Followers

Saturday, March 12, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung


Salam buat semua rakan blogger. Rasanya dah lama x up date blog....  dah lama x mengadap laptop  dan bw...ari ni adalah mood nak melayari internet ... sbb nak ikuti perkembangan tsunami.... maka dgn tiba2 mood nak up date blog pun dtg... mmg banyak resepi yg terkumpul.....Ari ni nak berkongsi resepi masak lemak cili api....oleh krn yg ada cuma ikan kembung ok aje lah tu....Jom layan resepinya...


Bahan-bahannnya:
Ikan kembung - (digaul garam kunyit dan digoreng garing)
1 1/2 santan
1 helai daun kunyit
1 batang serai - dititik
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah - dihiris menyerong

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
kunyit hidup
Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk, santan, asam keping, daun kunyit dan serai ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya tidak meruap.
3. Apabila  telah mendidih masukkan ikan kembung, cili merah dan gula dan garam secukup rasa.
4. Biarkan  mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

6 comments:

Cendana Kasih said...

special gak respi ni yer sbb ikan digoreng dulu..mesti lagi sedap kan, sb ikan tu pejal jer, tak mudah pecah :)

Sheila Shafea said...

Salam sdp npk ikan msk lemak tu...jee kalau di grg dulu mmg sdp..ikan keli pun best buat masak cam ni...atau salai..nak rasa sikit...

cacing said...

aduyai... mengiurkan sungguh! masak tuk cacing leh tak?

zurena said...

to Cendana Kasih..

Mmg suka ikan tu digoreng dulu... sbb ikannya x hancur bila masak nanti..

zurena said...

to Sheila Shafea..
Ikan keli disalai buat masak lemak cili api ... bestnya...

zurena said...

to cacing..
Nak makan mai lah singgah kat umah..

Related Posts with Thumbnails