Followers

Sunday, October 31, 2010

Daging Masak Kicap Ala Orang Dulu2

Bila sebut saja daging masak kicap dah terbayang kesedapannya. Menu malam tadi adalah paling ringkas dan cepat. Beginilah cara ibuku memasak utk kami satu ketika dulu....org dulu2 masak bukan mcm org moden la ni... Org sekarang kalau masak taruh mcm2 bahan......katanya nak sedap ....tpi air tangan ibu kita juga yg sedap....kalau diteliti bahannya bukan masuk apa sgt tapi semuanya ada rasa....x dak sos tiram, x dak kiub ayam semuanya dimasukkan bahan asas saja... Jom layan resepi daging masak kicap ni....

Bahan-bahannya:
Daging- byknya ikut suka (dipotong nipis, dibersih dan toskan) - digaul dengan garam kunyit.
1 labu bwg besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong serong
kicap manis
1 ulas bawang putih - diketuk
sedikit halia - dipotong nipis
sedikit minyak


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan daging yg telah digaul dgn garam kunyit tadi. Kacau rata. Masukkan sedikit air.
3, Apabila daging dah masak, masukkan kicap. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau rata.... angkat dan hidangkan...



CUBA JANGAN TAK CUBA......

5 comments:

Hanis Azla said...

lauk fav ni.. tp kalau masak saya masukkan sedikit lada hitam yang dikisar untuk rasa pedas sikit..
Salam kenal.

♥ kyu said...

erkk lapo sudah! sape nk bertanggungjawab ni..keke

Aslinda said...

Apa Beza Masak Kicap Dulu Dan Sekrg? Mana Lebih Sedap?

moklong said...

asal daging masak kicap semua sedap... x kisah la dulu ke skrng...

zurena said...

masak kicap dulu simple aje kalau nak dibandingkan dgn sekarang ni. Org sekarang kalau buat masak kicap mesti campur sos tiram, lada hitam, bawang kisar dll. Masak kicap dulu dan sekarang sama aje sedapnya ... terpulanglah pada citarasa masing2...

Related Posts with Thumbnails