Followers

Wednesday, January 12, 2011

Murtabak Roti


Ni menu sarapan pagi ari ni... cukup mudah, berkhasiat dan mengeyangkan. Amat sesuai utk kanak2. Boleh juga dibekalkan ke sekolah. Elakkan anak2 kita membeli makanan yg kurang berkhasiat yg dijual di sekolah. Masa penyediaannya x sampai 10 minit dah siap. Jom layan resepinya.....

Bahan-bahannya:
Beberapa keping roti gardenia - dipotong 4
1 ketul ikan sardin tin (Boleh digantikan dgn daging cincang)
1 labu bawang besar- dipotong
2 butir telur
sedikit mentega.
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
1. Lenyekkan ikan sardin sehingga hancur.
2. Kemudian masukkan bawang dan garam secukup rasa.
3. Pecahkan telur ke dalam campuran tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega.
5. Celupkan roti ke dalam campuran tadi. Balik2kan supaya ianya bersalut pada roti.
6. Masukkan kedlm kuali, masak hingga keperangan...


*Jika inginkan rasa pedas, bolehlah dimasukan hirisan cili.....

4 comments:

misSbLurRy said...

boleh try nie..utk buat bisnes nye subject..thanx a lot

Mr. Mama said...

nak 1 boleh...sedap nengok tu...

zurena said...

Klau rajin buat bisnes ok tu...

Melati Qistyna's Mummy said...

bleh try nie, si gurl pon hr2 nk kena bwk bekal, x pandai belanja sgt g :)

Related Posts with Thumbnails