Followers

Monday, January 17, 2011

Masak Lemak Telur Tenggiri


Ari tu dah buat kari telur ikan duri.... Nurul pulak dok sedih sbb x dpt nak rasa.... telur ikan ni mmg kesukaan anak2. Jadi bagi memenuhi permintaan dia... mencarilah di pasar2 ... akhirnya dptlah juga.... tpi bukan telur ikan mcm ari tu.... kali ni telur ikan tenggiri pulak... bestnya buat masak lemak cili api... pasti terangkat punya....


Bahan-bahannya:
Telur ikan tenggiri
2 cawan santan
1 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor(keping)
Garam dan gula secukup rasa




Bahan Tumbuk:
5-7 tangkai cili padi (Boleh letak lebih jika ingin lebih pedas)
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya:
1. Masukkan santan, bahan tumbuk, serai dan asam keping ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan, supaya tidak meruap dan pecah minyak.
3. Sentiasa dikacau. Apabila dah mendidih masukkan telur ikan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga telur ikan masak.
5. Bila dah masak tutup api... sedia utk dihidangkan.

4 comments:

Yan said...

Sedapnya telur ikan tu.. suka sangat..

Datin Ellis Suriyani said...

nyum..nyum...sedapnye telur ikan..

LehaMY said...

Sedapnya telur ikan tu . Makanan fav tu . hehehe :D

fara dean said...

besarnya..klau mkn kt kedai mahal ni..
nk sikit..

Related Posts with Thumbnails