Followers

Tuesday, January 18, 2011

KANSER INIKAH PENAWARNYA?

Artikel ini aku copy dari rakan blogger yg baik hati iaitu captbokkhari@yahoo.com (Captain) at
RESEPI RAHSIAKU
Semoga dgn info ini kita beroleh manafaat darinya.. Terima kasih captain ...

Ramai manusia di dunia ini bahkan rakyat Malaysia sendiri mengidap penyakit yang sangat ditakuti dan hampir tiada harapan untuk merawatnya iaitu kanser. Manusia sekarang sudah setkan dalam pemikiran mereka bahawa kanser sudah tiada penawarnya dan peluang untuk hidup sangat tipis. Sudah berapa ramai manusia yang meninggal dunia dalam setahun akibat daripada penyakit ini. Hal ini disebabkan keyakinan terhadap Allah tidak wujud dalam diri setiap manusia itu sendiri.

Mari kita sama-sama kembali semula kepada al-Quran dan as-Sunah mengenai penyakit-penyakit yang Allah ciptakan ini. Sangat banyak dalam nas mengatakan bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati.

Kenapa kita mengatakan bahawa penyakit kanser itu tiada penawarnya sedang janji Allah itu benar. Takkanlah Allah hendak menarik semula firmannya setelah semua umat Islam sudah mengetahuinya. Sesungguhnya Allah itu maha bijaksana dan maha mengetahui.

Berdasarkan maklumat daripada internet, sudah sah bahawa kanser ada penawarnya, cuma tidak ramai yang mengetahuinya oleh sebab yang tertentu. Penawarnya ialah Vitamin B17. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya tetapi menganggapnya sebagai pencegahan atau apa-apa sahaja dan bukan penawar kepada kanser. Mungkin betul dan mungkin salah. Bagi saya ia adalah salah. Bagi saya inilah penawar yang dijanjikan Allah.

Apakah buktinya? Saya akan terangkan. Untuk pengetahuan, kajian mengenai Vitamin B17 ini telah banyak dijalankan serta dibukukan dalam sebuah buku bernama World Without Cancer’ oleh G. Edward Griffin. Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Laetrile dan Amygdalin ini banyak ditemui dalam biji buah dalam kumpulan Prunus Rosacea seperti aprikot, ceri, peach dan plum. Ia juga boleh dijumpai dalam rumput, jagung, sekoi, biji epal dan banyak lagi yang kebiasaannya telah iketepikan dalam menu makanan masyarakat sekarang. Ramai yang tidak mengetahui bahawa biji buah mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti protein dan beberapa mineral. Vitamin B17 paling banyak terkandung dalam biji buah aprikot. Rawatan kanser dengan menggunakan Vitamin B17 ini telah lama digunakan oleh doktor-doktor terkenal semenjak 35 tahun yang lalu seperti Dr.Ernesto Contreras, Dr. Micheal Tait, Dr. Dean Burk iaitu pakar kanser dari Jerman dan Dr. Ernest Kreb Jr iaitu pakar biokimia yang juga pengasas Vitamin B17. Betapa yakinnya para-para saintis terhadap Vitamin B17 ini sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memakan 7 biji aprikot(bijinya) sehari, badannya tidak akan dapat membentuk sel kanser. Begitu juga dengan beberapa kesimpulan lain bahawa seseorang itu tidak akan dapat penyakit scurvy jika mengambil sebiji buah oren sehari dan penyakit pellagra jika mengambil vitamin B setiap hari.

Sekarang kita lihat bagaimana Vitamin B17 ini dapat membunuh sel kanser. Mula-mula kita kena tahu bahawa dalam badan kita terdapat berbagai-bagai jenis enzim untuk menjalankan berbagai-bagai proses. Salah satu enzim dalam badan kita adalah enzim Rhodanese yang terdapat jumlah yang banyak dalam badan tetapi tidak pada sel kanser. Satu lagi enzim iaitu enzim Beta-Glucosidase yang terdapat banyak di sel kanser tetapi tidak pada badan kita. Vitamin B17 terkandung di dalamnya dua jenis glukos iaitu Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde (analgesic/painkiller). Enzim Rhodanese akan memecahkan(break) Vitamin B17 dengan kehadiran air untuk mengeluarkan dua jenis glukos tadi apabila ia masuk ke dalam badan.

