KUALA LUMPUR 14 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman Youtube.
Pegawai Kerja PPIM, Mustaffa Hamzah berkata, klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperlekeh dan memperkecilkan amalan agama Islam.
"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.
"Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
Mohd Mustaffa berkata, masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. - Bernama

Ulasan: Sesungguhnya laungan azan itu menyeru kita ke arah kebaikan...

Daging Kicap Kacang Panjang


Ari ni punya menu ringkas aje. Semua bahan yg nak diguna semua dah ada. Rasanya lama dah juga x masak daging kicap ni... ari ni kira jadilah... Jika ada anak2 x gemar makan sayur cubalah resepi ni... kot2 terbuka selera diaorang.  Kot nanti yg tinggal dlm pinggan cuma kacang panjang aje... dagingnya habis dibedal.....ape2 pun kita cubalah dulu resepi ni...

Bahan-bahannya:
 Daging - dipotong nipis (dibersih dan toskan kemudian gaulkan dgn garam kunyit)
kacang panjang -dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dihiris menyerong
sedikit kicap - banyaknya ikut suka
sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan daging. Kacau rata. Masak sehingga daging masak.
3. Masukkan kacang panjang, cili merah, bawang besar dan kicap.
4. Kacau rata. Dah siap. Bolehlah dihidangkan.


*Kacang jangan dimasak terlalu lama. Akan hilang kerangupannya.
* Jika x suka kacang panjang boleh digantikan dgn kacang buncis ataupun kentang.

Chong Wei Juara Lagi

 CHONG Wei  tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.
 Sumber: Berita Harian On line 14/03/2011

CHONG Wei tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.
Jinak Lin Dan dalam final Seluruh England

BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.
Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.
Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.
Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

Ulasan: Tahniah buat Datuk Lee Chong Wee. Malaysia Boleh.


Sunday, March 13, 2011

Berita Harian Mohon Maaf

Sumber: Berita Harian Online
2011/03/13

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.
Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian  bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

PENGARANG .


Sumber dari Malaysiakini:

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

berita harian ultraman cartoon japan earthquakeKartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

NONESatu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.

Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun
yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.
  Ulasan: Walaupun nampak kartun tu lucu... tapi secara x langsung kita dah menyakiti hati org lain.. Jgnlah kita mentertawakan org2 yg dlm penderitaan dan kesusahan. Bersyukurlah kerana kita tidak lagi diuji dengan malapetaka sedasyat itu. Fikirlah jika kita berada di tempat mereka.

Jemput-jemput Udang Padang


Pergi pasar tani tengok ada udang padang... bestnya kalau buat jemput2. Ditambah pulak dgn jagung manis.... x cukup sepinggan ni.... apa lagi nilah menu sarapan ari ni.... jemput2 udang padang..Kalau x caye cubalah buat... pasti best punya...

Bahan-bahannya:
Udang padang - dibersih dan toskan
1-2 jantung jagung - dihiris
1 labu bawang besar
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung tempura
garam secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali minyak dan air.
2. Gaul semua bahan dan masukkan air mengikut kepekatan yg dikehendaki. Kacau hingga sebati. Masukkan 1 sudu minyak masak. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dlm kuali dan gorenglah jemput2 tu hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.


* Jika tidak ada udang padang bolehlah digantikan dengan udang biasa ataupun ikan bilis.
* Minyak masak dimasukkan dlm adunan supaya lebih rangup.

Saturday, March 12, 2011

JEPUN RANAP

sumber: Berita Harian Online
2011/03/12

  
Foto
Foto


TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.
Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.
“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters

Ulasan: Kuasa Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya walaupun sedetik...Kejadian ni adalah ikhtibar untuk kita semua dan ada hikmah disebalik mala petaka yang berlaku...sama2lah kita memanjatkan rasa syukur kepadaNya krn kita masih lagi diberi peluang utk meneruskan hidup dan menginsafi apa yg berlaku..... 











Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung


Salam buat semua rakan blogger. Rasanya dah lama x up date blog....  dah lama x mengadap laptop  dan bw...ari ni adalah mood nak melayari internet ... sbb nak ikuti perkembangan tsunami.... maka dgn tiba2 mood nak up date blog pun dtg... mmg banyak resepi yg terkumpul.....Ari ni nak berkongsi resepi masak lemak cili api....oleh krn yg ada cuma ikan kembung ok aje lah tu....Jom layan resepinya...


Bahan-bahannnya:
Ikan kembung - (digaul garam kunyit dan digoreng garing)
1 1/2 santan
1 helai daun kunyit
1 batang serai - dititik
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah - dihiris menyerong

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
kunyit hidup
Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk, santan, asam keping, daun kunyit dan serai ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya tidak meruap.
3. Apabila  telah mendidih masukkan ikan kembung, cili merah dan gula dan garam secukup rasa.
4. Biarkan  mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Lebih 1,000 Dikhuatiri Mangsa Tsunami

 
12/03/2011 3:16am

TOKYO 12 Mac - Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat. - Reuters.

Sumber: Utusan Online.
Related Posts with Thumbnails