Followers

Friday, July 30, 2010

SUP AYAM KAMPUNG



Tentu ramai yg x  gemar makan ayam kampung.... katanya x sedap sbb dagingnya yg liat,  lambat dan leceh untuk dimasak.... Tpi bagi aku ayam kg adalah yg terbaik utk dimakan krn rasanya yg semulajadi dan juga selamat utk dimakan krn x kena suntik kat sana kat sini.......... lagi pun ayam kg ni baik utk org yg berpenyakit..... Itu pun cuma pendapat aku ajelah x buat kajian lagi da.... Jom kita layan resepi kita ari ni.....

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
1 inci halia ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
Garam secukup rasa.
Sedikit bawang goreng.

Cara Membuatnya:
1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.
2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.
3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.
5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

12 comments:

zeyrulez said...

ummmmmmmmmm...sedapnye! hee

Kak Rosaliza said...

Salam zurena..saya pun tak pernah buat sup ayam kg...selalu kari je itu pun mak mertua yg masak heheh

Adry@Daun said...

Salam kak ena, ayam kg mmg best sbb isinya bbeza dgn ayam daging. Plg sdp digulai kari.Tp kalau goreng mmg keras la jwbnya.

Mohd Fadil said...

sedapnya sup ayam kampung ni..dah lama tak makan..selalu sup ayam bandar jer..tapi kalau dapat sup burung wak-wak, lagi sodap...

sarah shafie said...

sedapnye..

cikmanggis said...

Susah & mahal ayam kampung ni.Mmg sesuai masak sup tapi anak-anak tak suka sebab katanya isi kurang:)

indahhouse said...

Salam kak zurena,
ayam kampung sedap, kan? manisnya pior gitu. dulu ms raya, mama saya slalu buat nasi dagang, gulai ayam kampung ni. skrg dah tak susah, kat pasar dah ada jual yg siap. balik cuma masak jer. cuma harga mahal kat sini...huhu. rindu ayam kampung.

zurena said...

ayam kg ni mmg mahal tpi berbaloikan....kat alor setar ni harganya boleh tahan sekitar RM10-12 sekilo...betoi kata adry ayam kg kalau digoreng x lah nak cerita... burung wak2 pun sedap buat sup tpi kat mana boleh dapat fadhli....

piewahid said...

kat temerloh dulu ada sebuah kedai makan yg khusus menjual sup ayam kampung berhampiran trafik light simpang temerloh jaya.

skang kalau nak makan, terpaksa masak sendiri.

tiap2 minggu saya pergi makan. sampai berpeluh2 tiap kali makan. sedap dan berkhasiat!

p/s- saya lebih suka ayam kampung sbb asal org kampung...:)

deeTha H said...

salam singgah & salam perkenalan dari seberang,
sedapnya sop ayam kampung nih, ayam kampung memang lebih sehat ya :)

Yan said...

Sodapnya k ina ooiii..makan dgnnasi panas...perrghhh

ozzy said...

Assalam..

Saya memang penggemar ayam kg..tapi kat kl ni byk jual ayam kg cucuk jadi rasa & khasiatnya x pure lagi macam ayam bela di kampung

"AYAM DAGING APAKAH KHASIATNYA"

Related Posts with Thumbnails