Followers

Monday, July 5, 2010

MAKARONI GORENG ALA MELAYU

Malam tadi oleh krn semua x nak mkn nasi... buka kabinet nampak ada makaroni... buka pulak peti sejuk tengok ada benda2 yang boleh join dengan makaroni... jadi apa lagi  masak makaronilah mlm tadi... Nak masak ala barat x berapa nak pandai... jadi goreng ajelah cara org melayu....Jom layan resepinya....

Bahan-bahannya:

300 gm makaroni - direbus hingga masak dan toskan (masukkan 2 sudu minyak ke dalam air mendidih)
3 ketul dada ayam - potong dadu
1 biji lada benggala merah - dipotong
1 biji lada benggala hijau - dipotong
 sayur campur (byknya ikut suka)
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
brokoli - dipotong (byknya ikut suka)
5 sudu besar tomato puri
5 sudu besar sos cendawan
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 genggam udang kering
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
2 labu bawang besar

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, sos cendawan dan tomato puri. Kacau rata. Masak sehingga pekat.
3. Masukkan isi ayam. kacau sehingga ayam masak.
4.Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa dan semua sayuran yang telah dipotong serta cendawan. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan makaroni. kacau sehingga rata. Biarkan sebentar.
6. Angkat dan bolehlah dihidangkan.......

* Masukkan sayur ikut kesukaan anda

7 comments:

piewahid said...

samalah kita...
kalau org umah saya goreng cenggini, pandailah saya makan...

Ina said...

x prnh buat makaroni goreng...nnt blh try la..tq kak sbb share resepi nih..

nabilah_2908 said...

oh..sedapnya...kalau sy buat...sy suka lebihkan sos cili..lagi best.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLUEBERRY WAFFLE

zurena said...

sesekali makanan barat buat ala melayu..... sbb x pandai sgt msak ala barat

Ayu said...

salam zurena,
alahai..baru perasan kat blogger profile tu, your age..hehe..tahun 66 ke 67 ya?..kalau gitu, kita seangkatanlah ya..hehe

zurena said...

salam ayu...
thn 66 dah nak dpt menantu.....

ozzy said...

assalam..

tak pernah lagi makan makanan ni..nampak mcm sedap tu

Related Posts with Thumbnails