Apabila Vitamin B17 dan enzim Beta-Glucosidase bertemu, satu tindak balas kimia berlaku di mana dua jenis glukos tadi akan bergabung untuk menghasilkan sejenis racun yang seribu kali ganda bisanya. Racun yang dibawa oleh hasil gabungan dua jenis glukos tadi iaitu Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde hanya akan bertindak balas dengan satu benda sahaja iaitu sel kanser sekali gus memusnahkan sel kanser dalam badan.

Lihat rajah di bawah;

Secara ringkas dan mudah difahami inilah cara Vitamin B17 membunuh sel kanser. Subhanallah betapa hebatnya ciptaan Allah. Sekarang kita masuk kepada; kenapa tidak ramai yang mengetahui rawatan ini dan kenapa ia tidak dijadikan sebagai rawatan kanser di negara kita begitu juga dengan beberapa negara lain. Jawapannya ialah ianya haram. Bukannya haram di sisi Islam tetapi haram dari segi penjualannya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ia haram untuk dijual malah ia sangat baik untuk merawat kanser. Jawapannya sangat mudah iaitu duit.

Untuk pengetahuan semua, Vitamin B17 merupakan salah satu bahan perubatan yang menjadi kontroversi sekitar 20 tahun yang lalu apabila beberapa orang saintis terkenal dunia mengatakan bahawa beberapa biji buah mentah yang terdapat di dalamnya Vitamin B17 menjadikannya 100% mustahil untuk membentuk sel kanser malah mempunyai kebolehan untuk membunuh sel kanser dalam kebanyakan kes. Sebenarnya banyak sebab kenapa ia haram tetapi paling jelas ialah mengenai duit. Beberapa syarikat perubatan dunia membuat kesimpulan bahawa jika rawatan ini diketahui ramai, sudah tentu tidak ada lagi manusia yang akan membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan rawatan yang mahal seperti chemotherapy, radiation dan mana-mana doktor pakar kanser yang lain.

Oleh itu, mereka akan kerugian berbillion duit. Malah jika mana-mana doktor yang ingin merawat pesakitnya menggunakan ubat ini perlu terlebih dahulu mengisi borang dan menghantarnya kepada Food & Drug Administration(FDA) untuk pengesahan. Tambahan lagi, jika doctor tersebut tersalah menggunakan ubat tersebut atau melanggar peraturan yang ditetapkan oleh FDA, secara automatik dia akan kehilangan kerjayanya sebagai doktor. Pergilah ke mana-mana pembekal ubat-ubatan, pasti Vitamin B17 tidak dapat ditemui. Walaupun demikian, ada beberapa doktor di Malaysia sendiri yang sanggup mengambil risiko untuk merawat pesakit kanser menggunakan kaedah ini tetapi tidak ramai malah mereka melakukannya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mana-mana pihak.

Kebanyakan doktor yang saya tahu, Alhamdulillah ianya dari kalangan doktor-doktor Islam itupun tidak terkenal. Secara padatnya inilah sedikit sebanyak mengenai Vitamin B17. Insya-Allah, ini merupakan salah satu ikhtiar kita. Jangan kita terlalu bergantung sangat kepada ubat ini kerana yang menyembuhkan ialah Allah yang maha Berkuasa. Kita hanya berusaha dan selebihnya terletak kepada Allah.

Ya Allah, inikah penawar kanser yang menjadi ketakutan ramai manusia zaman sekarang? Betulkah ini caranya? Janganlah kau tambahkan lagi pesakit kanser terutamanya yang beragama Islam, yang ingin hidup seperti manusia biasa dan yang ingin melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna.

Wallahua'lam

1 comment:

cik ain said...

salam.bagaimanakah cara untuk memakan biji buah ni.mentah atau di masak?

Related Posts with Thumbnails