Followers

Tuesday, July 6, 2010

PERIA GORENG PEDAS

Ari ni menu biasa aje... anak2 dah tarik muka sbb x suka mkn peria krn rasanya pahit.. .. Anak2 zaman moden ni mana nak mkn sayur mcm tu.....katanya x sedap.. Oleh krn my hubby suka.... buat ajelah...Periakan bagus untuk kesihatan.... orang dulu2 makan sayur-sayuran semuanya ada kaitan dengan kesihatan secara semulajadi x bahan awet... Tpi sekarang orang lebih suka makan makanan kesihatan yang ready made dlm bentuk pil katanya lebih mudah dan senang....Apa2 pun... lu pikirlah sendiri......

Bahan-bahannya:

1 biji peria (dibelah 2 dibuang bijinya dan dipotong  serta direndam dalam air garam selama lebih kurang 10 minit)
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
sedikit minyak
sedikit air

Bahan tumbuk:

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi
sedikit ikan bilis
sedikit belacan
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk sehingga hampir garing.
2. Kemudian masukkan peria, kunyit serbuk dan sedikit air.
3. Kacau rata, Apabila peria dah masak bolehlah diangkat...


* Peria direndam dalam air garam, katanya dapat mengurangkan rasa pahit.... tpi dr dulu dok buat mcm tu x hilang pun rasa pahitnya......
* Kalau nak lebih pedas... lebihkan cili padi... pasti terangkat punye..

7 comments:

AdryDaud said...

Salam, sy suka peria ni. Yg goreng mcm ni atau mkn mentah sbg ulam je. Peria ni byk khasiatnya. Lg pn ia tak pht mcm peria yg dulu2.

AdryDaud said...
This comment has been removed by the author.
☺[ai][sUmi]☺Chan said...

menu fav sumi nih.. mula2 dulu xsuke jugak.. tp bila mami dah masak slalu jadi fav..

moklong said...

akak tau x mcm mn nk buat peria goreng bcili...sy x suka yg letak telur...

zurena said...

x brpa tau sbb rasanya dah lama x buat..

Temuk said...

Assalamu'alaikum Pn Zurena
Mohon izin singgah. Terima kasih menjadi pengikut blog saya. Sayur peria tu memang enak walau pahit. Isteri saya (asal dari Kuala Kedah) pun sukakannya. Selalu kami tumis peria yg kecil menggerutu tu (peria katak?). Pn Zurena nampaknya memang pakar memasak (bab masak memasak ini juga amat saya gemari). Makaroni goreng tu memang lazat! Akan mengikuti paparan seterusnya. Terima kasih.

zurena said...

Waalaikumsalam En Temuk...
Terima kasih krn sudi singgah kat dapur saya. Saya ni bukanlah pandai masak sangat... untuk keluarga dan kawan2 tu bolehlah....Isteri En. orang kuala kedah... saya dulu dok taman kat RTM... x jauh dah tu... Kalau sudi rajin2lah singgah kat blog ni... boleh kongsi pengalaman dan idea...

Related Posts with Thumbnails